Pages

3/31/12

hot-Saya tiada niat langsung untuk baling selipar



Nur Adha (kanan) bersalaman dengan anak muridnya Sritharan sambil diperhatikan oleh keluarga murid
PETALING JAYA – Guru Bahasa Inggeris yang tidak sengaja membaling selipar ke muka anak muridnya meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut di masa akan datang.

Guru berkenaan Nur Adha Mat Ali, 30, berkata, apa yang berlaku  benar-benar di luar kawalan dan dia sendiri  menyesal di atas apa yang berlaku.

“Saya minta maaf kepada murid saya iaitu  Sritharan di atas apa yang berlaku begitu juga dengan ibu dan bapanya,” katanya pada sesi pertemuan dari hati ke hati antara pihak Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 (SKDD 1) dan keluarga mangsa, semalam.

Dalam kejadian pada waktu persekolahan petang Isnin lalu, murid tahun satu terbabit M. Sritharan dibaling selipar oleh gurunya hingga menyebabkan dia mengalami cedera ringan pada bahagian mata kiri.

Sementara itu bapa mangsa A. Murugan, 46, ketika ditemui berpuas hati dan memaafkan guru itu di atas apa yang berlaku.

“Saya menerima maaf cikgu Nur Adha dan saya berharap selepas ini anak saya dapat meneruskan pembelajaran selepas mendapat tiga hari cuti sakit oleh pihak hospital,” katanya.

Murugan berkata, dia juga akan menarik semula laporan polis yang telah dibuat mengenai insiden tersebut sebelum ini.

Pertemuan  yang dipengerusikan oleh Setiausaha PKR Cabang Subang G. Manivanan itu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak saling bermaafan antara satu sama lain.

Mengulas lanjut mengenai insiden yang berlaku,  Yang Dipertua PIBG SKDD 1 Zakir Abdul Rahman ketika dihubungi memaklumkan supaya ibu bapa yang mempunyai sebarang kemuskilan  atau masalah membabitkan anak mereka di sekolah boleh melaporkan kepada pihak PIBG untuk diselesaikan.

“Jangan buat aduan atau tindakan yang boleh mengeruhkan lagi suasana kerana dalam kes ini apa yang berlaku boleh diselesaikan dengan cara yang paling baik,” katanya.

komen pembaca;
 
semasa saya sekolah dulu cikgu baling saya dgn kerusi bila balik sekolah saya mengadu pada ibubapa saya..tiba2 ibubapa saya baling dgn kerusi juga.. lebam2 dan luka2 badan saya.. saya akui pada masa tu saya kurang minat dlm pelajaran..cukup malas belajar.. terika kasih cikgu terima kasih ibu.. kerana menyadarkan saya.. peristiwa baling kerusi itu lah yang menyadarkan saya... bila sya telah berjaya dalam pelajaran cikgu itu menemui saya.. dia kata" cikgu baling kerusi pada awak kerana cikgu sayang awak kalau cikgu tak sayang awak cikgu akan biarkan awak.". Terima Kasih cikgu terima kasih ibu... kerana menyanyangi saya.. kerana mu lah hidup saya berjaya...

-sinarharian

hot-Dirotan 20 kali kerana ponteng



Bapa mangsa menunjukkan kesan sebatan pada punggung anaknya.
BUTTERWORTH - Gara-gara tidak hadir sehari ke sekolah, seorang murid tahun enam sebuah sekolah rendah di sini mendakwa disebat guru besarnya lebih 20 kali menyebabkan punggungnya lebam, terasa sakit hingga trauma ke sekolah.

Mangsa, anak ketiga dari lima beradik yang tinggal bersama keluarga di Taman Seri Bagan di sini mendakwa, dia disebat di dalam bilik guru besar sebaik hadir ke sekolah Selasa lalu selepas tidak hadir sehari sebelumnya.

“Saya memaklumkan kepada guru kelas sebaik hadir ke sekolah keesokan harinya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu,” katanya.

Menurut mangsa, namun guru kelasnya membawanya berjumpa dengan guru besar biarpun itu kali pertama dia tidak hadir ke sekolah.

Akibat dirotan, murid tahun enam sekolah rendah itu bukan sahaja tidak boleh duduk, malah terpaksa tidur meniarap.

Kejadian itu disedari bapa mangsa selepas mendapati anaknya berperangai pelik apabila enggan membuka pakaian seragam sekolah sewaktu tidur malam kelmarin.

Bapanya yang berumur 50 tahun itu berkata, sebaik pulang dari sekolah sekitar jam 4.30 petang Selasa lalu, anaknya­ enggan membuka seluar sekolah semasa hendak masuk tidur sekitar jam 9 malam.

“Perangai peliknya itu membuatkan kami sekeluarga hairan. Ketika dia nyenyak tidur pada jam 12 malam, saya dan isteri membuka seluarnya untuk memakaikannya dengan sarung dan terkejut mendapati punggungnya terdapat kesan calar seolah-olah dirotan,” katanya.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh kontrak berkata, anaknya memberitahu apa yang berlaku selepas berulang kali ditanya.

“Saya tahu kesalahannya tidak hadir ke sekolah, tetapi sepatutnya sebagai seorang pentadbir, guru besar berkenaan­ tidak boleh menjatuhkan hukuman keterlaluan kerana ia akan meninggalkan kesan trauma, apatah lagi disebat dengan jumlah yang tak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Katanya, lebih menyedihkan selepas insiden itu, pihak sekolah termasuk guru besarnya bersikap endah tak endah apabila langsung tidak mahu bertemu dengannya sama ada untuk memaklumkan tindakan mereka atau mengakui kesilapan dilakukan.

Bagi mengelak perkara sama berulang, dia membuat laporan polis dan membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital. Dia juga memaklumkan kejadian itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara.

Penolong Pegawai Pe­lajaran Daerah Seberang Perai Utara, Adnan Idris yang dihubungi berkata, perkara itu akan disiasat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Kita tidak pernah berkompromi dalam hal sebegini,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menye­babkan cedera.
-sinarharian

hot-Ditipu ‘wakil IKS Mara’



Nor Aini menunjukkan laporan polis dan sabun pencuci yang diberikan lelaki yang mendakwa wakil IKS
KUALA TERENGGANU - “Dia bukan sahaja menyamar sebagai wakil sebuah syarikat dari industri kecil dan sederhana (IKS), Mara Terengganu tetapi saya percaya lelaki itu turut menggunakan ilmu pukau untuk menipu pekerja saya,” kata Nor Aini Zakaria, 43, yang mendakwa ditipu oleh seorang lelaki di kedainya di pasar raya Mydin Mall, di sini, malam kelmarin.

Menurut pemilik NABS Food Industries itu, kejadian berlaku kira-kira jam 8.05 malam, dua pekerjanya telah didatangi seorang lelaki yang membawa sebotol sabun pencuci tanpa jenama kononnya telah dipesan olehnya sebelum ini.

“Semasa kejadian, saya berada di rumah sebelum menerima panggilan telefon daripada pekerja memaklumkan kejadian terbabit.

“Pekerja saya memaklumkan yang lelaki berkenaan mendakwa saya ada membeli sebotol sabun pencuci daripadanya dengan harga RM80 dan disebabkan tidak mempunyai banyak masa, lelaki itu memaksa dia membuat pembayaran segera tanpa perlu menelefon saya terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di kedainya, semalam.

