Pages

8/29/13

hot Op Cantas Khas: 16 suspek ditahan





PULAU PINANG 25 Ogos - Sebanyak 16 lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah ditahan dalam Op Cantas Khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri malam tadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata, dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 12 tengah malam itu, sebanyak 44 rumah suspek yang dikehendaki polis di negeri ini diserbu dan diperiksa.

Menurutnya, melalui serbuan berkenaan, polis berjaya menahan 14 orang yang dikehendaki di lapan daripada 44 rumah yang diperiksa dan kesemua suspek terbabit berusia antara 20 hingga 40 tahun. "Dua lagi suspek berjaya kita tahan di dua buah pusat hiburan di Georgetown dan mengikut rekod, semua suspek ini dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah seperti samun, pergaduhan, rusuhan dan pemerasan.

"Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini ini. Nasir dalam pada itu menambah, pihaknya sedang menyiasat latar belakang kesemua suspek untuk memastikan sejauh mana mereka terlibat dengan kumpulan atau sindiket yang diburu polis. Selain itu katanya, dalam operasi yang tamat pada kira-kira pukul 4 pagi itu, pihaknya turut menyerbu dan melakukan pemeriksaan terhadap dua buah pusat hiburan. Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu sebanyak 61 tangkapan dilakukan dan dua bilah parang sepanjang kira-kira 61 sentimeter dijumpai di salah sebuah pusat hiburan.

 "Kita akan siasat kaitan apa motif parang berkenaan disimpan di dalam premis tersebut manakala sebuah pusat hiburan lagi didapati melanggar syarat kerana membenarkan mereka di bawah umur masuk. "Polis turut menahan tiga warga asing dalam serbuan di dua pusat hiburan tersebut kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen," katanya.

 Beliau dalam pada itu turut memberitahu, Op Cantas Khas akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi memburu penjenayah dan mereka yang dikehendaki polis.
PULAU PINANG 25 Ogos - Sebanyak 16 lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah ditahan dalam Op Cantas Khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri malam tadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata, dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 12 tengah malam itu, sebanyak 44 rumah suspek yang dikehendaki polis di negeri ini diserbu dan diperiksa. Menurutnya, melalui serbuan berkenaan, polis berjaya menahan 14 orang yang dikehendaki di lapan daripada 44 rumah yang diperiksa dan kesemua suspek terbabit berusia antara 20 hingga 40 tahun. "Dua lagi suspek berjaya kita tahan di dua buah pusat hiburan di Georgetown dan mengikut rekod, semua suspek ini dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah seperti samun, pergaduhan, rusuhan dan pemerasan. "Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini ini. Nasir dalam pada itu menambah, pihaknya sedang menyiasat latar belakang kesemua suspek untuk memastikan sejauh mana mereka terlibat dengan kumpulan atau sindiket yang diburu polis. Selain itu katanya, dalam operasi yang tamat pada kira-kira pukul 4 pagi itu, pihaknya turut menyerbu dan melakukan pemeriksaan terhadap dua buah pusat hiburan. Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu sebanyak 61 tangkapan dilakukan dan dua bilah parang sepanjang kira-kira 61 sentimeter dijumpai di salah sebuah pusat hiburan. "Kita akan siasat kaitan apa motif parang berkenaan disimpan di dalam premis tersebut manakala sebuah pusat hiburan lagi didapati melanggar syarat kerana membenarkan mereka di bawah umur masuk. "Polis turut menahan tiga warga asing dalam serbuan di dua pusat hiburan tersebut kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen," katanya.

No comments:

Post a Comment

.