Pages

10/7/12

hot-Nixon, taikun termuda Britain


NIXON (gambar kecil) berjaya mencipta laman web Moneysupermarket Group.com dan travelsupermarket.com yang menyenaraikan harga pelbagai produk termasuk pelancongan bagi membolehkan orang ramai mudah mendapat maklumat dan membuat rujukan.


Pengasas Kumpulan Moneysupermarket Group dan travelsupermarket.com Simon Nixon merupakan ahli perniagaan muda yang terkaya di Britain dengan kekayaannya berjumlah £363 juta (RM2.2 bilion).
Nilai kekayaan itu adalah berdasarkan anggaran yang dilakukan oleh akhbar Telegraph semalam yang melakukan kajian untuk mencari ahli perniagaan termuda di negara berkenaan.
Nixon menjadi Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu yang melancarkan laman web Moneysupermarket.com pada tahun 1999.
Laman web itu menyiarkan perbandingan harga dalam perkhidmatan kewangan di mana para pengguna boleh membandingkan harga pelbagai jenis barangan termasuk kad kredit, pinjaman dan sewa-beli.
Beliau memperoleh gelaran jutawan itu selepas tercicir daripada pengajian ijazah di Universiti Nottingham.
Setelah tercicir, dia menghabiskan masa dengan menjual insurans dan barangan untuk disewa-beli.
Bagaimanapun, Nixon kemudian menyedari bahawa tidak ada maklumat untuk broker dan penasihat kewangan persendirian untuk memeriksa, membandingkan dan mencari sumber gadai janji di pasaran.
Berikutan itu, dia bertindak melancarkan sebuah majalah yang dikenali sebagai Brokers Update dan memperoleh ribuan langganan.
Dalam tempoh dua tahun, langganan majalahnya itu mula mendatar dan dia mula menyedari bahawa para broker beralih menggunakan teknologi komputer untuk memperoleh maklumat yang diperlukan.

KUMPULAN Moneysupermarket.com turut disenaraikan di pasaran
saham Britain.


Nixon kemudian memujuk kekasihnya adiknya, Duncan Cameron iaitu seorang pelajar sains komputer untuk meninggalkan universiti dan membina sebuah program perisian yang mampu membandingkan kadar harga di pasaran di mana ia dilancarkan pada 1994.
Perisian itu dikenali sebagai Mortgage 2000.
Pada Disember 1999, Nixon melancarkan moneysupermarket.com untuk memenuhi ramalannya bahawa penggunaan maklumat kewangan akan meluas digunakan di internet. Kini, moneysupermarket. com mempunyai 200 rakan yang menyediakan maklumat mengenai perbandingan harga.
Menurut, Nixon, kejayaan dalam perniagaan itu sungguh berbaloi kerana dia bekerja cukup keras bagi membina perniagaannya.
Kejayaan manis itu menyebabkan dia berasa puas hati terhadap usaha gigih yang dilakukannya sebelum ini. Dia juga memberikan nasihat kepada para usahawan muda yang mahu mengukir kejayaan dalam perniagaan.
Nasihatnya: "Cari idea individu, bekerja 18 jam sehari. Kumpulkan satu pasukan yang betul dan jika anda tidak mengetahui mengenai pemasaran, cari seseorang yang boleh melakukannya."
Menurutnya, inspirasinya adalah bapa saudaranya yang mempunyai perniagaan dan ia mampu mengendalikannya dengan berjaya.
Dia berkata, sejak muda lagi, dia mahu mencipta kejayaan dan ia memberikannya sumber inspirasi bagi memulakan perniagaan.
Nixon berkata, syarikat yang mencetuskan perasaan kagumnya adalah Mike and Spencer kerana ia berjaya memperolehi kekayaan dalam keadaan suasana ekonomi sukar. - Agensi

No comments:

Post a Comment

.