Pages

4/27/12

hot-Pemandu van cabul pelajar


Pemandu van cabul pelajar
Mohd Sahabuddin didenda RM6,000 selepas mengaku salah mencabul pelajar tingkatan empat, di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu van ‘prebet sapu’ mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mencabul penumpangnya yang juga pelajar tingkatan empat dalam satu kejadian 2 April tahun lalu.

Natijah pengakuan bersalah itu, tertuduh, Mohd Sahabuddin Razali, 27, dari Kampung Baru, Pusu 3, dijatuhi hukuman denda RM6,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda terbabit.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Noradila Ab Latif selepas tertuduh mengaku salah mencabul kehormatan mangsa, 16, dengan cara meraba kedua-dua buah dada dan paha mangsa antara jam lebih kurang 1.30 petang hingga 1.45 petang di tempat letak kereta berhampiran Stadium Gong Badak, di sini.

Dengan itu, Mohd Sahabuddin mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi. Berdasarkan fakta kes, semasa hari kejadian, mangsa yang ingin balik ke asrama sekolahnya yang terletak di daerah ini telah menaiki prebet sapu yang dipandu tertuduh di hadapan Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud.

Bagaimanapun, tertuduh tidak menghantar mangsa ke lokasi, tetapi sebaliknya telah membawa mangsa ke arah jalan Stadium Sultan Mizan Gong Badak dan telah memberhentikan prebet sapunya itu di depan Stadium Tertutup Gong Badak berdekatan dengan tasik di kawasan tersebut lebih kurang jam 1.30 petang.

Mangsa dipaksa memegang kemaluannya dan pada masa sama mengambil kesempatan meraba mangsa yang masih dalam keadaan terpinga-pinga. Sejurus melakukan perbuatan tidak senonoh itu, tertuduh telah meninggalkan mangsa di Pasaraya Mydin Mall, di sini dan mangsa terpaksa mengambil prebet sapu lain untuk ke asrama sekolahnya.

Mangsa yang masih trauma terus menelefon ibu bapanya dan menceritakan kejadian itu, lalu mereka membuat laporan polis. Rentetan laporan itu, tertuduh telah ditahan pada hari sama, kira-kira jam 3.45 petang untuk disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
-sinarharian

hot-Rogol: Pemuda dijel 25 tahun


KHAIRUL IVAN ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya, Ampang atas tuduhan merogol seorang gadis pada Mei 2011.



AMPANG JAYA – Seorang pemuda terpaksa merengkok di dalam penjara sehingga 25 tahun dan dihukum tujuh kali sebatan selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam menyabitkan bekas jurujual itu bersalah merogol seorang pelajar berusia 15 tahun di dalam kenderaan Toyota Alphard pada tahun lalu.

Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan hukuman itu terhadap Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 23, selepas berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.
“Kesalahan dilakukan adalah kejam, kamu tunggu, tangkap dan rogol. Gadis-gadis muda perlu dilindungi daripada kamu. Oleh itu kamu perlu diasingkan daripada masyarakat untuk satu tempoh yang lama sebagai pengajaran,” katanya.

Malang berganda apabila mahkamah turut menolak permohonan peguam Rosnan Hassan yang mewakili Khairul Ivan supaya hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.
Sejurus selesai prosiding, ibu tertuduh menitiskan air mata sambil memeluk anaknya yang tidak menunjukkan reaksi sebaliknya hanya berdiam diri di dalam kandang pesalah dengan mulut berkumat-kamit membaca sesuatu.
-kosmo

hot-Tilam termahal RM90,500 seunit


DUA model Harvey Norman mencuba tilam mewah Sealy pada majlis pelancaran pesta tilam di Mutiara Damansara, Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA – Tilam Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy yang ditawarkan pada harga RM90,500 seunit yang diperkenalkan oleh Harvey Norman telah mencatat sejarah sebagai tilam termahal di negara ini.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Sealy Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., Derek Yeoh berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tilam mewah itu sepanjang Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-8 yang diadakan di pusat beli-belah Ikano, Power Centre, Mutiara Damansara di sini yang berlangsung sehingga 6 Mei ini.

“Kami yakin untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan pencapaian dan reputasi Harvey Norman selaku syarikat kelengkapan perhiasan rumah antarabangsa yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pesta berkenaan di sini semalam.

Pesta tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.
-kosmo

hot-Polis mati depan Istana Anak Bukit

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini semalam ditemui mati dipercayai ditembak rakan setugas di depan pintu gerbang istana itu menggunakan senjata automatik.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, terbunuh selepas terkena kira-kira empat das tembakan di anggota badan dan kepala.

Sobri yang menyertai polis pada tahun lalu berasal dari Melaka dan belum berkahwin.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang berpangkat Lans Koperal sama-sama bertugas mengawal pintu itu bermula pukul 3 petang dan dijadual berakhir pada pukul 7 petang.

“Pada pukul 5.45 petang, penyelia kedua-dua anggota polis itu terdengar bunyi seakan-akan mercun.
“Apabila penyelia itu keluar memeriksa di pintu pagar gerbang istana, penyelia itu menemui mangsa terbaring berlumuran darah di seluruh badan dengan beberapa kelongsong peluru bertaburan di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
kosmo

4/26/12

hot-Siang haprak malam bergaya

KUALA LUMPUR: Pada siang hari berpakaian koyak rabak dan berjalan seperti orang kelainan upaya (OKU) untuk meraih simpati orang ramai menghulurkan sedekah, namun pada sebelah malam berpakaian cantik serta boleh berjalan dengan baik tanpa sebarang kecacatan.
Itulah lagak beberapa lelaki warga China dipercayai sindiket pengemis warga asing yang bergiat aktif mengemis di sekitar ibu negara.

Bagaimanapun, kegiatan penipuan itu berjaya dihidu pihak berkuasa dan hasil aduan orang ramai yang berasa curiga dengan gelagat warga asing berkenaan, tiga daripada 'pengemis tipu' itu berjaya dicekup ketika sedang leka mengira 'hasil' mereka di sebuah premis di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, di sini, Isnin lalu.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) kira-kira jam 11.30 malam selepas intipan dan pemantauan selama seminggu terhadap pergerakan kumpulan pengemis warga asing terbabit.

Penolong Pengarah JIMWPKL, James Musa Singa, berkata maklumat mengenai kegiatan kumpulan pengemis warga asing itu diperoleh daripada orang awam yang mendapati kumpulan terbabit hanya berlakon menjadi orang gelandangan dan OKU ketika keluar mengemis, sedangkan ketika berada di kediaman mereka berpakaian elok serta tidak cacat.

“Ketika serbuan dijalankan di premis kediaman mereka, penjaga premis enggan membenarkan penguat kuasa Imigresen masuk dan kami terpaksa memohon bantuan polis barulah penjaga premis yang juga seorang wanita tempatan membuka pintu.