Nor Aini berkata, pekerjanya seolah-olah dipukau kerana dengan mudah menyerahkan wang kepada lelaki itu sedangkan sebelum ini mereka tidak berani membuat keputusan sesuka hati tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

“Lelaki itu telah meninggalkan resit pembayaran yang tertera nombor telefon syarikatnya tetapi nombor telefon itu seperti tidak wujud kerana tidak berfungsi.

“Yakin diri saya ditipu lebih-lebih lagi melihat sabun pencuci yang diberikan itu seperti air biasa sahaja, saya terus mengambil keputusan membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, pendedahan ini dibuat bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat agar lebih berhati-hati sekiranya didatangi individu seperti lelaki terbabit.

“Dalam masa sama, saya berharap lelaki itu dikenakan tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa akan datang,” katanya yang sudah enam tahun berniaga di pasar raya berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Deputi Superintenden Zamani Che Awang yang dihubungi di sini, semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan menjelaskan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-sinarharian

hot-kemaluan dipotong


MUMBAI: Seorang wanita India di pinggir bandar Delhi, memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya.

Menurut laporan polis, wanita kematian suami yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bakhtawarpur, mempertahankan dirinya daripada diperkosa.


Suami mangsa meninggal dunia beberapa tahun lalu dan dia hidup bersendirian sejak itu. Wanita itu juga jarang keluar rumah.

Seorang anggota polis berkata, mangsa mendakwa, suspek, Jeevat, menyerbu masuk ke dalam rumahnya malam semalam dan cuba merogolnya,


Mangsa melawan dan apabila lelaki itu terjatuh, wanita itu meluru ke dapur dan mengambil pisau sambil menjerit meminta tolong sebelum memotong kemaluan penyerangnya.
-Agensi

hot-FAM digodam


CERCA...laman web FAM tercemar dengan kata-kata mengkritik pucuk kepimpinan.
CERCA...laman web FAM tercemar dengan kata-kata mengkritik pucuk kepimpinan.
LAMAN web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam lagi. Kali ini tindakan individu tidak bertanggungjawab itu lebih dahsyat apabila menjadikan laman web FAM untuk melepaskan geram terhadap kepimpinan tertinggi badan induk bola sepak tanah air itu.

Difahamkan tindakan menggodam laman web www.fam.org.my berlaku jam 3.20 petang semalam ada kaitan dengan rasa tidak puas hati segelintir pihak membabitkan isu Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang kemungkinan bakal dikenakan hukuman atas kesalahannya mengkritik secara terbuka prestasi skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal pada 13 Mac lalu.

Tinjauan Arena Metro mendapati, penggodam yang menceroboh laman web FAM itu meletakkan tiga keping gambar sambil disertakan kata-kata tidak puas hati, antaranya “FAM do not critic' (Jangan kritik FAM) dan ‘Tolong Rombak FAM! Presiden Sila Letak Jawatan’ dan ‘Presiden Sila Letak Jawatan Kami Dah Fed-Up!’ Turut dimuat turun ke laman web itu adalah klip video dan undian yang menggesa pemimpin tertinggi badan induk itu meletakkan jawatan.

Bagaimanapun selepas laman web FAM itu berjaya dipulihkan dua jam kemudian, laman web itu sekali lagi digodam kira-kira jam 8 malam dengan sekeping gambar majlis perkahwinan individu yang tidak dikenali diletakkan sambil tertera kata-kata kesat.

Usaha mendapatkan maklum balas mengenai pencerobohan laman web itu gagal apabila Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad gagal dihubungi.

Bagaimanapun sumber dalaman FAM mengesahkan perkara itu dan ia sudah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebelum ini, laman web FAM pernah diceroboh pada 27 Oktober tahun lalu apabila penggodam bertindak mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ serta rakaman dua video berbaur provokasi.

Difahamkan pada masa itu, tindakan didorong rasa marah segelintir pihak dengan keputusan badan induk bola sepak tanah air itu menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan Negeri Sembilan dan Terengganu

hot-Dirasuk 40 kali sehari

KOTA BHARU: “Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah,” kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.

Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tingkap dan berlari keluar meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kuning serta meracau dalam bahasa Siam, malah berperwatakan seperti orang tua.


Katanya, masalah misteri itu berlaku selepas 40 hari ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu dan selepas berkahwin dengan suami baru sebelum berlarutan sehingga kini.

“Sejak disihir, apabila ada ‘benda’ memasuki badan, saya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.


Menurutnya, sebelum dirasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada ‘benda’ misteri yang akan memasuki tubuhnya.
-hmetro

3/30/12

hot- small fire klcc


klcc suria on fireKUALA LUMPUR : Hundreds of people are being evacuated from Suria KLCC because of a small fire in a restaurant (some said from a restaurant named Chinoz) on the concourse level of the building.
Several people saw smoke coming out from the restaurant and the mall security alarm alerted, said a spokesman for KLCC management.
Shoppers and office workers were among the first to be evacuated followed by retailers who also forced to close their outlets.

klcc on fire
- Suria KLCC on fire, pictures taken from twitter.
However this fire has been extinguished and no injury or casualty was reported.

hot-TM scholarship

TM Scholarship 2012

Yayasan TM Scholarship 2012

offer various program as follow :
Overseas Foundation Programme
Multimedia University (MMU) Foundation / Alpha Programme
Diploma Programme at Multimedia University (MMU)
Undergraduate Programme at Multimedia University (MMU) and Local Public Institutions of Higher Learning (IPTA)

Qualification & Terms of Application Overseas Foundation Programme
  • Open to SPM students only.
  • Obtained a minimum of 8A in SPM inclusive of 5 compulsory subjects related to course of studies.

Multimedia University (MMU) Foundation / Alpha Programme
  • Open to SPM students intending to pursue studies at MMU only.
  • Obtained at least 4A- 1B in SPM in any 5 compulsory subjects related to course of studies.

Diploma Programme at Multimedia University (MMU)/ Multimedia College (MMC)
  • Open to SPM students or those who have commenced their studies at MMU/MMC.
  • Obtained at least B in SPM in any 5 compulsory subjects related to course of studies or a minimum of CGPA of 3.00.

Undergraduate Programme at Multimedia University (MMU) and Local Public Institution of Higher Learning (IPTA)
  • Open to candidate with Diploma, Matriculation, MMU Alpha, STPM or other equivalent qualifications.
Attention: Please use latest CGPA result if final result of current studies is not yet available.
How To Apply
All application must be made online at Yayasan TM portal.
Closing Date
The closing date for application of TM Scholarship 2012 is 8 April 2012.

hot-Harga Hartanah di Malaysia Terlalu Tinggi! Antara Sebab Rakyat Nak Tukar Kerajaan?



Tun Daim Zainuddin Harga Hartanah di Malaysia Terlalu Tinggi! Antara Sebab Rakyat Nak Tukar Kerajaan?Terbaru Tun Daim Zainuddin mengatakan harga rumah kediaman di Malaysia terlalu tinggi, jauh diluar kemampuan rakyat untuk memilikinya.
Apa pendapat anda pula? Dan apa lagi yang beliau katakan? Beliau mengesa kerajaan mengambil tindakan cepat dengan cara mengawal kalangan pemaju yang “telah merosakkan” pasaran hartanah di Malaysia.

hot-nilai hartanah kuantan meningkat


Nilai hartanah di daerah ini terus mencatatkan peningkatan di sebalik spekulasi pihak tertentu mengenai isu pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh Syarikat Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas).
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ia berdasarkan kepada laporan terbaru oleh Jabatan Penilaian Harta negeri.

