Pages

Showing posts with label cool news. Show all posts
Showing posts with label cool news. Show all posts

11/6/12

cool-Lelaki paling bahagia pada usia 37 tahun

London: Satu kajian di Britain mendedahkan bahawa lelaki merasa saat paling menggembirakan pada usia 37 tahun.

Jenama pakaian lelaki, ‘Jacamo’ berkata faktor kestabilan, rutin dan komitmen jangka panjang memberi kepuasan kepada spesies yang digelar lelaki.

Satu kajian baru mendedahkan, masa paling menggembirakan bagi kehidupan seorang lelaki adalah pada usia 37 tahun, apabila mereka sudah mencapai kemuncak kerjaya dan memulakan kehidupan berkeluarga.

Gembira ketika muda, sihat

Phillip Hodson, Felow Persatuan Kaunseling dan Psikoterapi Britain berkata, adalah logik untuk memikirkan bahawa lelaki menjadi gembira ketika mereka masih muda, apabila cergas dan sihat.

“Ketika lelaki semakin berusia mereka semakin terdedah kepada penyakit dan lebih lemah. Pada usia 37 tahun, anda cukup muda untuk tidak kecewa dengan kehidupan, yang muncul dengan krisis pertengahan umur,” katanya. - Agensi
London: Satu kajian di Britain mendedahkan bahawa lelaki merasa saat paling menggembirakan pada usia 37 tahun. Jenama pakaian lelaki, ‘Jacamo’ berkata faktor kestabilan, rutin dan komitmen jangka panjang memberi kepuasan kepada spesies yang digelar lelaki. Satu kajian baru mendedahkan, masa paling menggembirakan bagi kehidupan seorang lelaki adalah pada usia 37 tahun, apabila mereka sudah mencapai kemuncak kerjaya dan memulakan kehidupan berkeluarga. Gembira ketika muda, sihat Phillip Hodson, Felow Persatuan Kaunseling dan Psikoterapi Britain berkata, adalah logik untuk memikirkan bahawa lelaki menjadi gembira ketika mereka masih muda, apabila cergas dan sihat. “Ketika lelaki semakin berusia mereka semakin terdedah kepada penyakit dan lebih lemah. Pada usia 37 tahun, anda cukup muda untuk tidak kecewa dengan kehidupan, yang muncul dengan krisis pertengahan umur,” katanya. - Agensi related search topic lelaki bahaggia umur lelaki ideal kebahagian seorang lelaki lelaki diminati lelalki yang paling bahagia

9/16/12

teknik paling mudah di dunia menjadi jutawan

bayangkan jika anda dapat menyimpan sebanyak RM 200 sahaja sebulan dalam ASB (purata bonus/dividen minumum 7%) selama 50 tahun, anda berjaya bergelar jutawan dengan kekayaan anda berjumlah RM1,043,966.29... TAHNIAH..


jika nak kira sendiri jom ke sini

4/22/12

cool-Semakan Panggilan Ujian MEdSI 2012 untuk Pemohon Program Ijazah Pendidikan

Lepasan SPM, STPM dan Diploma yang memohon ke Program Pendidikan (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan - ISMP) di IPTA boleh menyemak Panggilan Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) di http://webmpm.mpm.edu.my/medsiregter/

Sila cetak surat panggilan dan bawa bersama kad pengenalan semasa hari ujian. Ujian akan diadakan pada 28 April 2012 (Sabtu).

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
http://www.mpm.edu.my


4/16/12

cool-“Tuhan tunjuk jalan untuk kami” meminang madu



“Tuhan tunjuk jalan untuk kami”
PASIR MAS – Luhur hati seorang isteri dari Kampung Banggol Setol di sini yang sanggup berkorban meminang madu setelah perkahwinan kira-kira 26 tahun lalu tidak dikurniakan cahaya mata.

Bagi Zunaidah Junoh,46, kehidupannya suami isteri sebelum ini bahagia walaupun tanpa dikurniakan zuriat, bagaimana pun dia yakin akan mengecapi lebih kebahagiaan dengan kehadiran cahaya mata.

Zunaidah berkata, bagi mencapai hasrat itu, dia berhasrat mencari madu dan dipersetujui suaminya Mohamad Nor Razali, 52, yang merupakan seorang pesara posmen.