“Ketika pemeriksaan di premis terbabit dilakukan, terdapat tiga lelaki warga China berpakaian comot dan separuh bogel didapati sedang leka mengira wang syiling hasil mengemis sekitar kawasan Brickfields, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis turut berada di situ, namun dia tidak ditahan tetapi diberi notis untuk hadir ke pejabat JIMWPKL untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki warga China termasuk seorang kudung tangan kiri yang berusia 31 hingga 71 tahun itu, didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, namun sudah tamat tempoh dan tinggal lebih masa.

Katanya, kumpulan pengemis berkenaan dipercayai didalangi individu tertentu atau sindiket yang bertanggungjawab membawa masuk 'pengemis tipu' itu bagi tujuan mengemis dan mendapatkan wang mudah hingga mencecah puluhan ribu sebulan.

“Jika benar warga asing berkenaan adalah pengemis, tidak mungkin mereka mampu datang ke Malaysia. Pihak Imigresen percaya kumpulan pengemis warga asing terbabit dibawa masuk ke negara ini oleh sindiket tertentu yang mungkin terdiri dari warga tempatan dan kumpulan ini beroperasi di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang,” katanya.
-hmetro

hot-Gadis disergah harimau meninggal

KUALA KANGSAR: Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila ‘disergah’ dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.
Mastura Kamaruddin, 16, sebelum ini dikatakan mengalami trauma berpanjangan sejak kejadian itu hingga dia gagal menghadiri sesi persekolahan.

Sejak insiden itu, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Kati, Kati, di sini, dikatakan sering termenung, sukar tidur dan hilang selera makan.

Kedua-dua kakinya dijangkiti kuman akibat terpijak duri rotan ketika lari menyelamatkan diri daripada dikejar harimau berkenaan.

Arwah juga hanya bersekolah seminggu selepas kejadian itu sebelum terlantar sakit di rumah keluarganya di Kampung Chuar Hilir, di sini.

Dalam kejadian itu, arwah bersama ibunya, Rohani Osman, 50 terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama berdekatan Hutan Simpan Bintang Hijau, di sini.


Dua beranak itu terpaksa berjalan mengundur hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau dewasa berkenaan sebelum diselamatkan penduduk kampung dua jam kemudian selepas bersembunyi di atas pokok.

Rohani berkata, hampir 10 pakar perubatan tradisional dan Islam yang dirujuk mengatakan arwah anaknya berdepan gangguan makhluk halus atau terkena ‘badi’ harimau selepas kejadian itu.

Rohani yang ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap dan trauma melampau dialami arwah sebelum ini menjadi petanda pemergiannya.

Beliau berkata, dia bersama suaminya, Kamaruddin Jene, 52, reda dengan apa yang berlaku biarpun dia sendiri masih ‘dibayangi’ wajah pak belang yang cuba membahamnya itu.

“Beberapa minggu sebelum kematiannya, arwah pernah berpesan kepada saya dan suami supaya tidak lagi keluar menoreh kerana bimbang menerima nasib sepertinya.

“Seminggu selepas kejadian ngeri itu, arwah menunjukkan perubahan sikap yang ketara selain banyak menyendiri dan kurang bercakap. Arwah mungkin terkena ‘badi’ pak belang itu selain dirinya yang mudah lemah semangat,” katanya.

Menurutnya, pada Februari lalu, tahap kesihatannya bertambah teruk sehingga terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, selepas menerima rawatan di dua hospital berkenaan, keadaan arwah tidak banyak berubah dan doktor mengesahkan darahnya dicemari kuman serta merebak ke bahagian pinggang ke bawah.

Rohani berkata, arwah terpaksa dikejarkan ke HRPB pada 13 April lalu selepas demam panas sebelum doktor mengesahkan kuman berkenaan merebak ke bahagian otaknya.

“Beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah langsung tidak boleh bercakap malah, doktor mengesahkan sebahagian tubuhnya dari pinggang ke bawah lumpuh,” katanya.

Jenazah Mastura dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chuar Hulu, di sini, semalam.
-hmetro

hot-Rakan kongsi ‘makan kawan’

KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu percayakan rakan baik untuk menjadi rakan kongsi perniagaan komputer, seorang peniaga mengalami kerugian RM150,000 selepas ditipu rakannya itu dalam kejadian di Taman Cheras, di sini.
Mangsa membuat laporan laporan di Balai Polis Pandan Indah, kelmarin selepas untung yang dijanjikan rakannya tidak diterima sejak lima bulan lalu, malah modalnya turut dilarikan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 30, berkata, dia memberi modal kepada rakannya pada Oktober 2010 dan dijanjikan untung RM20,000 setiap bulan.
Katanya, dia menerima untung lima kali sehingga Oktober tahun lalu dan hingga sekarang tidak menerima keuntungan tunggakan yang dijanjikan sebanyak RM100,000.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.
-hmetro

hot-Cemas lepas keluar wang RM47,000

SEREMBAN: Perjalanan seorang ahli perniagaan selepas mengeluarkan wang RM47,000 bertukar detik menakutkan apabila menjadi mangsa langgar dan samun sekumpulan penjenayah bertopeng di Kilometer 259, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Plaza Tol Port Dickson, di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, lelaki berusia 47 tahun terbabit dipercayai baru mengeluarkan wang di sebuah bank di Rasah dalam perjalanan ke Senawang memandu kereta Nissan.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati sejurus tiba di tempat kejadian, mangsa yang memandu bersendirian dilanggar dua kereta masing-masing Toyota dan Mercedes dinaiki tiga lelaki.
“Bagaimanapun, mangsa tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan sebelum suspek menghalang keretanya di hadapan dan belakang di tempat kejadian.

“Berikutan itu, mangsa yang tidak dapat melarikan diri terkejut sejurus melihat tiga suspek bertopeng meluru ke arahnya dipercayai membawa pisau dan memecahkan cermin kereta bahagian penumpang hadapan,” katanya, semalam.

Sumber berkata, suspek mengambil wang RM47,000 yang berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan menoreh tayar kereta mangsa menggunakan pisau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima kejadian itu.
-hmetro

hot-Pendawai elektrik dituduh bunuh guru



SEORANG anggota polis membawa Sritharan yang dituduh membunuh seorang guru ke Mahkamah Majistret Selayang semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pendawai elektrik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang guru wanita yang menunggu bas dengan menyimbah asid ke tubuh mangsa selepas meragut rantai emasnya pada bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh, N. Sritharan, 19, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki.

