Pages

10/2/11

hot-Paus Sei betina mati terdampar 800 meter dari pantai

EAST YORKSHIRE: Pakar marin kebingungan melihat bangkai ikan paus dari spesies jarang ditemui terdampar kira-kira 800 meter dari pantai, semalam.



Pemeriksaan mendapati, paus itu mati akibat terperangkap di kawasan cetek.

Pakar dilaporkan “95 peratus yakin” paus berkenaan betina dari spesies Sei yang jarang ditemui.


Rekod menunjukkan, hanya tiga paus seumpama itu ditemui terkandas di perairan Britain sejak 20 tahun lalu.


Pegawai Amanah Hidupan Liar Yorkshire, Andy Gibson, berkata keadaan air cetek menyebabkan ikan itu tersangkut pada pasir pantai.

“Keadaan ikan ini menyedihkan. Selepas terperangkap, ia berguling supaya liang udara di atas badannya tertutup,”


source dailymail


No comments:

Post a Comment

.