Menurutnya, setelah mendapat persetujuan suami, dia yang sudah mempunyai calon terus meminang dan menerima Shahrul Azura Mohamad, 26, sebagai madu tanggal 30 Mei tahun lalu.

“Usaha saya sememangnya menjadi buah mulut masyarakat setempat, tetapi saya yakin apa yang saya buat tidak salah, jadi saya tidak mempedulikan setiap apa yang dikatakan dan bersyukur serta gembira, kini hasrat suami telah tercapai.

“Kehadiran Muhammad Aqil, yang baru berusia 43 hari memberikan kebahagiaan untuk kami sekeluarga dan saya menanggapnya seperti anak sendiri dan berharap dia akan menjadi anak yang berguna dan berpendidikan,” kata suri rumah tangga sepenuh masa ini yang turut menjaga Shahrul Azura ketika berpantang.

Zunaidah berkata, biar pun berkongsi kasih sejak hampir setahun lalu dengan Shahrul Azura, tetapi dia dapat merasakan kasih sayang dicurahkan suami tidak berubah.

Menurutnya, dia menganggap madunya seperti adiknya sendiri dan mereka tidak pernah mempunyai sebarang masalah sepanjang tempoh perkahwinan yang hampir memasuki setahun ini.

“Tuhan tunjukkan jalan yang terbaik untuk kami bermadu, kami saling bantu membantu, sekiranya ada apa-apa yang perlu bincangkan, kami akan membuat keputusan bersama-sama. Suami tidak akan membuat keputusan sendiri,” katanya yang kagum dengan suami yang mampu membuat keputusan terbaik buat mereka.

Sementara itu, Shahrul Azura berkata, dia terus menerima lamaran Zunaidah kerana yakin dia akan bahagia memandangkan yang datang meminangnya adalah madunya sendiri.

Menurutnya, kedua ibu bapanya tidak menghalang perkahwinan mereka malah merestuinya.

“Saya gembira dan menganggap Kak Dah (Zunaidah) seperti kakak saya, semua keperluan menyambut kelahiran Muhammad Aqil disediakan. Semasa saya bersalin Kak Dah turut menunggu saya sehingga kini dia turut menjaga Muhammad Aqil,” katanya.

Shahrul Azura berkata, dia akur dengan ketentuan Illahi yang menentukan dia hidup bermadu serta bahagia.

Bagi Mohamad Nor pula, dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk dengan kejayaannya hidup bahagia walaupun mempunyai dua isteri tetapi berharap agama dijadikan asas dalam kehidupan.

Menurutnya, dia bersyukur dengan nikmat diberikan tuhan kepada mereka sekeluarga dan mengadakan kenduri doa selamat dengan menyembelih dua lembu di samping 1,500 jemputan terdiri daripada penduduk, saudara mara serta rakan-rakannya.
-sinarharian

4/12/12

cool-Daripada Hobi Menjadi Perniagaan-ikan laga


KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) -- Suatu ketika dahulu, ikan laga sering digunakan untuk tujuan perjudian, apabila ikan yang kuat dipertaruhkan untuk menang.

Bagaimanapun aktiviti itu pupus kini kerana perjudian adalah dilarang di negara ini dan kini menternak dan membela ikan laga menjadi satu hobi.

Ikan-ikan itu dijadikan ikan hiasan dalam kalangan peminatnya kerana ikan laga mempunyai spesies pelbagai, ekor yang cantik dan berwarna-warni serta mudah dijaga.

Daripada hobi masa lapang, kini minat memelihara ikan laga bertukar kepada perniagaan di pasaran tempatan dan juga luar negara yang membawa pulangan lumayan.

Ikan laga atau nama saintifiknya Betta Splendens termasuk dalam keluarga Anabantidae (Labirynth Fisher). Ia dikatakan berasal dari Sungai Mekong iaitu sekitar perairan Thailand dan Kemboja.

Ia mudah dijaga dan kadar pH air yang sesuai sekitar 6.8 hingga 7.4 serta tidak perlu diletakkan gas oksigen seperti penjagaan ikan kelisa mahupun ikan emas yang sangat manja.

Di Kuala Terengganu, terdapat lebih 20 penternak ikan laga yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetap.

SYEDHASANUL AZHAN menunjukkan ikan laga yang dipamerkan di kedainya di Kuala Terengganu.