Sritharan didakwa bersama seorang lagi rakan yang masih bebas membunuh S. Usharani, 47, di perhentian bas PKNS, Batu 17, Jalan Ipoh, Rawang di sini pada pukul 7 pagi, 27 Mac 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Abd. Raheem Aliyas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
kosmo

hot-Tina hilang tengah malam, bimbang keselamatannya


Tina hilang tengah malam, bimbang keselamatannya
Tina hilang tengah malam, bimbang keselamatannya
CHETOK – Seorang gadis hilang di tengah malam dipercayai meninggalkan rumah di Kampung Sungai Keladi sejak 16 April lalu. Ibunya, Azizah Abdul Samad, 42, merayu anaknya agar pulang ke pangkuan keluarga kerana risau keselamatannya.

Azizah yang juga penoreh getah berkata, kehilangan anaknya, Norzaidatina Yunus, 18, disedari ketika dia mahu mengejutnya menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, dia mengesyaki anaknya yang dipanggil Tina meninggalkan rumah pada waktu tengah malam setelah dua adiknya tidur.

“Kami tidak bersengketa atau berselisih faham kerana Tina anak yang baik dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum hilang,” katanya.

Risau dengan keselamatannya, Azizah membuat laporan kehilangannya di Balai Polis To’ Uban pada jam 4 petang hari yang sama.

“Setelah beberapa hari dia masih tidak pulang saya membuat laporan sekali lagi di Ibu Pejabat Daerah Pasir Mas.

“Saya baru sahaja kehilangan suami akibat bom ikan buatan sendiri di Sungai Lemal, Kampung Lubok Keli, 25 Januari lalu, maka saya tidak mahu lagi kehilangan anak yang disayangi,” katanya.

Menurutnya, dia bersama saudara terdekat berusaha mencarinya di seluruh kampung namun tidak menemui sebarang petunjuk.

Katanya, kali terakhir anaknya dilihat memakai baju T merah dan seluar panjang.

“Saya merayu kepada Tina agar pulang kerana ibu rindu pada Tina. Kepada pihak yang mengetahui Tina berada diharap agar menghubungi kami di talian 013-9917516,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner, Haliluddin Rahim mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan remaja perempuan itu.

“Kita sudah menggiatkan usaha mencari gadis ini, di seluruh kawasan sejak hari pertama dia dilaporkan hilang,” katanya.
sinarharian

hot-Penyamun tidak berhati perut, pukul warga emas


Penyamun tidak berhati perut, pukul warga emas
Penyamun tidak berhati perut, pukul warga emas
GONG MEDANG - Seorang penyamun tidak ada hati perut apabila tergamak memukul seorang wanita warga emas dengan sekeping papan tebal sebanyak tiga kali di kampung ini dekat Kampung Raja, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa Sharipah Khasipah Syed Mohd Nor, 64, terpaksa dirawat di Hospital Besut selama tiga hari tiga malam akibat kecederaan di kanan kepala manakala penyamun hanya berjaya melarikan bungkusan Milo sahaja.

Dia yang baru keluar dari hospital kelmarin berkata, pada petang kejadian dia berada seorang diri di kedai runcit di rumahnya di sini dan didatangi seorang lelaki berlagak pelanggan.

“Lelaki itu datang dengan kereta Perodua Kenari warna merah manakala seorang rakannya menunggu dalam kereta. Lelaki yang masuk ke kedai itu bertanya Nescafe tetapi saya beritahu tidak ada jual di kedai saya lalu dia mengambil enam bungkusan plastik Milo seberat 400 gram setiap satu dan diletakkan di meja,” kata Sharipah yang masih menahan sakit.


Dipukul ketika kira harga barang

Sharifah berkata, ketika dia asyik mengira jumlah harga barangan itu lelaki tersebut keluar ke depan kedai dan selepas itu dia terdengar bunyi seperti kayu ditarik di depan kedai namun dia tidak begitu menghiraukannya.

Menurutnya, hanya selang beberapa saat kemudian lelaki itu muncul lalu memukul kepalanya menyebabkan dia terhuyung-hayang.

“Saya masih sempat bertanya kepada dia mengapa melakukan demikian sambil saya gagahkan kudrat menjerit meminta tolong dengan harapan didengari suami yang berada di dalam rumah.

“Mungkin tidak berpuas hati apabila saya masih mampu menjerit lelaki itu memukul lagi kepala saya dengan kayu sepanjang 30 sentimeter itu sebanyak dua kali lagi menyebabkan saya rebah sambil memegang kepala yang berasa begitu sakit manakala mata berpinar-pinar,” katanya.

Akibat jeritan itu penjenayah terbabit hanya sempat membuka satu daripada dua laci dan gagal menemui wang tunai di situ kerana wang RM300 berada di laci sebelah kiri meja menyebabkan dia hanya melarikan Milo berkenaan.


Tiga benjolan sebesar penumbuk di kepala

Suaminya Ariffin Ismail, 67, yang bergegas keluar dari dalam rumah segera membawa Sharipah ke Hospital Besut sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Selepas HUSM mengesahkan Sharipah tidak ada pendarahan dalaman, dia dirujuk semula ke Hospital Besut dan ditahan selama tiga hari kerana sakit akibat dihentak dengan kayu.

“Ada tiga benjolan sebesar penumbuk pada kepala saya akibat pukulan tersebut dan saya muntah pada hari pertama kejadian, sakitnya Tuhan sahaja yang tahu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja.

Sharipah berkata, suspek terbabit dipercayai pernah datang beberapa kali ke kedainya sebelum ini malah salah seorang jirannya pernah menasihatinya agar berhati-hati kerana lelaki itu adalah penagih dadah dan sering keluar masuk penjara.

Menurutnya kebetulan pada sebelah pagi hari kejadian hatinya tergerak menanggalkan semua barang kemas yang dipakainya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk menahan suspek yang masih bebas setakat ini.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 382 Kanun Keseksaan iaitu samun dan mendatangkan kecederaan.

Manakala dua minggu lalu juga seorang wanita warga emas, Staja Hamat, 67, dari Kampung Gong Nering, Jertih turut menjadi mangsa samun apabila muntah darah dan dirawat selama dua hari di hospital selepas dipukul penyamun dengan topi keledar di kepala.

Dalam kejadian pada jam 5.30 petang Rabu itu, Staja kerugian kira-kira RM3,000 apabila penyamun melarikan barang kemasnya ketika dia sedang memberi lembu peliharaannya makan berdekatan sawah padi.
-sinarharian

hot-Jururawat dicabul, lelaki himpit dengan motosikal

CHUKAI – Perjalanan pulang seorang jururawat ke rumahnya selepas tamat waktu bekerja bertukar menjadi detik hitam apabila dicabul seorang lelaki yang menghimpitnya dengan motosikal dalam kejadian di Jalan Petaling, Kampung Mak Chili, dekat sini, Ahad lalu.