“Nilai hartanah di kawasan Gebeng, Balok dan Beserah tak jatuh dan tidak ada pula yang mahu jual hartanah mereka disebabkan oleh isu Lynas.

“Tapi, kalau ada yang hendak jual, bagi tahu kita (kerajaan negeri), insya-Allah kita melalui Rangkaian Delima Sdn. Bhd. (RDSB) boleh beli. Kalau RDSB tak mampu, kita beli melalui Yayasan Pahang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites milik syarikat RDSB di atas hartanah lot 235 dan lot 147 di Jalan Gambut di sini hari ini.

Adnan berkata, bagi harta kediaman seperti teres kos rendah setingkat di kilometer (KM) 12, Jalan Gambang, harga seunit meningkat daripada RM49,000 hingga RM68,000 antara Julai dan Disember 2010 kepada RM80,000 hingga RM130,000 (antara Januari dan Jun 2011).

“Bagi teres dua tingkat di bandar Indera Mahkota, harga seunit meningkat daripada RM200,000 hingga RM270,000 antara Julai dan Disember kepada RM280,000 (antara Januari dan Jun 2011).
“Bagi teres berkembar setingkat di Jalan Air Putih, harga seunit meningkat daripada RM285,000 hingga RM370,000 antara Julai dan Disember 2010 kepada RM420,000 (antara Januari dan Jun 2011),” katanya.
Bagi nilai harta tanah bangunan kediaman pula katanya, tanah tersebut di Bandar Damansara meningkat daripada RM196 hingga RM205 setiap meter persegi antara Julai dan Disember 2010 kepada RM242 (antara Januari hingga Jun 2011).

“Bagi kedai tiga tingkat di Jalan Beserah, meningkat daripada RM700,000 seunit antara Julai dengan Disember 2010 kepada RM800,000 seunit (antara Januari dan Jun 2011),” katanya.
Menurutnya, angka-angka benar dan terkini yang dilaporkan Jabatan Penilaian Harta negeri itu membuktikan bahawa nilai hartanah di daerah ini adalah kekal stabil dan meningkat.

“Maka tidak benar sama sekali dakwaan mengatakan nilainya merudum ekoran isu-isu tertentu yang dimomokkan hingga dikatakan menghantui penduduk di daerah ini,” katanya.
UTUSAN

hot-RM 25 sahaja-panari tiang


KUALA LUMPUR – Banyak pihak di negara ini mahu Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda memandangkan beberapa kesalahan serta bentuk hukuman yang terkandung dalam akta tersebut dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai diguna pakai pada masa kini.

Malah, bagi sesetengah daripada mereka, hukuman denda sebanyak RM25 yang dikenakan terhadap tiga wanita beragama Islam kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik kerana kesalahan tersebut dianggap serius tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum selama 14 hari.

Menurut beliau, hukuman yang dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini.
“Jika hukuman itu dijatuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah, matlamat itu tidak dapat dicapai kerana denda yang dikenakan terlalu rendah.

“Pesalah tidak akan mengambil serius kesalahan mereka dan berkemungkinan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
-kosmo

hot-ponteng sekolah


LEHER seorang remaja berusia 13 tahun dirantai pada sebatang tiang elektrik di Battambang semalam. - AFP


BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.

Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.

"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.

Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.
Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.

Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.
"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.

"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.
Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja menggunakan kemudahan tersebut.
 - AFP

hot-Pemandu van tersepit 15 minit



Pemandu van tersepit 15 minit
TANAH MERAH - Pemandu van terpaksa bertarung nyawa berikutan tersepit hampir 15 minit, apabila kenderaan yang dinaiki bersama dua anaknya bertembung dengan treler di kilometer 79.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli dekat Bukit Bunga, jam 4.30 petang kelmarin.

Mangsa, Rashid Hassan, 42, yang tersepit kemudiannya dikeluarkan orang awam, patah paha, betis kanan dan cedera di kepala manakala dua anaknya hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, mangsa yang berasal Jedok kemudian dihantar ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan susulan, dan dua anaknya turut dihantar ke hospital­ sama hanya menerima rawatan pesakit luar.
Menurutnya, ketika kejadian van tersebut dalam perjalanan dari arah Tanah Merah menuju ke Jeli merempuh treler yang tiba-tiba terbabas di lorong bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, van mangsa remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan yang menyebabkan pemandu itu tersepit di tempat duduknya.

“Semasa kemalangan, dipercayai treler terbabit cuba untuk mengelak sebuah kenderaan lain yang berhenti dibahu jalan menyebabkannya terbabas ke laluan bertentangan­ sebelum bertembung dengan van tersebut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, pemandu treler dan dua kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan, dan kes tersebut disiasat bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Abdul Aziz juga menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu.

“Jaga jarak kenderaan anda, pastikan jangan berhenti sesuka hati dan semua pengguna perlu peka keadaan lalu lintas semasa, bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan,” katanya.
-sinarharian

hot-keldai siber


KUALA LUMPUR: Selain dijadikan keldai dadah, wanita tempatan kini diperalatkan sebagai keldai internet oleh sindiket antarabangsa warga Afrika dengan menggunakan akaun internet dan akaun bank mereka untuk pelbagai kegiatan penipuan secara atas talian di seluruh dunia.  

Modus operandi sindiket warga Nigeria yang mempunyai kepakaran teknologi maklumat (ICT) itu adalah dengan menggodam e-mel syarikat antarabangsa yang mengandungi maklumat sulit transaksi perniagaan dan menghubungi syarikat itu selepas mencipta emel baru yang alamatnya mirip e-mel pelanggan syarikat yang berurus niaga dengan syarikat yang mahu ditipu.
Mereka berurus niaga menerusi e-mel palsu termasuk rundingan pembelian. Selepas meyakinkan mangsa, anggota sindiket mengambil alih urus niaga dan menghantar e-mel mengarahkan pembeli memasukkan wang ke dalam akaun bank milik wanita rakyat tempatan yang didaftarkan di Malaysia.

Sebelum itu mereka menjalin hubungan dengan wanita tempatan supaya mudah dipujuk untuk membuka akaun. Ada antara mereka sanggup memeluk agama Islam dan berkahwin dengan mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata siasatan terhadap enam kes penipuan awal tahun ini mendapati semua akaun bank itu dimiliki wanita tempatan yang disyaki menjalin hubungan dengan anggota sindiket.

“Sebaik bayaran dimasukkan dalam akaun, mangsa diarah pasangan mereka memindahkan wang kepada rangkaian sindiket di luar negara melalui khidmat kiriman wang antarabangsa.
“Suspek mengelak penggunaan akaun bank sendiri atau rangkaian sindiket di luar negara bagi mengelak dikesan jika kegiatan terbongkar.

“Taktik itu juga bagi mengelak wang atau aset mereka di Malaysia atau luar negara dikesan, seterusnya dibekukan pihak berkuasa. Wanita kita dijadikan keldai internet seperti keldai dadah,” katanya.

Sejak Januari lalu, enam kes dilapor membabitkan 10 wanita tempatan dengan kerugian mencecah jutaan ringgit, termasuk kes terbaru membabitkan penahanan ibu tunggal berusia 34 tahun di Johor Bahru Sabtu lalu bersama pelajar kolej swasta warga Nigeria yang didakwa suaminya.