Seorang peminat ikan laga Syed Hasanul Azhan Syed Abdullah, 37, kini serius mengusahakan perniagaan ikan laga daripada menternak hinggalah kepada penjualannya sejak 10 tahun lalu di rumah ibu bapanya di Kampung Simpang Tok Ku, Chabang Tiga di sini.

Syed Hasanul yang mesra dengan panggilan Anul berkata segalanya bermula dengan minatnya yang mendalam terhadap perniagaan ikan hiasan terutama ikan laga ataupun dipanggil sebagai 'ikan sekilau' oleh masyarakat setempat.

"Semasa kecil-kecil dahulu, saya bersama rakan-rakan selalu turun ke bendang untuk mencari ikan sekilau kerana selain untuk dilagakan, saya juga suka melihat bentuknya yang cantik dan berwarna-warni.

"Mulanya membela ikan ini hanyalah sekadar hobi namun setelah melihat ikan ini kian diminati ramai untuk dijadikan ikan hiasan, timbul minat menternak dan menjadikan sebagai sumber pendapatan," katanya kepada Bernama.

Antara variasi ikan laga yang diternaknya ialah ekor separa bulan, ekor mahkota, ekor berkembar, ekor selendang dan ekor pendek.

Katanya beberapa jenis ikan laga ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan berikutan bentuk badan dan corak warna yang menarik serta harga yang berpatutan.



PERTANDINGAN IKAN LAGA

Tekad untuk menjadi usahawan ikan laga semakin menebal dalam jiwa Syed Hasanul setelah bertemu dengan seorang peniaga ikan laga dari Singapura dalam satu pertandingan ikan laga di Chendering di sini pada tahun 2002.

"Lelaki itu memberitahu, dia telah terbabit dengan perniagaan ikan laga ini sejak 40 tahun dan sehingga kini perniagaannya masih tetap bertahan malah semakin berkembang," katanya.

Ini mencetuskan idea kepada Syed Hasanul dan mendorong beliau meneliti pasaran ikan laga dan mendapati harga ikan laga di pasaran tidak pernah jatuh sebaliknya semakin mendapat permintaan tinggi dari kalangan peminat ikan hiasan.

Selepas mengikuti kursus jangka pendek anjuran Jabatan Perikanan negeri, dan berbekalkan modal RM5,000, beliau membeli 20 'kerek telaga' (struktur konkrit berbentuk silinder) untuk dijadikan kolam memelihara ikan hiasan di belakang rumah keluarganya.

Ibarat anak kecil yang baru belajar bertatih, percubaan awal beliau memelihara beberapa jenis ikan hiasan seperti ikan Guppy, Swordtail dan Sailfish Molly gagal apabila ikan yang dipelihara diserang kulat dan mati.



TIDAK PATAH SEMANGAT

Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangatnya dan beliau cuba memelihara ikan laga pula, dan daripada sepasang induk ikan, kini Syed Hasanul mempunyai 10,000 ikan laga.

Harga ikan laga bergantung kepada ciri seperti kecantikan ekornya dan warnanya yang menarik. Ia boleh dibeli semurah RM2 hingga yang paling mahal, RM250 seekor.

"Memelihara ikan laga tidak sesukar memelihara ikan lain. Apa yang penting, kita hanya perlu memastikan ikan ini mendapat makanan yang cukup serta tahap alkali (pH air) bersesuaian bagi menggelakkan ikan itu mati," katanya.

Beliau berkata untuk menghasilkan benih ikan, sepasang induk perlu dimasukkan ke dalam kolam air yang bersih.

Bagi mengelakkan ikan itu diserang kulat air, sedikit garam dan daun ketapang perlu diletakkan untuk mengimbangkan air dan membunuh bakteria sebagai anti fungus.

Katanya sepasang induk ikan laga dikatakan mampu menghasilkan antara 300 hingga 400 anak ikan dalam sesuatu masa.



IKAN LAGA JANTAN

"Ketika anak-anak ikan itu mencecah usia sebulan lebih dalam takungan, ikan-ikan laga jantan yang mempunyai ekor yang lebih panjang dan lebih cantik berbanding ikan betina, perlu diasingkan untuk mengelakkan mereka daripada berlaga sesama sendiri," katanya.

Namun yang uniknya, ikan betina yang mempunyai ekor lebih pendek, tidak pula perlu diasingkan kerana ikan-ikan betina dikatakan mampu hidup harmoni.