Kejadian cabul kira-kira jam 9.45 malam berkenaan menyebabkan mangsa yang berusia 22 tahun terkejut dan trauma sehingga serta merta memberhentikan motosikal yang ditungganginya di tepi jalan.

Sebelum itu, mangsa yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu dan bekerja di sebuah klinik baru sahaja menamatkan syif kerja kerana dia bekerja syif petang.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya tidak jauh dari bandar Chukai mangsa yang menunggang sebuah motosikal secara tiba-tiba dihimpit suspek yang turut menunggang motosikal dan kemudiannya bertindak memegang payu dara mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abd Marlik Hakim Johar berkata, akibat perbuatan biadap itu mangsa yang tersentak memberhentikan motosikalnya di tepi jalan sementara suspek pula memecut laju motosikal yang dinaikinya.

Pun begitu, disebabkan keadaan persekita­ran laluan itu yang gelap menyebabkan motosikal dan suspek gagal dicam oleh mangsa.

“Sejurus itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Chukai kira-kira jam 10.43 malam. Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat.

“Polis kini giat mengesan suspek dan kita harap orang awam yang melihat kejadian ini dapat tampil memberikan maklumat untuk membantu siasatan. Mereka yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis atau menghubungi talian kami 09-8592222,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Berikutan itu, beliau juga mengingatkan golongan wanita terutama yang pulang bekerja pada waktu malam agar sentiasa berhati-hati dengan menjauhi daripada melalui jalan gelap serta sebolehnya tidak keseorangan bagi me­ngelakkan menjadi mangsa jenayah.
-sinarharian

4/25/12

hot- Dharavi in Mumbai, India

Dharavi adalah kawasan setinggan yang paling sesak di Asia. Kos bagi sewa di kawasan ini adalah kira-kira RM 11 untuk sebulan. Namun begitu, amatlah sukar untuk mempercayai yang jumlah bersih pendapatan penduduk disini hampir-hampir berjumlah 650 juta USD setahun.








hot-Dirogol dua kali dalam tempoh 11 jam

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria
BESUT - Akibat terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki menyebabkan seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di daerah ini menjadi mangsa rogol sebanyak dua kali dalam tempoh kira-kira 11 jam dalam sebuah kereta.

Sebelum kejadian pada jam 8.30 malam, Selasa lalu, ketika pelajar berumur 16 tahun itu berada di rumah dia diajak keluar oleh seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Mat Sebu.

Difahamkan, mangsa bersiar-siar di sekitar daerah ini dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam namun dia tidak mengingati nombor pendaftaran kereta tersebut.

Setiba di suatu kawasan di Kuala Besut, suspek memberhentikan kereta dan mereka berbual di dalam kereta tersebut.

Peluang itu dikatakan diambil oleh suspek untuk merogol mangsa di dalam motokar dan selepas merogol mangsa, suspek membawa mangsa ke rumah kawannya di Rantau Panjang, Kelantan.

Keesokannya, pada jam 7 pagi (Rabu), suspek telah membawa pelajar berkenaan ke sebuah rumah yang didakwa suspek rumah kakaknya di Kuala Besut.

Namun, dia sekali lagi dirogol oleh suspek di dalam kereta yang sama di kawasan itu sebelum suspek bertindak menghantar pulang ke rumah kakaknya di sebuah taman di Kuala Besut.

Keluarga mangsa yang mendapati mangsa tidak pulang pada hari tersebut mendesak dia menceritakan apa yang berlaku dan kemudian mendesaknya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Besut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, kejadian rogol akibat pergau-lan bebas di daerah ini meningkat di daerah ini dan perkara ini perlu diatasi dengan sikap kecaknaan semua pihak termasuk mangsa.

“Remaja pada hari ini dinasihatkan jangan terlalu percaya pujukan lelaki walau dalam apa bentuk sekali pun dan ibu bapa berperanan mencegah kejadian ini berlaku dengan kawa-lan ketat,” katanya.
sinarharian

hot-Rumah jadi sarang ular

Anggota JPAM menunjukkan anak ular yang berjaya ditangkap.
rumah jadi sarang ular
BALING - Sebuah keluarga terkejut setelah mendapati rumah yang dihuni selama ini merupakan sarang ular berikutan penemuan 12 ekor anak tedung senduk di lubang lantai rumahnya di kawasan Jalan Bakar Sampah, di sini, kelmarin.

M Krishanabeni, 37, berkata, dia dan suaminya, Budik, 44, terkejut setelah menjumpai seekor anak ular keluar dari lubang lantai rumahnya awal pagi kelmarin.

“Pada mulanya saya hanya lihat seekor anak ular. Kemudian, suami tangkap dan buang ular itu ke dalam hutan.

“Keesokannya, terdapat seekor lagi anak ular keluar dari lubang sama. Disebabkan risau terdapat lebih dari seekor ular di dalam lubang itu saya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, lima anggota JPAM dikerahkan ke tempat kejadian dan mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan 12 anak ular yang terdapat di dalam lubang lantai itu.

Krishanabeni berkata, sebelum ini dia perasan kucingnya sering menghidu dan mengorek sesuatu di lubang lantai itu dan tidak menyangka ia rupanya petanda bahawa terdapat sarang ular di rumahnya.

Katanya, dia dan suami serta enam anaknya terpaksa tidur di ruang tamu sejak malam kelmarin kerana bimbang dengan kehadiran ular itu.

“Hati saya tidak tenteram dan tidak mustahil terdapat ular besar di dalam rumahnya berikutan penemuan anak ular itu.

“Saya ingin berpindah, tetapi saya tidak mampu menyewa di rumah lain. Kami sekeluarga terpaksa tinggal di sini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JPAM cawangan Baling berkata, semua anak ular itu dipercayai berusia antara setahun berdasarkan saiz anak ular tersebut.

Kesemua anak ular itu di bawah ke Pejabat JPAM cawangan Baling sebelum dibuang ke dalam hutan.
sinarharian

hot-Bola sepak tawan Anugerah Astro Arena

Khairul Fahmi Che Mat
BAGAI sudah dijangka, dua nama yang tidak asing dalam arena bola sepak negara, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee dinobat sebagai Atlet Lelaki Berpasukan Pilihan dan Jurulatih Pilihan pada Majlis Anugerah Astro Arena 2012, di Kuala Lumpur, semalam.

Khairul Fahmi dengan nama jolokan Apex mendapat undian tertinggi dengan 76 peratus menewaskan empat pesaing lain Bryan Nickson Lomas (Terjun), Adrian Ang (Bowling), Cheng Chu Sian (Memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki).

Bukan setakat itu sahaja, bola sepak sekali lagi terbukti sukan pilihan apabila pemain termuda dalam skuad Olimpik negara Mohd Nazmi Faiz Mansor diangkat sebagai Atlet Muda Pilihan, selain aksi final Sukan Sea 2011 antara Malaysia menentang Indonesia menjadi Perlawanan Pilihan orang ramai.