Mohd Kamarudin berkata, penahanan itu susulan maklumat Bank Pusat Amerika Syarikat (AS) yang melaporkan pembayaran oleh pelanggannya kepada sebuah syarikat pembuat pakaian di Jakarta, Indonesia dimasukkan dalam akaun bank milik ibu wanita berkenaan sebelum polis menahannya untuk siasatan lanjut.

Hasil soal siasat membawa kepada penahanan suaminya dan seorang lagi lelaki Afrika berusia 25 tahun dalam dua serbuan berasingan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya dan Pandan Indah, Ampang, pada Jumaat lalu.

Polis merampas telefon bimbit dan peralatan komputer yang mereka gunakan untuk berhubung dengan anggota sindiket lain di luar negara serta menggodam akaun mangsa.

“Lebih mengejutkan anggota sindiket sanggup memeluk Islam bagi meyakinkan pasangan, namun ketika ditahan mereka masih memakai rantai mempunyai lambang salib,” katanya.

Berikutan itu, polis menasihatkan orang ramai terutama ahli perniagaan supaya berwaspada ketika menggunakan talian internet percuma seperti Wifi, selain meneliti dan menyemak e-mel bagi mengelak maklumat dicuri penggodam.

“Bukit Aman sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa luar negara, termasuk Interpol bagi memantau aktiviti yang meragukan dalam sebarang urusan perniagaan melalui e-mel,” katanya.

Beliau berkata, selain Malaysia, sindiket berkenaan beroperasi di Timur Tengah dan Afrika.
-bharian

hot-ikan arowana antara termahal di dunia


TAHUKAH anda bahawa ikan arowana Asia atau kelisa (Scleropages formosus) merupakan antara ikan termahal di dunia.

Setakat ini terdapat lebih daripada 10 variasi ikan arowana berdasarkan warna badannya.
Ikan arowana ialah sejenis ikan primitif di dalam famili Osteoglossidae yang merupakan keturunan daripada kumpulan ikan yang wujud 54 juta tahun yang lalu.

Sebenarnya ikan arowana bukan hanya terdapat di Malaysia sahaja.
Setakat ini terdapat enam spesies ikan arowana di bawah famili Osteoglossidae di dunia.
Di benua Amerika Selatan, terdapat dua spesies arowana iaitu Osteoglossum bicirrhosum dan Arapaima gigas.

Spesies Clupisudis niloticus merupakan ikan arowana yang terdapat di benua Afrika.
Ikan arowana spesies Scleropages leichardtii terdapat di Australia dan New Guinea.

Ikan arowana Australia mempunyai pertalian yang rapat dengan ikan Arowana Asia (Scleropages formosus) yang terdapat di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia.

Menurut pensyarah Jabatan Sains Perikanan dan Akuakultur, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Shahreza Md Sheriff selain mempunyai warna badan yang cantik, ikan arowana mempunyai dua ciri unik.

''Ia mempunyai lidah bertulang yang dipenuhi gigi.
Selain itu, walaupun ia bernafas menggunakan insang, ia juga berkeupayaan bernafas dengan mengambil oksigen dari udara,'' ujarnya.

Ikan arowana mempunyai pundi renang yang selain berfungsi sebagai organ pengapungan ia juga membantu dalam pernafasan.

Udara yang diambil dari udara akan disimpan di dalam pundi renang dan digunakan untuk bernafas.
Satu lagi ciri unik ialah, di dalam pembiakan, ikan arowana jantan akan mengeram telur dan benihnya selama 60 hari.

''Sewaktu tempoh pengeraman, ikan jantan tidak akan memakan sebarang makanan dan ia dijaga oleh induk betina. Inilah antara beberapa ciri unik ikan arowana,'' katanya.
-utusan

hot-minat biak arowana


SAYA sanggup menghadap akuarium, melihat ikan berenang selama berjam-jam tanpa rasa jemu, kadang-kala sehingga ditegur isteri baru tersedar," kata pengusaha ikan arowana, Amer Hamzah Dahlan.
Bermula sebagai penggemar ikan hiasan, kini beliau boleh dikategorikan sebagai pengusaha benih ikan arowana yang berjaya.

Biarpun baru bertatih-tatih untuk mengeluarkan benih ikan arowana secara besar-besaran, namun pengalaman beberapa tahun memelihara, menternak serta membiak arowana secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil.

"Dahulu kerana minat sangat ikan ini (arowana) saya sanggup pergi dari kedai ke kedai hanya untuk melihatnya sahaja.

"Pada ketika itu tidak mampu untuk beli yang mahal-mahal, dapat tengok pun jadilah," ujarnya ketika ditemui di kolam ternakan ikan arowana di Bukit Merah, Semanggol, Perak.
Amer kini mampu berbangga dengan sebidang tanah yang memuatkan hampir 50 buah kolam ternakan arowana dan dihuni hampir 800 ekor ikan tersebut.

Katanya, kerana minat yang mendalam pelbagai kajian berkenaan pembiakan dan penjagaan arowana telah dilakukannya sejak 10 tahun lalu.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Prisma Eramas Sdn. Bhd. ini membiak dan menternak ikan arowana secara kecil-kecilan.

Malah, beliau yang pada ketika itu bekerja makan gaji sering berulang-alik ke Bukit Merah untuk melihat serta mengkaji bagaimana cara menternak dan memelihara ikan tersebut.

Apabila telah benar-benar memahami dan yakin, Amer kemudiannya berhenti bekerja makan gaji dan menubuhkan syarikat penternakan ikan arowana bersama dua orang lagi rakan kongsinya.

Biarpun menetap di Bangi, Selangor, namun ia tidak menghalang Amer Hamzah untuk turun padang ke Bukit Merah seminggu sekali bagi memastikan perniagaannya berjalan lancar.

Malah, dirinya sendiri sering mengendalikan proses mengeluarkan anak ikan arowana daripada induknya.
Biarpun proses tersebut kelihatan leceh kerana perlu membelai dan memujuk induk ikan untuk membuka mulutnya secara perlahan-lahan bagi mendapatkan anak yang dijaga.

Namun, benarlah kata pepatah, alah bisa tegal biasa, kehangatan pancaran matahari, hanyirnya bau lumpur ketika meredah kolam tidak lagi dirasakan apabila 'buah hati' yang berada di depan mata mampu memberikan hasil yang lumayan.

Menurut Amer Hamzah lagi, antara jenis ikan arowana yang terkenal dibiak olehnya adalah Malaysian Gold, Highback Golden, Red Arowana, Silver Arowana dan Gold Blue Base Arowana yang mana merupakan spesies asal yang terdapat di Tasik Bukit Merah.

Namun yang paling banyak mendapat permintaan adalah Malaysian Gold kerana ia sukar dibiak dan unik di mana hanya boleh didapati di negara ini terutamanya di sekitar Bukit Merah.

Bagi induk utama, Amer memperolehinya daripada rakan-rakan pengusaha yang telah lama dikenali serta dipercayai.

Ia berikutan untuk mendapatkan anak benih yang baik, ia memerlukan induk yang benar-benar sihat serta mampu menghasilkan anak yang banyak di samping memiliki daya ketahanan yang tinggi.

Menggunakan modal sendiri antara resipi utama kejayaan Amer Hamzah serta dua lagi rakan kongsinya.
"Sehingga kini saya dan rakan-rakan tidak pernah membuat pinjaman perniagaan dari mana-mana agensi.