Dalam proses pembesaran ikan laga, kata Syed Hasanul, ikan-ikan itu diberi makan jentik-jentik, cacing merah dan plankton. Apabila mencecah dua bulan setengah, ikan-ikan laga itu sudah boleh dijual.



HASIL PENDAPATAN DAN PERANCANGAN

Menurutnya beliau memperoleh pendapatan lebih RM2,500 sebulan hasil jualan ikan laga di pasar malam dan pasar tani sekitar negeri ini.

Syed Hasanul berkata kebiasaannya beliau akan membawa antara 30 hingga 40 ekor ikan laga itu ke tempat niaganya untuk dipamerkan. Kini beliau mengorak langkah mengembangkan pernigaannya dengan mengeksport ikan itu ke luar Terengganu.

"Saya kebiasaannya menjual lebih kurang 20 ekor ikan laga setiap kali berniaga di pasar malam. Setakat ini sambutan yang diberikan terhadap ikan laga memang menggalakkan," kata beliau.

Bapa kepada seorang cahaya mata ini, menghantar bekalan ikan kepada seorang pemborong di Sabak Bernam, Selangor sejak tiga tahun lepas.

"Sebanyak empat ratus ekor ikan dihantar setiap minggu menggunakan khidmat kurier. Daripada tambahan itu saya meraih pendapatan melebihi RM2,500 sebulan," katanya.

Bagi perancangan jangka masa panjang, beliau mahu mengembangkan lagi projek membela ikan laga ini untuk pasaran luar negara.
- BERNAMA

4/11/12

cool-Kemasukan secara online ke universiti menerusi easyuni.com



Datuk Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR - Pelajar kini boleh memilih sama ada memohon kemasukan ke universiti tempatan atau antarabangsa secara online berikutan pelancaran sebuah portal berhubung pengambilan dan kandungan pengajian tinggi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata portal easyuni.com menyenaraikan lebih 34,000 kursus dan program dari 362 kolej serta universiti di lebih 20 negara.

"Portal ini menawarkan satu platform komprehensif dalam permohonan ke kolej dan universiti swasta tempatan serta antarabangsa untuk lepasan sekolah dan golongan dewasa yang bekerja.

"Mereka (pemohon) boleh mencari, membanding, menyenarai pendek serta memilih kolej atau universiti mengikut kedudukan dan menghantar permohonan secara percuma," katanya kepada pemberita selepas melancarkan portal pendidikan secara online milik syarikat berstatus MSC, Hescar Sdn Bhd di sini.

Antara universiti yang disenaraikan dalam portal itu Universiti Iskandariah di Mesir, Universiti Tasmania di Australia, Universiti British Columbia di Kanada, Akademi Fesyen Antarabangsa di Perancis (IFA), Universiti Lincoln di New Zealand dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Hescar Edwin Tay berkata portal itu, yang diwujudkan tahun lepas, menerima lebih 9,800 pelajar berdaftar yang berjaya ditempatkan di pelbagai universiti di seluruh dunia. – Bernama

4/10/12

hot-duit kertas baru jun 2012

Perlukah duit baru?
Perlukah duit baru?

Duit syiling dan kertas baru diperkenalkan BNM adalah jauh lebih praktikal dan berteknologi tinggi jika dibandingkan dengan wang sebelum ini.
duit kertas baru yang akan dikeluarkan, Jun ini, turut dilengkapi tulisan Braille untuk kegunaan orang buta.



4/2/12

hot-peristiwa perlantikan Umar Bin Abd Aziz sebagai Khalifah Muslimin


Filem durasi 12 minit ini menceritakan peristiwa perlantikan Umar Bin Abd Aziz sebagai Khalifah Muslimin. Bermulanya sejarah agung tercatat...

http://almuttaqin.tv/video_papar.php?id=2645

Video di dalam Bahasa Arab berserta terjemahan Bahasa Malaysia

moga bermanfaat-

3/31/12

hot-Saya tiada niat langsung untuk baling selipar



Nur Adha (kanan) bersalaman dengan anak muridnya Sritharan sambil diperhatikan oleh keluarga murid
PETALING JAYA – Guru Bahasa Inggeris yang tidak sengaja membaling selipar ke muka anak muridnya meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut di masa akan datang.

Guru berkenaan Nur Adha Mat Ali, 30, berkata, apa yang berlaku  benar-benar di luar kawalan dan dia sendiri  menyesal di atas apa yang berlaku.

