Pages

Showing posts with label cool artis. Show all posts
Showing posts with label cool artis. Show all posts

10/9/11

Hot-Ana Dahlia dan Nazri


HADIR sedondon memakai busana Melayu berwarna biru, jalan beriringan dan duduk bersama dengan keletah cukup mesra sewaktu hadir ke rakaman Melodi Raya 2011 pada minggu lalu, ia tidak dapat menyembunyikan getar cinta antara pelakon Ana Dahlia dengan Chef Nazri.

Walaupun tidak menterjemah ia secara terang-terangan, namun bahasa tubuh dan keintiman mereka telah menjawab segalanya.


Ana Dahlia Ketawa

Sewaktu ditemu bual, Ana asyik tertawa sementara Nazri yang merupakan anak chef tersohor Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan juga tersenyum lebar.

Sesekali mereka berlaga jawapan yang diberikan, mungkin tidak menduga akan 'ditembak' dengan soalan-soalan tentang hubungan mereka.


Ana Dahlia dan Keluarga Ana
Misalnya menjawab soalan tentang adakah Nazri sudah pernah bertemu keluarga Ana, pelakon itu menggeleng, sementara Nazri secara spontan terus memberitahu dia pernah bertemu keluarga Ana.

Pertembungan beberapa jawapan akhirnya membuat pasangan tersebut membuka serba sedikit kisah cinta mereka yang baru ingin bermula.


Ana Dahlia Mengaku
Akui Ana yang namanya melonjak naik selepas menjadi finalis program realiti televisyen Pilih Kasih, dia dan Nazri kini akrab dan sedang dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Hubungan mereka juga baru melewati usia enam bulan dan ada banyak keserasian yang perlu dipupuk bersama agar ia menjadi benih cinta yang boleh disemai sehingga mereka bersatu.


Ana Mengangguk Bersetuju
"Selain sedang mengenali hati budi masing-masing, kami juga sebenarnya mempunyai minat yang sama. Saya suka memasak, dia pula suka makan, dan kadang-kadang dia memasak, saya pula yang makan," ujar Nazri pula sambil Ana di sebelah mengangguk setuju.

Ana Dahlia Ciri Keibuan
Tambah Nazri lagi, perkenalan mereka terjadi secara tidak sengaja yang dibuka oleh adiknya, Serina. Entah macam mana, hatinya terus terpaut untuk mengenali Ana. Bagi chef muda tersebut, Ana memiliki ciri-ciri keibuan yang sangat tebal selain lembut dan ceria.


Ana Dahlia Wanita Kedua
Memberitahu Ana adalah wanita kedua yang dibawa bertemu bapanya, sambil ketawa Nazri berkata: "Papa berkenan dengan Ana. Saya lagilah berkenan."

Diusik jika sudah berkenan mengapa perlu menunggu lebih lama, Nazri hanya tersenyum sementara Ana kelihatan malu-malu.


Ana Dahlia Malu-Malu
Ia kemudian disambut Ana: "Kami rasa tak salah untuk kami terus berkawan dahulu dan mengenali hati budi masing-masing.

"Jika ada jodoh di bulan baik ini, apa salahnya. Nazri adalah seorang pendengar yang setia dan lelaki yang baik."

Bercerita tentang proses cinta mereka, kata pasangan itu, kesibukan kerja masing-masing membataskan mereka untuk selalu bertemu.

Justeru, mereka menggunakan kecanggihan teknologi masa kini untuk terus saling berhubung dan jika mempunyai masa terluang, mereka akan bertemu untuk keluar makan bersama.


Ana Dahlia Jumpa Keluarga
Ditanya tentang kebarangkalian mereka akan saling mengunjungi kediaman keluarga masing-masing sempena Syawal nanti, ujar Ana dan Nazri, ia belum diputuskan lagi. Jika punya kesempatan, Nazri tidak menolak untuk menziarahi Ana di kampungnya di Taiping, Perak.

Sementara itu, Ana memberitahu, dia bakal muncul dengan sebuah komedi berjudul Pusing Raya pada Syawal nanti.

"Sekarang ini saya sedang sibuk dengan penggambaran Periuk Hangus dan selepas Aidilfitri nanti saya akan kembali ke lokasi untuk menjalani penggambaran drama 26 episod berjudul Metro Skuad," katanya yang bersyukur rezeki berlakon masih tidak putus buatnya. - MALIAH SURIP
sumber kosmo

9/30/11

hot-USTAZAH PILIHAN

Barisan  11 pendakwah muda wanita tajaan Astro.
untuk program Ustazah PILIHAN yang akan disiarkan di Astro Oasis

hot ke cool ni.

9/27/11

hot - Prince Michael Jackson Pays Tribute to His Dad

Michael Jackson's 14-year-old son Prince steps out at a charity event wearing an outfit eerily similar to the ensemble his late father wore to the American Music Awards in 1989. Plus, check out these rare early photos of Marilyn Monroe from 1946, and a newly single J.Lo dances the night away in Vegas Saturday following a performance.
source omg

9/26/11

Jackie Chan's career first sex scene?


22 Sep – International martial arts icon and movie star Jackie Chan has shot his first bedroom scene, according to Sina sources.

The "lucky" girl is Mainland actress Li Bing Bing and it is for the upcoming historical drama "1911", an epic film being marketed as Jackie Chan's career century – it is his 100th movie.

To calm her nerves, Bing Bing was said to have downed half a bottle of red wine and some strong liquor, before taking off her clothes for the sexy scenes.

Jackie apparently joined her for the drink before they did their parts on the bed and is reported to have praised her professionalism and dedication.

However, the bedroom scene has been cut according to May Daily, in its report that it was obviously "too hot to handle".

The big-budget Chinese blockbuster will premiere this week in most territories worldwide.

source mynews

9/25/11

cool Norman-Memey selamat diijab kabul

PASANGAN artis Norman Hakim, 35, dan Memey Suhaiza, 23, selamat diijabkabulkan pada satu majlis sederhana di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, semalam.

Perkahwinan kedua-dua pelakon ini mendapat perhatian kerana mereka pernah didakwa berkhalwat tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Julai lalu.

Mereka juga mencatatkan sejarah, apabila majlis resepsi perkahwinan pada Rabu ini melibatkan peruntukan penajaan sebanyak RM12 juta, ia termasuk gaun bertatah mutiara dengan set barang kemas bernilai RM7.2 juta.
utusan


"Alhamdulillah pengakhiran kisah kami dengan sempurna. Apabila saya cakap dah sedia nak berkahwin jadi saya memang tahu selepas ini saya akan menempuh satu fasa baru dalam hidup. Insyaallah doakan yang terbaik ya buat kami, " kata Norman, lagi berita disini


.