"Segalanya menggunakan wang simpanan sendiri sebagai modal permulaan," katanya.
Biarpun baru bermula, perniagaannya kini berjalan lancar dan induk ikan yang dipelihara telah mula mengeluarkan hasil.

Arowana atau nama saintifiknya Scleropages formosus (Asian Arowana) banyak terdapat di sekitar Tasik Bukit Merah, justeru kawasan tersebut dilihat amat sesuai untuk aktiviti pembiakan secara komersial.
Biarpun arowana merupakan ikan yang agak lasak dan memiliki daya ketahanan yang tinggi namun ia tetap memerlukan kualiti air yang baik.

Jika terdapat pencemaran terhadap air yang dialirkan ke dalam kolam kemungkinan besar ikan-ikan yang terdapat di dalamnya akan mudah mati serta sukar untuk membiak.

Jika ikan-ikan induk tersebut mudah mati pastinya pengusaha akan menanggung kerugian yang tinggi berikutan seekor induk ikan arowana mampu mencecah harga belasan ribuan ringgit.

Untuk mengelakkan kejadian seumpama itu terjadi, sebuah rumah pemproses air turut dicipta olehnya.
Ia bertujuan untuk membendung masalah pencemaran air jika berlaku dengan mengitar semula air kolam yang mengalir keluar.

Proses tersebut juga seakan-akan proses kuarantin ikan di dalam kolam daripada bekalan air tercemar dari luar.

Rumah pemprosesan air itu terdiri daripada beberapa buah penyedut air yang menggunakan kuasa elektrik dan penapis mirip proses pembersihan sebuah akuarium.

Justeru, jika pencemaran dikesan, tali air masuk akan ditutup dan air kolam akan dikitar dan dibersihkan.
Biarpun begitu, kematian induk arowana tetap tidak dapat dielakkan, namun ia boleh dikawal melalui proses penjagaan yang rapi.

Bagaimana pun proses pembiakan tidaklah semudah seperti yang disangka kerana ikan arowana amat memilih pasangan.

Biarpun diletakkan secara berpasang-pasangan namun ia tidak boleh dipaksa untuk mengawan.
Berbeza dengan cara pembiakan aruhan yang biasa dilakukan oleh penternak seperti ikan keli, patin dan tilapia, arowana memiliki caranya yang tersendiri.

Apabila ikan betina telah bersedia untuk mengawan ia akan mengeluarkan telurnya dan akan disenyawakan oleh ikan jantan setelah itu ikan jantan akan membawa telur tersebut didalam mulutnya.
Proses menjaga akan diambil oleh ikan jantan dan berlanjutan sehingga anak-anak ikan cukup besar sebelum dilepaskan oleh induknya.

Disinilah pengamatan teliti diperlukan untuk menentu ikan jantan tersebut sedang membawa telur atau anak ikan yang sudah matang.

Menurut Amer Hamzah, kebiasaannya ikan jantan yang membawa telur terdapat sedikit perubahan fizikal iaitu dari segi bentuk kepalanya.

"Kebiasaannya kepala ikan jantan yang membawa anak ikan atau telur memiliki saiz sedikit besar.
"Kita perlu perhatikan dengan teliti dan kemahiran ini memakan masa yang agak lama," ujarnya.
Terdapat dua kemungkinan yang akan terjadi jika seseorang pengusaha itu tidak berapa mahir dalam menentukannya iaitu sama ada akan memperolehi benih dalam bentuk telur (masih baru) atau jika terlambat anak ikan akan dilepaskan.

Jika dituai didalam bentuk telur dikhuatiri kadar kemandirian benih tidak tinggi di mana anak ikan akan cepat mati.

Namun, jika anak ikan telah dilepaskan oleh induknya (telah matang) ia mudah menjadi makanan kepada ikan pemangsa seperti haruan.

Justeru, masa yang terbaik adalah dua hingga tiga minggu selepas musim mengawan di mana anak ikan telah cukup kuat untuk hidup sendiri.

Bagi syarikat Urusan Prisma Eramas Sdn. Bhd., mereka turut menyediakan inkubator untuk menyimpan anak benih ikan arowana yang masih kecil sehingga ikan tersebut matang untuk dipasarkan.
Sehingga kini, anak benih ikan keluaran syarikat Amer Hamzah telah mendapat tempat di beberapa buah negara seperti Jepun.

Kini, mereka sedang dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan ke China berikutan permintaan terhadap ikan hiasan tersebut sedang galak dan telah menjadi fenomena di sana.
 -utusan

lihat juga potensi industri arowana di sini

hot-industri arowana


MINAT orang ramai terhadap ikan hiasan antara punca mengapa ikan arowana turut mendapat perhatian luar basa.

Di negara ini, terdapat pelbagai jenis ikan hiasan seperti discus dan angelfish, live bearer seperti gapi, swordtail dan molly, Cyprinid seperti tiger barb, cherry barb dan rosy barb dan Characid seperti pelbagai jenis tetra. Ikan yang paling terkenal di negara kita ialah arowana.
Ikan berkenaan tergolong digolongkan dalam famili Osteoglossidae iaitu keluarga ikan yang dikenal sebagai ikan lidah bertulang (bonytongue).

Ikan ini digelar sedemikian kerana struktur lidahnya berbentuk tulang yang keras dan kesat berfungsi sebagai gigi pencengkam sesuai dengan kelakuan pemakanannya sebagai ikan pemangsa.
Jabatan Perikanan merupakan agensi kerajaan yang menjadi peneraju dalam pembangunan industri ikan hiasan di negara ini.

Industri tersebut mula berkembang sejak 2005 dengan kadar pertumbuhan 15 peratus sehingga tahun 2009.
Kira-kira 80 peratus daripada pengeluaran ikan hiasan negara adalah untuk pasaran eksport ke beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan beberapa negara Kesatuan Eropah seperti Perancis, Jerman dan United Kingdom.

Sehingga hari ini, Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar arowana di Asia selepas negara jiran Indonesia.

Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Nik Ab. Wahab Mat Diah berkata, ikan arowana merupakan sebahagian daripada komponen pembangunan haiwan akuatik yang turut merangkumi tumbuhan akuatik.

Haiwan akuatik tersebut antaranya termasuklah ikan hiasan seperti , ikan emas, discus, ikan koi, dan ikam beta (ikan laga), sepat dan gapi.

Nik Ab. Wahab berkata, beberapa program penyelidikan dan pembangunan melibatkan ikan arowana telah dirancang dan dilaksanakan.

Antara kejayaan tersebut ialah pembiakan pada 1996 yang dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT) di Batu Berendam Melaka dan membangunkan standard kualiti untuk arowana dengan kerjasama SIRIM Berhad.

“Penyelidikan lain termasuk penentuan strain atau jenis dan jantina arowana mengikut teknik biosensor dengan hanya menggunakan sampel sisik sahaja,” kata beliau.

Pihaknya juga melaksanakan program pemuliharaan arowana di Tasik Bukit Merah yang mana matlamatnya ialah populasi arowana di kawasan itu akan dapat dipulihkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pada masa ini program penyelidikan dijalankan di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (FRI Glami Lemi), Titi, Jelebu, yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan bagi menggantikan PPPAT beroperasi di Batu Berendam, Melaka.

Nik Ab. Wahab berkata, FRI Glami Lemi memberi tumpuan kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan terutama daripada segi pengeluaran hibrid baru, pengenalan identifikasi menerusi teknik molekular serta aktiviti krioawetan semen.