“Saya minta maaf kepada murid saya iaitu  Sritharan di atas apa yang berlaku begitu juga dengan ibu dan bapanya,” katanya pada sesi pertemuan dari hati ke hati antara pihak Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 (SKDD 1) dan keluarga mangsa, semalam.

Dalam kejadian pada waktu persekolahan petang Isnin lalu, murid tahun satu terbabit M. Sritharan dibaling selipar oleh gurunya hingga menyebabkan dia mengalami cedera ringan pada bahagian mata kiri.

Sementara itu bapa mangsa A. Murugan, 46, ketika ditemui berpuas hati dan memaafkan guru itu di atas apa yang berlaku.

“Saya menerima maaf cikgu Nur Adha dan saya berharap selepas ini anak saya dapat meneruskan pembelajaran selepas mendapat tiga hari cuti sakit oleh pihak hospital,” katanya.

Murugan berkata, dia juga akan menarik semula laporan polis yang telah dibuat mengenai insiden tersebut sebelum ini.

Pertemuan  yang dipengerusikan oleh Setiausaha PKR Cabang Subang G. Manivanan itu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak saling bermaafan antara satu sama lain.

Mengulas lanjut mengenai insiden yang berlaku,  Yang Dipertua PIBG SKDD 1 Zakir Abdul Rahman ketika dihubungi memaklumkan supaya ibu bapa yang mempunyai sebarang kemuskilan  atau masalah membabitkan anak mereka di sekolah boleh melaporkan kepada pihak PIBG untuk diselesaikan.

“Jangan buat aduan atau tindakan yang boleh mengeruhkan lagi suasana kerana dalam kes ini apa yang berlaku boleh diselesaikan dengan cara yang paling baik,” katanya.

komen pembaca;
 
semasa saya sekolah dulu cikgu baling saya dgn kerusi bila balik sekolah saya mengadu pada ibubapa saya..tiba2 ibubapa saya baling dgn kerusi juga.. lebam2 dan luka2 badan saya.. saya akui pada masa tu saya kurang minat dlm pelajaran..cukup malas belajar.. terika kasih cikgu terima kasih ibu.. kerana menyadarkan saya.. peristiwa baling kerusi itu lah yang menyadarkan saya... bila sya telah berjaya dalam pelajaran cikgu itu menemui saya.. dia kata" cikgu baling kerusi pada awak kerana cikgu sayang awak kalau cikgu tak sayang awak cikgu akan biarkan awak.". Terima Kasih cikgu terima kasih ibu... kerana menyanyangi saya.. kerana mu lah hidup saya berjaya...

-sinarharian

3/27/12

cool-Bagaimana menjadi generasi yang mendapat kemenangan?

Bersama Ust Ahmad Fauwaz Bin Dato' Fadhil Noor

Mengulas buku Imam Dr Al-Qaradawi
http://almuttaqin.tv/video_papar.php?id=2659

hot-Pilihanraya umum 13

Pilihanraya-umumA big question in the people mind over the whole nation – When will be the Pilihanraya umum 13 (general election 13th)?
The Prime Minister Najib most recent respond was he claimed that he has a date in mind but cannot reveal when is the exact will the election 13 be..
Todays on the newspaper, the arrangement of spots look interesting! No sure whether the editor purposely make it or not :


hot-Apply Kursus Perguruan KPLSPM 2012


1. Get PIN from nearby BSN (cost RM6 per PIN)
2. Log in to here & proceed with the instruction given.
* Note : 1) PIN available starting 22 March.
2) One application only for one PIN number
3) Candidate can updates the details using the exist PIN but only before the closing date of the application.
4) Incomplete details may cause application to be reject.
Permohonan Kursus Perguruan KPLSPM 2012 closing date : 5 April 2012

rujuk juga disini

hot-Permohonan Kursus Perguruan KPLSPM 2012

First of all congratulation to all the SPM 2011 candidates who scored well in the exam. Thumb up to you guys some more who willing to become an educator as career.
There are various field that you can participate, and thus the requirement for each field is actually slightly different. For example your English scored A in SPM, but you are advised not to apply for a math teacher position with your Math D in SPM.
Before I go forward, let’s see whether you meet the requirement or not for this Permohonan Kursus Perguruan KPLSPM 2012 or not.
Basic Eligibility Requirements :
- Citizens of Malaysia
- Not more than 20 years on June 30 2012 that’s born on or after June 30, 1992
- Candidates must be physically and mentally healthy
- Candidates must be active in extra-curricular activities in school
- SPM with distinction in any of the three subjects and at least three credits in the following subjects
Bahasa Melayu, History, One of other subjects and pass in English.