Menambah manis rentetan kejayaan pelumba basikal negara, calon Olahragawati Kebangsaan 2001 Nur Fatehah Mustapha menerima Anugerah Wanita Berpasukan Pilihan dengan undian 39 peratus.
Senarai penerima anugerah tahun ini turut menyaksikan penambahan tiga lagi anugerah iaitu Jurulatih Pilihan, Blog Sukan Pilihan dan Perlawanan Pilihan.

Blog Sukan Pilihan memilih Suarasukan1mas yang banyak membincangkan dan memaparkan topik sukan tempatan terutama sukan bola sepak negara oleh pemiliknya Muhd Aiman Aminul Abdullah yang meraih undian 58 peratus.

Sementara atlet lompat tinggi kebangasaan Lee Hup Wei merangkul Anugerah Kebangkitan Pilihan dengan undian sebanyak 51 peratus.

Senarai pemenang Anugerah Astro Arena 2012

Atlet Lelaki Berpasukan - Khairul Fahmi Che Mat (76 %)
Atlet Wanita Berpasukan - Nur Fatehah Mustapha (39 %)
Atlet Muda Pilihan - Mohd Nazmi Faiz Mansor (60%)
Kebangkitan Pilihan - Lee Hup Wei (51%)
Jurulatih Pilihan - Ong Kim Swee (65%)
Blog Sukan Pilihan - Suarasukan1mas (Muhd Aiman Aminul Abdullah) (58%)
Perlawanan Pilihan - (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011) - Malaysia mln Indonesia (62%)
Meja Sukan Pilihan - Harian Metro (35%)
-sinarharian
 

hot-Remaja perempuan dibunuh sebelum dibakar

Remaja perempuan dibunuh sebelum dibakar
GUA MUSANG - Kejam. Itulah luahan marah berulang kali seorang ibu apabila mengetahui anak gadisnya yang hilang sejak 3 April lalu ditemui mati dengan rangka tulang bersepah dalam kawasan belukar berhampiran ladang sawit di tepi jalan ke Kampung Limau Kasturi, dekat sini, petang kelmarin.

Che Esah Yusoff, 60, tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, sebelum itu pengsan sebaik mengetahui mayat anaknya ditemui dan terpaksa dia dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan.

Rangka tulang bersama tengkorak dipercayai Nor Ain Shafnie, 16, ditemui dalam kawasan belukar tersebut tidak jauh dari rumahnya itu oleh seorang pekerja kontrak mengangkut buah sawit kira-kira jam 6 petang.
Nor Ain dilaporkan keluar dari rumahnya di RKT Kesedar Jeram Tekoh itu jam 9 pagi sebelum didapati hilang kerana tidak pulang ke rumah bersama motosikal yang ditungganginya sehingga lewat malam pada hari sama.
Akhbar ini pernah menyiarkan berita mengenai kehilangan Nor Ain itu pada 12 April lalu ia itu seminggu selepas dibuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang dan melancarkan gerakan mencarinya.
Turut menemui berhampiran rangka tulang itu sebuah motosikal yang dibakar, seutas jam tangan dan dompet berisi kad pengenalan mangsa bersama seluar jeans yang sudah ditanggalkan.
Che Esah ketika ditemui sebaik pulang dari HGM berkata, dia amat terkejut dan kesal dengan  kejadian yang amat memilukan itu serta mahu pihak berkuasa mengesan penjenayah terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Orang macam itu tak patut hidup lebih lama dan hukum dia sepadan dengan perbuatan yang dilakukan itu hingga saya kehilangan seorang anak gadis tersayang,” katanya yang juga ibu tunggal.
Beliau berkata, sejak hari kehilangan lagi dia merasa tidak sedap hati kerana kebiasaan anaknya pulang walaupun lewat malam hingga terpaksa mengerah penduduk dan anggota Rela melancarkan gerakan mencarinya.

Katanya, sebagai seorang ibu tidak pernah berdiam diri untuk mengesan anak bongsu daripada 10 adik beradik itu dengan menemui beberapa bomoh sama ada bomoh tempatan atau luar daerah.

“Saya tidak pernah berputus asa untuk mencari anak saya itu dengan mengunjungi ke semua rumah rakan-rakan dia dan waris terdekat, namun gagal ditemui dan tidak sangka akhirnya menemui rangka tulang.
“Setahu saya dia tidak ada musuh hanya malas sekolah sahaja apabila mengambil keputusan untuk belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap hanya setakat tingkatan dua,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika mengesahkan penemuan rangka tulang seorang manusia itu berkata, rangka tulang itu dipercayai gadis yang dilaporkan hilang dari rumahnya di RKT Jeram Tekoh.

Beliau mengesyaki rangka tulang yang ditemui itu dipercayai mangsa bunuh dan ditinggal di dalam kawasan belukar tersebut bersama sebuah motosikal sebelum ditemui seorang lelaki pekerja ladang sawit berkenaan.
Katanya, serentak itu, pihaknya menahan lapan orang termasuk enam lelaki dan dua wanita untuk membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah.
-sinarharian

4/24/12

hot-Polis umpan ‘duit surat khabar’


Semua motosikal dibawa ke Balai Polis Kulim.
HI-TECH - Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim, diketuai Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berjaya menahan dua remaja lelaki yang juga suspek curi motosikal berusia 20-an di dua lokasi berasingan kira-kira jam empat dan sembilan pagi, kelmarin.

Difahamkan polis membuat penyamaran sebagai pembeli sudah berurusan dengan dua suspek berasal dari Baling itu sejak tiga hari lalu dan menetapkan kawasan tempat letak kereta Hospital Kulim sebagai tempat dimana mereka akan berjumpa.

Polis berjaya mengaburi pandangan suspek dengan hanya menggunakan keratan surat khabar sebagai duit.

Kira-kira jam tiga pagi, suspek pertama masuk ke perkarangan hospital dan menuju ke tempat dijanjikan dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

Suspek kemudian memaklumkan polis, harga motosikal jenis Yamaha 125Z dipesan terpaksa dinaikkan dari RM500 kepada RM1,100 kerana ia motosikal baru.

Polis bersetuju dengan harga ditawarkan, tetapi mendesak suspek menunjukkan motosikal dimaksudkan terlebih dahulu berikutan suspek sebelum itu enggan berbuat demikian.

Hampir dua jam berbincang akhirnya suspek bersetuju menunjukkan motosikal Yamaha 125Z yang dilaporkan hilang dua hari lalu.

Setelah bersetuju, polis kemudian menunjukkan ‘wang’ yang ada dan meminta suspek menunjukkan motosikal Yamaha LC 135 itu.