“Kita dalam proses pemilihan induk untuk aktiviti biakbaka daripada spesies liar bagi meningkatkan populasi,” katanya.

Selain aktiviti penyelidikan dan pembangunan Jabatan Perikanan juga kata beliau, mengawal selia urusan import dan mengurus pengeluaran permit eksport memandangkan pengusaha arowana perlu memperoleh permit Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES).
Begitu juga mengenai sijil kesihatan ikan arowana yang perlu diperoleh daripada jabatan tersebut.

Dengan jumlah pengusaha mencecah 140 orang yang mana 87 daripadanya beroperasi di Kerian Perak, beliau yakin industri tersebut akan terus meningkat pada masa akan datang.
“Industri arowana perlu berkembang sebagai satu peluang perniagaan yang telah pun dimasukkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA),” ujarnya.

Dalam pada itu, Pusat Ikan Hiasan di Enggor, Kuala Kangsar, Perak memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menceburi industri tersebut melalui latihan, kemahiran dan pengetahuan dalam aspek ternakan dan pengurusan ternakan.

Sementara itu, menurut Penyelidik Kanan Bahagian Penyelidikan Perikanan Air Tawar Glemi Lemi , Mohamad Zaini Suleiman, industri penternakan arowana telah berkembang pesat di negara ini sejak 2005.
Sebagai tempat asal arowana, jenis terbaik di dunia iaitu arowana emas Malaysia merupakan sebuah 'kilang' pengeluar pelbagai jenis arowana untuk pasaran global.

Pelbagai jenis arowana kita di pasaran di peringkat global seperti jenis Blue based gold, cross backed gold, high backed gold, golden head, chili red, blood red dan sebagainya dihasilkan di negeri Johor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan juga Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, matlamat utama Pelan Pembangunan Arowana ialah memperluas pasaran arowana yang sedia ada sama ada di dalam negara atau untuk tujuan eksport.

“Kami berharap ikan ini dapat menembusi pasaran baru di Amerika Syarikat (AS) dan Asia Barat melalui pelbagai strategi yang telah dan sedang dijalankan seperti program pemuliharaan arowana di Tasik Bukit Merah dan promosi dalam pameran seperti Aquarama di Singapura, Aquafair di Kuala Lumpur,” katanya.
Selain itu, misi perdagangan dan promosi ikan hiasan ke luar negara di samping mengenalpasti peluang pasaran baru juga diadakan.

Jabatan Perikanan kini katanya mensasarkan pengeluaran sebanyak 0.5 juta ekor arowana dihasilkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Pada masa sama, bilangan syarikat berdaftarkan CITES pada tahun lepas yang berjumlah 31 juga akan ditingkatkan melalui taklimat dan bimbingan berterusan bertujuan memberi peluang lebih ramai lagi pengusaha arowana melibatkan diri dalam pengeksportan arowana keluar negara.
-utusan

hot-Bantah skirt dikata porno


JAKARTA: Suruhanjaya Hak Wanita mengutuk cadangan Menteri Agama untuk mengharamkan skirt pendek di bawah undang-undang antipornografi.
Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali mencadangkan kelmarin, skirt paras ‘atas lutut’ sepatutnya didefinisikan sebagai pornografi ketika perdebatan semakin hangat mengenai kebebasan bersuara dan beragama di negara yang mempunyai ramai penduduk Islam di dunia itu.

Timbalan Ketua Suruhanjaya Negara Mengenai Wanita, Masruchah berkata: “Negara ini asyik melangkah ke belakang.”

Sebagai sebuah negara berdemokrasi, kerajaan perlu memastikan setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dengan bebas, seperti yang tertakluk di bawah perlembagaan, katanya.


“Negara ini mesti menghentikan menjadikan tubuh wanita sebagai kesalahan jenayah dan menyalahkan pakaian yang dipakai sebagai mengundang serangan seksual,” katanya.
Suruhanjaya itu adalah badan bebas tetapi mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan.

Tahun lalu, Gabenor Jakarta Fauzi Bowo, menyalahkan wanita yang memakai skirt pendek sebagai mengundang jenayah rogol di dalam van mini.

Menurut meluluskan Undang-undang Antipornografi yang diluluskan pada 2008, setiap pekerjaan atau perbuatan yang boleh dianggap lucah dan mampu menjatuhkan moral orang awam termasuk seni, tarian, muzik dan puisi adalah jenayah.

Undang-undang itu mendapat kritikan ramai kerana bersikap zalim dan menindas wanita.

Suryadharma dilantik mempengerusikan pasukan petugas antipornografi yang ditubuhkan baru-baru ini untuk melaksanakan undang-undang kontroversi itu.
Beberapa penari, penari bogel dan bintang pop ditahan mengikut undang-undang berkenaan.
 - AP

hot-Tembak isteri gara-gara najis anjing kotori rumah


DALLAS: Pihak berkuasa semalam mendakwa seorang lelaki atas tuduhan membunuh isterinya dan dua anjing mereka gara-gara satu daripada haiwan berkenaan mengotorkan rumah dengan najis.
Jurucakap polis Lewisville berkata, Stephen Stolz ditahan apabila polis berjaya memujuknya menyerah diri lima jam selepas dikepung.

Katanya, Stolz, 76, mengaku menembak mati isterinya, Bernice, 49, dan dua anjing peliharaan mereka selepas haiwan berkenaan mengotorkan rumah dengan najis Ahad lalu.
“Mula-mula Stolz menembak anjing pertama - jenis German Shepherd - dan anjing kedua - jenis Rittweiler, sebelum membunuh Bernice yang menjerit ketakutan melihat insiden itu,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata, mereka dipanggil menyiasat selepas majikan Bernice melaporkan, wanita terbabit tidak datang bekerja beberapa hari.

Menurut jurucakap itu, Stolz menghalau polis yang datang ke rumahnya bagi melihat keadaan Bernice.

Katanya, polis mula curiga apabila terhidu bau busuk dari rumah berkenaan.

“Kami menghubungi unit SWAT bagi mendesak Stolz menyerah diri.
“Selepas beberapa percubaan, SWAT menghantar satu robot dilengkapi kamera ke rumah berkenaan untuk melihat keadaan di situ,” katanya.

Hasil pemeriksaan, polis mendapati Stolz tidak bersenjata dan terbaring di lantai.

“Stolz akhirnya menyerah diri tanpa melawan, manakala mayat Bernice ditemui di dapur dengan kesan tembakan di kepala.

“Stolz bercadang mahu membunuh diri tetapi gagal kerana kehabisan peluru,” katanya.
 - Reuters

hot-Gempa bumi lemah landa Mersing, Johor


KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km timur laut dari Mersing.

Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu.
- BERNAMA

hot-akibat susuk


KLUANG: “Saya sentiasa berasa seram dan tidak tenteram akibat gangguan makhluk halus menyerupai perempuan hodoh yang setiap masa berdamping saya sejak lima tahun lalu.
“Ini berlaku selepas saya melanggar pantang pemakaian susuk emas di wajah dan badan.

“Saya memakai susuk pendinding dan pelaris perniagaan sejak 14 tahun lalu, dan pada masa sama, setiap harta yang dimiliki tidak kekal, malah kini saya papa kedana,” kata peniaga makanan, Azri Idris, 43, di sini, semalam.

