Pages

9/26/11

hot-Model Venezuela antara gadis layan Berlusconi


Carolina Marconi diupah lelaki Britain ke parti seks PM Itali

LONDON: Aktres terkenal Venezuela, Carolina Marconi, adalah antara wanita jelita dihantar seorang lelaki Britain dipercayai orang tengah dalam skandal membabitkan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi. Lelaki terbabit dikatakan bertanggungjawab membawa ramai wanita dari United Kingdom untuk menghadiri parti liar yang membabitkan perdana menteri itu. Mereka termasuklah model yang juga aktres Venezuela, Carolina Marconi, 33, yang muncul beberapa kali dalam beberapa program terbitan syarikat televisyen milik Berlusconi sendiri.

Lelaki terbabit mendedahkan dalam sebuah fail mengandungi lebih 100,000 rakaman perbualan memperincikan perbincangan antara ahli politik yang juga ahli perniagaan, Giampaolo Tarantini.

Ia menunjukkan, Tarantini membelanjakan hampir �000 (RM394,164) dalam masa sembilan bulan apabila beliau membantu membawa ramai gadis menghadiri 25 parti, membeli tiket penerbangan dari London dan Paris ke Rome.

Daripada dokumen itu tidak jelas sama ada mereka dari Britain itu adalah gadis peneman atau rakan kepada wanita yang diundang ke parti yang dianjurkan Berlusconi di kediaman rasmi beliau di Rome, Milan dan Sardinia.

Dalam satu transkrip, Tarantini kedengaran memberitahu Berlusconi: “Baik, saya sudah cakap dengan Carolina Marconi dan dia amat gembira ( menghadiri parti).

“Dia dan juga seorang rakan saya dari London, sangat cantik dan berusia 21 tahun.” Tarantini dikatakan mengatur pertemuan bagi majlis antara Julai 2008 dan Mei 2009.

Selain penerbangan, beliau juga menggunakan pemandu kereta bagi membawa gadis terbabit hingga ke tempat penginapan di sebuah hotel lima bintang.

Tarantini membayar lebih �00 (RM19,708) kepada wanita itu setiap kali, dengan memastikan mereka bermalam bersama Berlusconi dan sebagai tambahan jutawan berkenaan memberikan wanita terbabit barangan kemas dan wang tunai.

Transkrip itu sebelum ini mendedahkan perdana menteri berusia 74 tahun itu pernah meniduri lapan wanita dalam satu malam.

Pelacuran bukan satu jenayah di Itali tetapi pendakwa berkata, beliau mengatur gadis pengiring untuk ‘mendapat habuan’ bagi kontrak perniagaan.

Tarantini berhadapan siasatan berasingan membabitkan pengedaran dadah. Dalam kenyataan kepada polis beliau mengakui: “Saya fikirkan wanita dan kokain cara terbaik membolehkan saya menjadi anggota kumpulan sosial.” – Agensi
source berita

No comments:

Post a Comment

.