Namun disebabkan curiga dengan perlakuan di sekeliling tempat perbincangan diadakan, suspek pertama bersama dua lagi rakannya masing-masing membawa motosikal curi cuba melarikan diri namun seorang daripadanya berjaya ditahan.

Suspek menunggang motosikal Yamaha 125Z dan Yamaha LC 135 memecut melarikan diri dari kawasan hospital, tetapi dipintas polis sebelum salah seorang daripadanya merempuh pembahagi jalan di hadapan hentian bas, manakala seorang lagi terbabas.

Mereka kemudian melarikan diri ke semak berhampiran, sementara suspek yang berjaya ditahan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim.

Pemeriksaan mendapati suspek ditahan mempunyai rekod lampau mencuri motosikal, sementara usaha menjejaki dua lagi suspek terus dijalankan dengan bantuan Pertubuhan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat Kulim.

Kira-kira jam sembilan pagi semalam, ketika unit MPV polis dari Balai Polis Hi-Tech sedang membuat rondaan, mereka menemui seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berjalan berseorangan di kawasan taman perumahan.

Apabila MPV mendekati suspek, dia bertindak melarikan diri sebelum ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut serta mengaku pernah mencuri motosikal di Sungai Petani dan Kulim.

Ibu suspek turut di balai polis kelihatan menangis sebaik suspek dibawa keluar dalam keadaan bergari sebelum pindahkan ke Balai Polis Kulim.

Dengan tertangkapnya suspek terlibat, polis berjaya menyelesaikan beberapa kes kecurian motosikal berlaku di sekitar Kulim dan Hi-Tech.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh mengucapkan tahniah kejayaan anggotanya sehingga tertangkapnya suspek.

Menurutnya kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

“Kita akan membanteras dan menahan semua penjenayah terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar Kulim hingga ke akar umbi. Kejayaan ini tidak dapat diperoleh tanpa bantuan orang ramai.

“Saya berterima kasih terhadap kerjasama diberikan dan berharap agar hubungan baik antara orang awam dan polis terus terjalin,” katanya.

Ghuzlan berkata, sehingga kini polis telah mengenal pasti beberapa lokasi dipercayai tempat menyimpan motosikal curi dan tempat tinggal suspek terlibat.
-sinarharian

hot-Kulit terbakar selepas minum jus


Azizah hanya  mampu terbaring selepas kulit badannya seakan terbakar.
SUNGAI PETANI – Seorang warga emas terlantar apabila mengalami kulit terbakar selepas mengamalkan sejenis minuman berjus yang dikatakan mampu merawat pesakit strok.

Azizah Saidin, 59, berkata, dia mencuba produk berkenaan yang dikatakan berkesan kepada ­pesakit strok, namun difahamkan bakal ­mengalami kesan sampingan ­minima sebelum dirawat sepenuhnya.

Menurutnya, setelah ­mencuba ­selama sebulan dan menghabiskan dua botol minuman berjus itu, ­badannya mula mengeluarkan ­bintik-bintik merah.

“Difahamkan, bintik seakan demam campak itu adalah kesan ­sampingan biasa terjadi ketika kali pertama mencuba produk terbabit, selain loya, pening dan demam.

“Malah, ejen produk yang menawarkan minuman jus mengan­dungi pelbagai gabungan buah-buahan itu meminta saya meneruskan amalan meminum jus berkenaan, walaupun terdapat kesan sampingan­,” katanya.

Katanya, selepas bulan kedua dan menghabiskan empat botol jus, ­kulitnya menjadi kehitaman seolah-olah terbakar dengan luka dan lebam di seluruh badan, kaki dan tangan, ­termasuk muka sehingga menyebabkan kulit menggelembung dan mula ­mengeluarkan air bisa.

Suaminya, Che Rus Osman, 62, berkata, keadaan itu menyebabkan isterinya sukar untuk tidur kerana sering gatal dan memerlukan penjagaan rapi.

Anak mereka, Zulkifly, 24, ­berkata, setelah menghubungi pihak pengurusan produk, mereka seolah-olah lepas tangan dan hanya bersifat berdiam diri.

“Saya meminta mereka (pihak pengurusan di Kuala Lumpur) turun dan lihat keadaan ibu saya, selain menghantar gambar ibu melalui e-mel kepada syarikat itu namun ­masih tiada jawapan.

“Disebabkan tidak puas hati, saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan bersedia untuk memberi kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya mahu menjalankan siasatan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya tiada ­tindakan selanjutnya daripada ­syarikat itu, dia sanggup membawa kes itu ke mahkamah bagi menuntut keadilan yang sewajarnya.
-sinarharian

hot-Pelajar UPSI hadapi masalah kemurungan



Sehubungan itu, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, menafikan pelajar berkenaan menghadapi masalah akibat tekanan pembelajaran atau terkena gangguan makhluk halus di kampusnya.
“Arwah bukan menghadapi masalah ketika berada di UPSI, sebaliknya sebelum masuk universiti ini lagi.
“Sebelum ini tidak pernah ada kes pelajar menghadapi masalah akibat diganggu makhluk halus di universiti ini.

“Jika ada pelajar bermasalah, biasanya kita akan merujuk individu terbabit ke Bahagian Kaunseling dan menghubungi ahli keluarganya untuk membantu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Fatimah Mina Md Juferi, 22, dari Bakri, Muar, ditemui mati di tingkat bawah bangunan E-Learning dengan kesan luka di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta bahu kiri dan kanan.

Mayat pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak itu ditemui lengkap berpakaian dan bertudung oleh beberapa pelajar yang kebetulan melalui kawasan itu.
Junaidi sebelum ini dilaporkan berkata, arwah difahamkan mempunyai sejarah diganggu makhluk halus dan dikatakan sedang mengikuti beberapa rawatan perubatan tradisional serta Islam bagi mengatasi masalahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan, berkata siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah atau orang kedua terbabit dalam kematian pelajar berkenaan.

Katanya, laporan bedah siasat juga mendapati punca kecederaan dialami mangsa sehingga menjurus kepada kematiannya adalah akibat terjatuh dari bangunan tinggi.
-bharian

4/23/12

hot-cacing terbesar di dunia

4000 spesies cacing di dunia ini, tetapi cacing tebesar di dunia ialah dari spesies Megascolides Australis. Spesies ini boleh membesar sehingga 3.4 meter panjang dan berdiameter 2-3cm.












lepak.my

hot-Dicekup bogel dengan nelayan


Dicekup bogel dengan nelayan
KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.

Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.

Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.

Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertudu­han khalwat.

Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.

Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan.
-sinarharian

hot-'It may be sabotage'

MAS

 KUALA LUMPUR: ALTHOUGH preliminary investigations indicated a technical defect on a London-bound Malaysia Airlines flight on Tuesday, investigators should not rule out sabotage as a likely cause, said aviation and aerospace industry officials.