Menurut Azri yang berasal dari Kluang, dia mula diganggu makhluk berkenaan selepas melanggar syarat pemakaian ditetapkan bomoh iaitu perlu membacakan ayat khas 100 kali dalam tempoh sehari bertujuan memuja susuk berkenaan.


Katanya, sebelum itu, dia memang mengamalkan pembacaan ayat khas seolah-olah zikir sebagai pelaris perniagaan.
-hmetro

hot-Bawa anak pergi ‘dangdut jamban’

SERBU...anggota penguat kuasa MPK menyerbu premis terbabit.
SERBU...anggota penguat kuasa MPK menyerbu premis terbabit.
PELABUHAN KLANG: Bagi mengaburi mata isteri yang dalam pantang mengenai aktiviti malamnya, seorang lelaki membawa anak perempuannya berusia enam tahun beberapa kali untuk berhibur di sebuah premis dangdut yang dikenali sebagai ‘dangdut jamban’ di Lorong Kem, di sini.
Malah, lelaki berusia 40-an terbabit turut meneguk minuman keras di hadapan anaknya.
Lelaki terbabit mengakui menjadikan premis berkenaan sebagai rumah kedua kerana mengunjunginya empat hingga lima kali dalam seminggu.

Premis berkenaan dipanggil ‘dangdut jamban’ berikutan keadaan premis yang usang, berbau busuk selain persekitaran yang kotor kerana dipenuhi botol minuman keras, bekas makanan dan puntung rokok.


Premis itu digemari pelanggan ‘senja’ turut dijadikan ‘port’ berhibur sambil berkaraoke selain menikmati minuman keras yang dihidangkan pelayan gebu warga asing yang turut melakukan aksi ghairah.

Bagaimanapun, keseronokan semua pelanggan tidak berpanjangan apabila diserbu Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) jam 10.30 malam, kelmarin.

Difahamkan, pemilik premis yang juga penjawat awam menjalankan perniagaan itu tanpa lesen sah sejak setahun lalu walaupun diserbu pihak berkuasa awal tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPK, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, premis berkenaan menjadi tumpuan kerana memiliki tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke dangdut terkini.

“Premis ini beroperasi dari jam 8 malam hingga 3 pagi setiap hari dan semakin rancak dipenuhi pelanggan setiap kali terutama pada hujung minggu.

“Ketika serbuan, terdapat lima pelanggan dan tiga pelayan wanita warga Indonesia sibuk menyediakan minuman keras kepada pelanggan,” katanya.

Semua pelanggan diambil keterangan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 Pindaan 1998, 2001 kerana menjalankan aktiviti perniagaan hiburan tanpa lesen daripada pihak berkuasa.
-hmetro

3/29/12

hot-curi dut online

KUALA KANGSAR 28 Mac - Seorang jururawat yang hendak mengeluarkan wang gajinya sebanyak RM2,000 terkejut apabila mendapati duit itu lesap, dipercayai dicuri melalui perbankan Internet.
Noor Haslina Ngah Awi, 41, menyedari kehilangan wangnya ketika dia ingin mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah cawangan bank berkenaan di sini pada Isnin lalu.
Dia terperanjat apabila mendapati jumlah wang dalam akaunnya hanya berbaki RM11.13.
"Saya bergegas ke pejabat bank tersebut di Kuala Kangsar untuk mendapatkan penyata kewangan dan diberitahu, wang saya dikeluarkan melalui perbankan Internet pada hari gaji saya dimasukkan.
"Saya jadi bingung apabila diberitahu wang itu mungkin dikeluarkan di Kuala Lumpur. Pihak bank pula tidak dapat mengesan siapa yang mengeluarkan wang itu tanpa pengetahuan saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
-utusan

hot-telur bertukar kepada warna biru


Sampel telur biru diambil Pejabat Kesihatan
KERTEH – Sampel dua biji telur bertukar kepada warna biru pada bahagian putihnya diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman untuk proses analisis makmal semalam.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru Kerteh, Mohd Yusof Abdul Aziz berharap hasil keputusan analisis yang dilakukan dapat merungkai misteri mengapa telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie, 25, itu bertukar warna biru pada bahagian putih telurnya.
Menurutnya, apa yang pelik, keadaan telur yang bertukar kepada warna biru dalam kejadian Khamis lalu masih kekal pada keadaan asal, tidak sebagaimana kebiasaan telur lain yang akan berlendir jika sudah lama.
“Telur juga masih berbau seperti bau penyembur racun serangga. Baunya cukup kuat dan meloyakan,” katanya yang mengesyaki telur berkenaan tiruan atau disuntik bahan kimia.
Sinar Harian pada Jumaat lalu menyiarkan mengenai Mohd Yusof sekeluarga yang hilang selera makan selepas dua biji telur yang dimasak isterinya bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai disebabkan ia telur tiruan.
Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain.
Katanya, sejak penyiaran berita itu, dia turut dihujani panggilan telefon termasuk pada waktu malam daripada saudara mara dan rakan sekerja yang berminat untuk mengetahui mengenai keadaan telur itu.
“Diharap kes ini dapat diselesaikan pihak berkenaan kerana ramai yang tertanya-tanya mengapa telur tersebut berubah warna sedemikian kerana dikhuatiri ia boleh memudaratkan kesihatan pengguna,” katanya.
-sinarharian

hot-Susu cair ‘serbuk logam’


Logam susu
CHANGLUN - Terkejut. Itulah perasaan seorang ­pemilik salun kecantikan di sini, apabila mendapati susu cair dalam tin yang digunakan isterinya untuk membancuh air yang dibeli lebih sebulan lalu di sebuah pasar raya mengandungi tompokan hitam dipercayai serbuk logam.

Goh Shau Chen, 30, berkata, selepas diperiksa, dia ­menemui tompokan hitam berkenaan di bahagian bawah selepas susu cair itu dituangkan ke dalam bekas lain.

Menurutnya, perkara itu hanya disedari mereka selepas isterinya, Erni Farida, 27, ­terhidu bau sesuatu selepas meminum air yang dibancuh dengan menggunakan susu berkenaan Sabtu lalu.

Shau Chen, dia kemudian membuka keseluruhan tin susu cair itu bagi melihat apa yang terdapat di dalam tin berkenaan.

“Kami terkejut apabila mendapati ada tompokan ­hitam seakan-akan serbuk ­logam di bahagian bawah permukaan susu itu,” katanya ­ketika ditemui di rumah ­mereka di Pekan Changlun Dua di sini.

Shau Chen berkata, ­mereka juga cuba menghubungi talian khidmat pengguna syarikat pengeluar susu berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut namun ­talian itu tidak dijawab.

“Kami kesal dengan apa yang berlaku dan seharusnya ia tidak terjadi memandangkan tarikh luput susu berkenaan juga masih berbaki hampir lima bulan lagi,” katanya.

Shau Chen pada masa sama meminta pengguna lain supaya lebih berhati-hati dan sebaik-baiknya memastikan susu cair dalam tin seperti itu betul-betul selamat sebelum digunakan.

“Kita tahu banyak kedai minuman yang menggunakan susu cair dalam tin, jadi ­lebih baik peniaga memeriksa susu yang ingin digunakan ­sebelum menyediakan minuman kepada pelanggan ­mereka,” katanya.
-sinarharian

hot-Upah seks ‘tutup mulut’ aksi seks


Tertuduh
TEMERLOH – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bimbang rakaman aksi hubungan seks bersama kekasihnya disebar dalam internet terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya yang merakam aksi itu sebagai upah ‘tutup mulut’.

