Pages

4/17/12

cool-'Kak Long Puyuh' tumpuan penggemar daging puyuh


BESUT - Memulakan ternakan burung puyuh dengan modal RM1,000 pada 2002, kini nama 'Kak Long Puyuh' gah pada kalangan penggemar daging burung puyuh dan juga pengusaha restoran di daerah ini dan kawasan sekitar.
 
Menyifatkan sektor itu mempunyai masa depan yang cerah, pengusahanya Zaliha Zakaria berkata beliau berhasrat mengembangkan pasaran ke seluruh Terengganu, Kelantan dan Pahang dalam masa terdekat.
 
"Selain menjadi pembekal daging segar, telur dan anak puyuh, kami juga membekalkan daging beku serta makanan dan peralatan untuk menternak puyuh.
 
"Kami juga menyediakan  masakan berasaskan daging burung itu yang mempunyai penggemar tersendiri dan dijual di pasar-pasar sekitar daerah ini," katanya ketika ditemui di sini.
 
Zaliha, 32, berkata beliau kini dalam usaha menambah pengeluaran anak puyuh bagi menampung keperluan pasaran.
 
Mengenai jualan hidangan berasaskan puyuh, Zaliha berkata setakat ini pihaknya mendapat sambutan menggalakan baik daripada masyarakat setempat mahupun mereka yang datang dari luar daerah.
 
"Dari segi harganya bagi yang siap digoreng bergantung kepada saiz burung puyuh iaitu antara RM2.50 dan RM4 seekor.
 
"Begitu juga harga burung puyuh yang telah siap diproses atau dibeku iaitu antara RM17 dan RM18 sekilogram di Besut," katanya.
 
Katanya setiap hari beliau mampu menjual antara 15 hingga 20 kg burung puyuh siap diproses dengan anggaran nilai sehingga RM600.
 
Zaliha berkata beliau turut menguruskan  projek e-Kasih ternakan burung puyuh yang disertai 30 peserta.
 
"Projek e-Kasih mampu menghasilkan kira-kira 30,000 ekor burung puyuh setiap bulan dan kita harap ia mampu dipertingkatkan bagi menembusi pasaran luar dari daerah ini mahupun negeri lain," katanya.
 
Bagi yang berminat menjadi pengedar burung puyuh sekitar daerah ini mahupun di Terengganu boleh menghubungi talian 013-963 4089.- Bernama

No comments:

Post a Comment

.