3/25/12

cool-Google Launched YouTube Malaysia

Google press conference: “Malaysia’s version of YouTube there is no physical office, but the brand launches, this is the Internet!”
What is the benefits for Malaysia Youtube users of this launches? With Youtube Malaysia, we can reach more our local publication more accurately. For example our relevant searches & suggestions can be localized.
youtube-malaysia (1)
Now we can access YouTube Malaysia URL at http://www.youtube.com.my
youtube-malaysia
In conjunction with the launch of YouTube Malaysia, two media companies, Astro and KRU Studios has established a partnership agreement to facilitate the distribution of contents.
More than one million Malaysians watch YouTube a day, and up to one million hours a month video been watched.

cool-Gagal bela arnab berjaya ternak puyuh


Keceriaan jelas terpancar pada wajah pasangan yang mengusahakan ternakan puyuh dan ayam kampung di Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan.



RAJA Ali Raja Hassan bukanlah nama asing dalam industri ternakan burung puyuh di Kelantan.
Bapa kepada lima orang ini sudah lebih 20 tahun mengusahakan ternakan tersebut dan berhasrat menjadi penternak, pembekal daging puyuh terbesar di negeri Cik Siti Wang Kembang.
Berbeza dengan kebanyakan penternak lain yang mempunyai ladang dan pekerja, Raja Ali, 54, hanya mengusahakan ternakan burung puyuh di reban yang dibina di hadapan rumahnya di Kampung Badak Mati, Bukit Marak, Kota Bharu.
Bermula dengan modal sebanyak RM1,000, Raja Ali dengan dibantu isteri tercinta, Rahimah Awang, 54, kini mampu tersenyum puas.
Apa tidaknya, berkat penat lelahnya selama ini, dia dapat membesar dan memberikan pendidikan sempurna kepada kelima-lima anaknya itu yang kini sudah mempunyai kerjaya sendiri, selain mampu membeli rumah dan kereta.
Semuanya hasil daripada ternakan burung puyuh.
Mengimbas kembali penglibatannya dalam industri ternakan puyuh, Raja Ali berkata, ia bermula secara kecil-kecilan pada 1983 sekembalinya dari Kuala Lumpur untuk menjaga orang tuanya sebelum mereka kembali ke rahmatullah.
"Sebelum itu saya bekerja dengan Koperasi Shamelin selama 11 tahun. Sekembalinya saya ke kampung untuk menjaga orang tua, saya memulakan ternakan tersebut secara kecil-kecilan membabitkan 1,000 ekor puyuh dengan pinjaman bank sebanyak RM30,000.
"Pinjaman itu sebenarnya untuk ternakan arnab yang cuba saya usahakan, tetapi tidak berjaya," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Menariknya, Raja Ali menjadikan kegagalan tersebut sebagai pembakar semangatnya untuk 'bertukar angin' dengan mencuba ternakan burung puyuh yang pada waktu itu agak asing dalam kalangan masyarakat tempatan.
Sebagai permulaan jelasnya, beliau telah mengikuti kursus ternakan burung puyuh di Tegayung, Melor.
"Sangkar arnab yang telah saya bina, saya ubah menjadi reban burung puyuh. Saya kemudiannya membeli sebanyak 1,000 ekor anak burung puyuh.
''Selain itu, saya turut mendapatkan baka burung puyuh dari Johor melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan (sekarang Jabatan Perkhidmatan Veterinar)," jelasnya.
Berkat kegigihan beliau dibantu isteri dan anak-anak yang berperanan sebagai 'pekerja', Raja Ali mampu membesarkan industri ternakan burung puyuhnya dengan waktu puncak beliau pernah menternak sehingga 17,000 ekor burung berkenaan.
Bagaimanapun, jumlah burung puyuh yang ada dalam rebannya ketika ini hanya sekitar 6,000 hingga 7,000 ekor, namun Raja Ali bersedia mendapatkan baka baru bagi 'menghidupkan' kembali kegemilangan industri yang sudah sebati dengannya itu.
Menurut Raja Ali, dia memperuntukkan sebanyak RM100 sehari bagi membeli makanan burung berkenaan dari sebuah kedai Cina di Bachok.
Jelasnya, sebaik sahaja menetas, burung sudah boleh dijual dengan harga pasaran ketika ini kira-kira 65 sen seekor.
Rata-rata burung puyuh milik Raja Ali akan disembelih sebaik sahaja mencapai usia 23 hari dan ke atas, sementara yang lebih muda dijual kepada pengusaha kedai burung.
"Kebiasaannya, hanya 80 peratus daripada telur puyuh akan menetas, selebihnya akan menjadi telur tembelang," jelasnya lagi yang menjalankan penetasan secara inkubator.
Mengusahakan ternakan burung puyuh bagi Raja Ali tidaklah terlalu rumit dan melecehkan.
Namun, setiap usaha itu pasti berdepan dengan suka dan duka. Begitu jugalah yang dilalui oleh Raja Ali sepanjang penglibatannya dalam industri berkenaan.
Antara ancaman yang dihadapi ialah pencuri yang pernah melarikan 300 ekor burung puyuh.
Selain itu, ular turut menjadi ancaman utama kepada Raja Ali yang pernah 'melahap' sebanyak 156 ekor burung puyuh mengakibatnya kerugian kira-kira RM1,000.
"Sekarang masih ada ular, begitu juga biawak. Untuk mengatasinya, saya menggunakan racun. Masalah penyakit tak ada, yang penting kita jaga kebersihan cuci reban dan najisnya diambil untuk dijadikan baja," jelasnya.
Cabaran dalam industri tersebut katanya, dari segi persaingan dalam pasaran apabila harga daging burung puyuh yang tidak stabil disebabkan sikap sesetengah pengusaha yang suka menurunkan harga demi mengaut keuntungan segera.
"Dari segi pasaran, tak ada masalah, banyak kedai makan, restoran dan pasar raya yang sedia menerima bekalan, tetapi apa yang saya bimbangkan tidak dapat menampung permintaan semakin tinggi," katanya.
Apa yang pasti kata Raja Ali, perkara tersebut sama sekali tidak mematahkan semangatnya, malah semakin yakin untuk mengembangkan lagi industri ternakan burung puyuhnya yang kini menjadi rujukan pelbagai pihak termasuk daripada pusat pengajian tinggi tempatan.
''Jangan mudah mengaku kalah, sentiasa berdoa dan bertawakal, insya-Allah usaha kita sentiasa berjaya," katanya mengenai 'petua' kejayaan beliau dalam industri berkenaan selama ini.
-utusan