The officials, who spoke on condition of anonymity, shared this opinion based on past incidents involving airlines.

They said that airlines had sustained huge losses owing to disgruntled staff who vented their frustration over management disputes by "fixing" aircraft.

"This has led to fuel disruption, engine failures, electrical and electronic blackouts, jamming of flight controls and fires that either led to near-disasters or crashes in the past," they said.

Some of the examples they gave included incidents of jetliners having to make emergency landings after electrical wires or parts were tampered with.

"Poor maintenance and incompetency are other factors that could lead to such incidents. Engine fires occur easily when there are leaks in the fuel tanks. The highly volatile fuel catches fire when it comes in contact with the hot engine surface," they said when met at Defence Services Asia 2012 at the Putra World Trade Centre here.

Early on Tuesday, a Boeing 747-400, which took off from the Kuala Lumpur International airport, was forced to make an emergency landing in Sepang 90 minutes later, after one of its engines caught fire.

It was reported that an onboard alarm system went off, indicating a fire in engine No.1 soon after take off. The pilot circled the airport to dump excess fuel before landing at KLIA without incident about 2am.
There were 351 passengers with 21 crew members on board. Most of the passengers continued their journey to London on another aircraft some 11 hours later.

The investigating team, comprising officials from MAS, aircraft manufacturers and the Department of Civil Aviation, has now roped in the engine manufacturer Pratt & Whitney to assist.

Boeing has also sought the assistance of other parts manufacturers and suppliers to help the forensic investigators.

MAS operates nine B747-400s, which have 12 first class, 41 business class and 306 economy class seats, with each aircraft being powered by four Pratt & Whitney PW4056 engines.
-nst.news


MD. JUDYAR menunjukkan batang pokok betiknya yang berwajah manusia sedang marah di Pontian, Johor semalam.




PONTIAN 23 April - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.

Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.

Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.

Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.

"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.
-kosmo


hot-Maut akibat main bola

 TERLANTAR

...Afiq Hamizan ketika diberikan rawatan di hospital.
TERLANTAR ...Afiq Hamizan ketika diberikan rawatan di hospital.
AFIQ HAMIZAN...ajal
AFIQ HAMIZAN...ajal
KAJANG: Malang tidak berbau buat seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Semenyih yang menemui ajalnya, kelmarin selepas kepalanya cedera disepak pemain lawan ketika satu perlawanan bola sepak.
Difahamkan, mangsa Afiq Hamizan Abdul Hamid berusia 15 tahun itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 2.45 petang kelmarin selepas menjalani pembedahan di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, dalam kejadian Isnin lalu, mangsa mewakili pasukan sekolahnya dalam kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL) yang diadakan di sebuah sekolah menengah agama.
Menurutnya, mangsa yang bermain sebagai penjaga gol mewakili sekolahnya itu cedera di kepala selepas terkena sepakan pemain pasukan lawan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Semenyih jam 4 petang untuk rawatan oleh pihak sekolah.

“Bagaimanapun, keadaannya menjadi parah sebelum dihantar ke Hospital Kajang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, selepas doktor mengesahkan mangsa perlu menjalani pembedahan kepala berikutan darah beku selain keadaannya yang sudah kritikal, dia dibawa ke HKL pula namun gagal diselamatkan.

Katanya, mangsa meninggal dunia jam 2.24 petang kelmarin di HKL namun tiada unsur jenayah dipercayai menjadi punca kematian mangsa.
“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Sementara itu, ayah mangsa, seorang pengawal keselamatan, Abdul Hamid Saad, 50-an, berkata, arwah anak ketiga daripada enam beradik, aktif dalam sukan bola sepak.

Menurutnya, arwah cukup sihat dan aktif ketika pergi ke sekolah pada pagi kejadian dan tidak menyangka akan berjumpa anaknya dalam keadaan lemah serta tidak bermaya jam 4 petang pada hari sama.

“Ketika tiba di Hospital Kajang, anak saya sudah lemah dan hanya memaklumkan kejadian itu berpunca daripada kecederaan ketika perlawanan namun saya terkilan dengan pihak sekolah yang tidak memberi rawatan awal sebaik terkena sepakan itu.

“Pakar neurologi yang merawat anak saya turut memaklumkan kemungkinan anaknya dapat diselamatkan sekiranya rawatan diberikan lebih awal,” katanya.

Menurutnya, kesal dengan kecuaian dan kelewatan pihak sekolah mengambil tindakan, dia membuat laporan di pondok polis HKL selepas anaknya disahkan meninggal dunia.
-hmetro

hot-Berdialog Dgn Makhluk Ghaib Setelah Sesat 10 jam Dalam Paya





SUNGAI RAMBAI - “Saya dengar suara ramai orang, tapi bila saya jerit, mereka tak dengar suara saya,” kata Mohd Lazi Mohd Lasim, 54.
       
        Mohd Lazi, seorang pencari siput sedut berkata demikian menceritakan peristiwa dia sesat lebih 10 jam dalam kawasan paya bakau, Ayer Tawar, di sini, semalam.
       
        Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, dia yang mengangkut sama tong berisi siput sedut dan lokan seberat kira-kira lima kilogram yang baru ditangkap, gagal mencari jalan keluar untuk pulang ke rumah.
       
        Bagaimanapun, dia berjaya ditemui selepas usaha mencari lakukan penduduk kampung dengan bantuan pasukan penyelamat, kira-kira 3.30 pagi semalam.
       
        Menurut Mohd Lazi, ketika operasi mencari itu, dia ada mendengar suara dua anaknya, Mohammad Azizi, 22, dan Mohd Azrin, 19, serta orang ramai sedang memanggil namanya, selain kelibat lampu suluh.
       
        “Saya dengar suara Azizi dan Azrin berulang kali menyatakan ‘abah ada di sini....’ Malah, saya juga dengar suara orang ramai, tetapi apabila saja menjerit, mereka tidak dengar.
       
        “Selepas beberapa kali saya cuba menjerit, barulah mereka dengar serta menyuluhkan lampu dan mencari ke arah saya,” katanya.
       
        Menceritakan kembali peristiwa berkenaan, Mohd Lazi berkata, dia berjalan kaki mencari jalan keluar tetapi hanya menemui lokasi sama yang dia tandakan sendiri dengan kayu dipacak dan digantung besen biru atas kayu berkenaan.
       
        “Selepas masih berpusing-pusing di tempat sama, ketika itu saya hanya terfikir mungkin ada makhluk ghaib mahu permainkan saya.
       
