Pages

10/26/11

Hot-Hukum makan sarang burung layang-layang


Dari sudut feqah, tiada apa-apa sebab yang mengharamkan makan sarang burung layang-layang. Kerana, ia diperbuat daripada liurnya, dan liurnya adalah suci. Maka kembali kepada kaedah asas syarak: Asal kepada sesuatu perkara adalah HALAL, kecuali ada nas yang mengharamnya.

dan kaedah yang lebih detail ialah: Asal kepada benda2 yang bermanfaat adalah HALAL, dan asal kepada benda yang memudatkan adalah HARAM.

Berdasar kaedah ini juga, sarang burung layang2 dihukum halal, kerana ia adalah makanan yg terbukti tidak membawa mudarat, malahan membawa manfaat kepada tubuh badan.

Firman Allah Taala: "Katakan: Tiada aku dapati dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan keatas orang yang mahu memakannya, kecuali makanan itu ialah bangkai, darah yg mengalir, atau daging ****" (Al-An'aam: 145)

memakan sarang burung layang-layang maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bil. 8/79/2007 membuat keputusan sebagaimana berikut:
"Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus"
rujuk e-fatwa

No comments:

Post a Comment

.