Dalam kejadian 28 Februari 2012, mangsa keluar bersiar-siar bersama kekasihnya berusia 18 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Triang, Bera.

Mangsa kemudian diajak teman lelakinya melakukan hubungan seks dan dalam terpaksa mangsa menurutinya.

Tanpa mangsa sedari aksi hubungan seks itu dirakam seorang rakan mangsa berusia 19 tahun yang kemudiannya mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut.

Mangsa yang ketakutan akhirnya terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya sebagai upah tutup mulut.

Namun akibat ketakutan, mangsa akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian.

Susulan kejadian, dua remaja lelaki yang masih menganggur berdepan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur.

Tertuduh Mohd Kamarul Zaman Muhamed 19 dan rakannya yang berusia 18 tahun, kedua-duanya dari Felda Kumai, Triang bakal berdepan hukuman tersebut selepas didakwa di mahkamah pagi semalam.

Kedua-dua remaja terbabit dituduh merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai kira-kira jam empat petang 28 Februari lalu.

Kedua-dua mereka yang didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (1) mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali kemudian memutuskan kes disebut semula pada 25 April 2012 untuk mendengar keputusan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta dihantar ke penjara Penor untuk ditahan.

hot-Si tua berjoget sampai 5 pagi

ASYIK...pelanggan di kedai makan terbabit menari dangdut.
ASYIK...pelanggan di kedai makan terbabit menari dangdut.
GOMBAK: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.
Diibaratkan seperti ‘dangdut rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.
Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik.
-hmetro

hot-Rasa dada terbakar

KANGAR: “Dada saya seperti dibakar, malah hampir keseluruhan mulut serta tekak tiba-tiba menjadi panas kerana terminum cecair berkenaan,” kata Mohd Syazwan Abdul Rohim,17, selepas terminum pencair cat yang disangka air minuman ringan.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam Isnin lalu, apabila Mohd Syazwan yang dahaga sebaik pulang dari bengkel sekolahnya di Arau di sini, mencapai satu botol di atas katilnya yang disangka minuman ringan lalu minum sebelum dadanya berasa panas.
Mohd Syazwan berkata, dia meneguk cecair berkenaan dua kali sebelum dada serta mulutnya tiba-tiba terasa panas dan sakit sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan separuh sedar.

Menurutnya, ketika itu dia berasa begitu haus sebelum menyedari minuman yang diteguk itu adalah pencair cat
Dada saya terus terasa panas manakala mulut serta tekak berasa seperti terbakar akibat kesan cecair berkenaan sehingga saya menggelupur kesakitan.

“Saya cuba menjerit meminta pertolongan rakan, namun gagal kerana sukar bertutur akibat kesakitan.

“Nasib baik ada rakan ternampak lalu meminta bantuan dan saya ke rumah warden asrama sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di HTF di sini, semalam.
-hmetro
.

hot-Tahan sakit perkosa janda

KUALA KANGSAR: Walaupun kakinya berdarah akibat luka terkena objek tajam ketika memanjat bumbung bagi memecah masuk rumah seorang janda di di Taman Wai Thong, di sini, ia tidak menghalang seorang lelaki merogol wanita berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek yang cedera memecah masuk rumah mangsa melalui siling dan mengejutkan wanita berkenaan yang tidur di dalam bilik sebelum merogolnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, mangsa tersedar selepas terdengar suara lelaki mengarahkan dia membuka selimut sambil mengacukan pisau.

“Wanita itu yang tidak berapa sedar kerana terbangun dari tidur enggan mengikut arahan lelaki bertopeng itu, tetapi kerana terlalu takut dengan ugutan, dia akur membuka selimut dan menanggalkan pakaiannya.

“Mangsa juga terdengar lelaki terbabit seperti kesakitan kerana terdapat luka pada tubuhnya, tetapi merogol mangsa tanpa menghiraukan kesakitan dan rayuan mangsa,” katanya di sini, semalam.
-hmetro 

hot-Pasangan ditahan salah guna facebook

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menahan suami isteri yang mewujudkan laman Facebook untuk tujuan bertukar-tukar pasangan, lapor akhbar Sabtu lalu.

“Laman Facebook itu untuk bertukar pasangan yang dihasilkan oleh seorang akauntan dan isterinya, menarik minat beberapa pasangan lain,” kata pegawai keselamatan di jabatan polis Giza, Omar Abdul Al, dipetik sebagai berkata oleh akhbar al-Masry al-Youm.
Ia memudahkan tujuan bertukar pasangan dengan syarat mereka mesti berkahwin. Suspek, kedua-duanya dalam lingkungan usia awal 30-an, memberitahu polis mereka mendapat idea itu daripada seorang lelaki Qatar yang mahu menukar isterinya dengan orang lain enam bulan lalu.

Polis berjaya menahan suspek menerusi perangkap yang dipasang oleh pasangan suami isteri muda yang menghubungi suspek menerusi Facebook, meluahkan minat dan menunjukkan keinginan mereka untuk bertukar pasangan.

Perjanjian dibuat dan tarikh ditetapkan, membawa kepada penangkapan pasangan itu.

Ketika soal siasat, suspek berkata, mereka berkahwin selama lima tahun dan mempunyai anak perempuan berusia empat tahun, selain mendakwa ramai pasangan menunjukkan minat dalam projek itu.
Empat pertukaran sudah dibuat dengan pasangan berminat yang berpuas hati dengan syarat, kata salah seorang suspek kepada polis.

Pada April 2009, mahkamah Kaherah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas seorang lelaki dan tiga tahun ke atas isterinya kerana mewujudkan kelab itu. Mahkamah berkata mereka mengaku mengadakan hubungan seks dengan pasangan orang lain. – Agensi

3/28/12

hot-Seorang lelaki cedera terkena serpihan mangkuk tandas akibat letupan



Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu mangsa Muhd Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

"Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Azhar Ghazali ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya bekerjasama dengan polis yang menyiasat kejadian itu dan kejadian itu sama sekali tidak menjejaskan operasi LRT di stesen berkenaan.

"Saya harap orang ramai tidak perlu bimbang dengan perkara ini. Keadaan adalah selamat dan kita beroperasi seperti biasa," katanya. - Bernama

hot-kambing ajaib


hot-harga getah RISDA

 untuk ketahui harga getah semasa atau sebelumya sila rujuk sini

cool-ice cream termahal di dunia




Sebuah hotel di Mexico membuat Ice Cream paling mahal di dunia. Ice tangkai tersebut dijual dengan harga USD1,000 ( RM 3,600 ). Ice popsicle itu disajikan bersama tangkai plastik.

Namun yang membuat Ice ini jauh lebih mahal dari Ice lain adalah bahan pembuat Ice tersebut. Demikian laporan dari  News.com.au,  Ice itu dibuat dari tequila atau minuman keras khas Mexico yang dijual 900 poundsterling per botol.

Popsicle Tequila Premium Clase Azul Ultra ini, juga disertakan serpihan emas seberat 24 karat. Pemilik resort Marquis Los Cabos di Baja California berkata, mereka mengharapkan Ice ini dapat diperkenal luas dikalangan warga kaya di dunia.


hot-FACEBED: Katil Untuk Penggila Facebook







Konsep katil Facebook karya Tomislav Zvonarić. Penggila Facebook pasti menyintai Facebed ini

.