Pages

4/13/12

cool-nikmatilah hidup


Terdapat sebuah cerita mengenai seorang pelancong dari Amerika dan nelayan di Mexico.

Sewaktu pelancong ini melawat sebuah pantai di Mexico, dia terlihat seorang nelayan yang balik dari laut dengan bot kecil beberapa ikan hasil tangkapannya pada hari itu. Lalu pelancong ini pun bertanya pada nelayan itu…

Pelancong : Ikan yang kamu bawa ini sangat bernilai dan mahal di negara saya. Berapa lama yang kamu ambil untuk dapatkan ikan ini ?

Nelayan : Sekejap saja.. dalam beberapa jam.

Pelancong : Beberapa jam ? jadi kenapa kamu tidak luangkan masa lebih banyak untuk menangkap lebih banyak ikan ini.

Nelayan : Saya rasa tidak perlu, tangkapan hari ini sudah memadai untuk saya dan keluarga saya hidup.

Pelancong : Jadi apa kamu buat dengan baki masa terluang yang ada ini ?

Nelayan : Biasanya saya akan luangkan masa bercakap dengan isteri, bermain dengan anak-anak saya, bersembang dengan rakan-rakan dan membaca buku.

Pelancong : Owh.. ruginya.. Saya adalah seorang ahli ekonomi dan mempunyai kelulusan dari universiti terkemuka dunia. Saya ada cadangan untuk kamu. Saya cadangkan kamu luangkan masa lebih banyak di laut dan dengan itu awak akan mendapat tangkapan yang banyak.

Nelayan : Apa saya akan buat dengan tangkapan yang banyak itu ?

Pelancong : Biarkan saya habiskan cerita. Selepas mendapat tangkapan yang banyak, awak boleh jual dan buat keuntungan yang banyak. Selepas itu awak boleh beli bot yang lebih besar dan menangkap ikan lebih banyak. Dengan jualan dan keuntungan itu nanti, awak boleh buka pejabat dan Bandar Mexico dan seterusnya di New York untuk mengendalikan perniagaan ini secara besar-besaran.

Nelayan : Berapa lama semua ini akan mengambil masa ?

Pelancong : Dalam 15-20 tahun.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Hahaha.. lepas itu awak akan jadi jutawan dengan duit yang banyak.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Awak masih tak faham. Lepas itu, awak boleh berpindah ke rumah di tepi laut, awak boleh berehat, awak boleh luangkan masa bersama isteri, main dengan anak-anak, lepak dengan rakan-rakan dan membaca buku sebanyak mana yang awak mahu.

Nelayan : Hmm… itulah yang saya lakukan sekarang.

p/s apa pengajaran dari cerita ini.....?


No comments:

Post a Comment

.