        “Kemudian seperti orang gila cakap seorang diri. Saya berkata ‘kalau kau nakkan aku, aku boleh temankan kau. kalau aku ada salah, bersuaralah dan nyatakan apa salah aku. Jika tidak, kau tunjukkanlah aku jalan keluar’,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
       
        Menurut Mohd Lazi, biasanya dia hanya perlu melalui dua alur sebelum sampai semula ke muara tetapi semalam sebanyak lima alur dilaluinya menandakan dia sudah tersasar jauh.
       
        Bagaimanapun, dalam keadaan gelap, katanya, dia terdengar suara anaknya, namun keliru apabila jeri­-tannya untuk meminta bantuan tidak didengari mereka.
       
        Sementara itu, Pegawai Penguasa Kanan Bomba Negeri, Rasidi Md Yunos yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat berkata, operasi bermula 10.30 malam kelmarin membabitkan 15 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dan Merlimau.
       
        Menurutnya, turut membantu, unit anjing pengesan (K-9), penyelamat sukarelawan serta penduduk setempat.
sinarharian

4/22/12

hot-Skandal hidup mewah Zahida terbongkar



MENERUSI akaun Twitter, Zahida Rafik menafikan dirinya terlibat dengan skandal seperti yang hangat diperkatakan ramai. Dia juga menyerahkan perkara itu kepada peguamnya. Tulis Zahida dalam Twitternya, dia mengasihani situasi bekas pemandu peribadinya itu kerana terdesak untuk mendapatkan wang dengan cara memfitnah orang lain.


SEJAK Rabu lepas, namanya hangat menjadi bualan di laman-laman web serta portal hiburan tanah air. Itu semua gara-gara satu pembongkaran hubungan terlarang Zahida Rafik dengan seorang VIP.

Pembongkaran skandal yang didakwa dilimpahi kemewahan itu didedahkan oleh sekumpulan politik di lobi Parlimen baru-baru ini.

Memetik laporan blog-blog di Internet, Zahida, 37, didakwa meraih habuan besar hasil hubungan sulitnya bersama seorang kenamaan. Mereka didakwa berjumpa di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur, dan Zahida dikatakan menerima wang sehingga RM200,000.

Wang itu bagaimanapun tidak dibayar terus ke tangan Zahida sebaliknya dibayar kepada pemandu yang juga pengawal peribadi Zahida. Lelaki berkenaan diupah oleh VIP tersebut sejak tiga tahun lalu.

Zahida dikatakan menerima wang sehingga RM1.4 juta dalam Oktober 2011 hingga Januari lalu.
Kepada pemerhati dunia hiburan, skandal Zahida bersama seorang VIP bertaraf Datuk itu sebenarnya bukan berita baharu.

Ramai yang curiga terhadap gaya hidup Zahida yang dianggap tidak seiring pencapaian karier lakonannya.
Sudah bertahun kisah Zahida itu cuba dirisik, namun dia sering menjelaskan kemewahannya itu adalah hasil keuntungan perniagaan yang diusahakan bersama ahli keluarganya.

Ramai yang mula mengerutkan dahi apabila Zahida membuat laporan polis setelah pemandu peribadinya melarikan wang tunai miliknya sebanyak RM200,000 baru-baru ini.

Pada 3 Mac lalu, sebuah akhbar bukan terbitan Kumpulan Utusan pernah melaporkan Zahida membuat laporan polis setelah wang tunai RM200,000 miliknya dilarikan.

Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada pemandu lelaki berusia 37 tahun itu untuk dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya, namun sejak itu, suspek berkenaan gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.

Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin sendiri telah mengesahkan menerima laporan berkenaan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

"Sebelum ini sudah banyak kali dia (pemandu peribadinya) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini.

"Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara," kata Zahida seperti yang dilaporkan.

Pemandu itu turut membuat laporan balas sebagai persediaan berdepan tuduhan Zahida. Menurut sumber, pemandu itu kemudian bertemu seorang peguam tanpa mengetahui latar belakang peguam berkenaan yang sebenarya ada kepentingan untuk menjatuhkan nama majikannya yang berstatus VIP.

Kosmo! menghubungi Zahida untuk mendapatkan ulasan daripadanya tetapi dia memilih untuk berdiam diri.
Ruangan Diva pada 18 Mac sebelum ini pernah menulis gosip berhubung kehidupan mewah yang diraih seorang artis tempatan sehingga mencecah ratusan ribu setiap kali mereka bertemu bagaimanapun tiada nama dikaitkan dalam artikel berkenaan.
-kosmo

siapa VIP tu ? tanya pakcik google..

hot-Budak koma ditampar teman lelaki ibu



MOHD. DANISH AIMAN (gambar kecil) koma akibat ditampar teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Mohd. Danish Aiman Abdullah koma selepas dipercayai ditampar teman lelaki ibunya di Kampung Tualang, Manir di sini kelmarin.

Suspek berusia 31 tahun itu dikatakan berang dengan kerenah mangsa lalu menamparnya sehingga tidak sedarkan diri dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika mangsa dan ibunya yang merupakan bekas anggota tentera laut berusia 22 tahun berada di dalam bilik di rumah teman lelakinya.

Mereka tinggal di rumah suspek sejak tiga bulan lalu selepas wanita tersebut berselisih faham dengan suaminya dan kini dalam proses perceraian.

Rumah itu turut didiami beberapa ahli keluarga suspek, namun mereka tiada di rumah semasa kejadian.
Seorang ahli keluarga suspek yang enggan dikenali memberitahu, kejadian hanya disedari apabila ibu Mohd. Danish Aiman meminta bantuan adik perempuan suspek menghantar mangsa ke hospital.
-kosmo

hot-Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan



upsi
[TERKINI 1.35 PAGI] TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.
Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.
Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."

"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.
-sinarharian

hot-Tak boleh tahan hidup sendirian


KUALA LUMPUR: “Mana boleh tahan hidup macam tu... kalau setahun dua mungkin tak apa, tapi ini hampir lima tahun,” kata Shima, 29, yang mendakwa terseksa zahir dan batin kerana hanya bertemu suaminya sekali seminggu.

Bukan kerana suami mempunyai isteri atau kekasih lain, tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai jurutera yang memerlukannya sering ke luar daerah dan hanya pulang seminggu atau dua minggu sekali.

“Saya bagaikan isteri hujung minggu. Ada suami tapi hanya seminggu atau dua minggu sekali bertemu. Sehari selepas itu, saya ditinggalkan lagi. Begitulah rutin rumah tangga kami. Lama-kelamaan saya menjadi jemu dengan kehidupan sebegitu,” katanya kepada Metro Ahad.

Walaupun hidupnya dilimpahi kemewahan kerana pendapatan suaminya lumayan, ia tidak memadai buat Shima yang terperuk di rumah sendirian.


Selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, dia yang sering kesunyian disebabkan kesibukan suami dengan tugas, mula mencari keseronokan di luar.
-hmetro

.