3/23/12

hot-sijil padang mahsyar

terbaik dari ladang

cool-bantuan e-kasih kerajaan untuk orang miskin

 buat pendaftaran disini dan buat semakan..banyak bantuan untuk yang memerlukan..

3/22/12

hot-Maulid, Melayu dan Mamak Penang

ISU perarakan maulid di Pulau Pinang menjadi kecoh. Ramai wartawan menghubungi saya bertanya tentang hukum perarakan maulid Nabi s.a.w itu. Ia sangat menarik. Sejak sekian lama orang Melayu berarak barangkali mereka terlupa bertanya asal-usul perarakan tersebut. Banyak isu-isu yang akhir ini menjadi universiti terbuka untuk rakyat.

 Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi'ul Awwal. Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi'ul Awwal. Antara yang berpegang dengan tarikh ini al-Syeikh Safiyy al-Rahman al-Muabarakfuri iaitu penulis kitab Sirah terkenal Rahiq al-Makhtum.

Di samping di sana ada beberapa tarikh lain yang disebut oleh pengkaji sejarah yang lain. Kegagalan untuk memberikan tarikh yang disepakati itu antaranya berpunca dari para sahabah, tabi'in dan tabi al-tabi'in atau disebut generasi salafus soleh tidak merayakan Maulid Nabi s.a.w.

Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) mencatatkan bahawa cadangan agar tarikh Maulid Nabi s.a.w dijadikan tarikh kiraan tahun Islam pernah dibuat kepada 'Umar bin al-Khattab. Namun beliau tidak menerimanya. Kata seorang pengkaji Sirah yang juga merupakan tokoh politik dan Ahli Parlimen Jordan, Dr Muhammad 'Abd al-Qadir Abu Faris: "Pada pendapat kami -Allah lebih mengetahui-, hikmah di sebalik penolakan Umar itu kerana beliau mempelajari dari Rasulullah s.a.w agar kita berbeza dengan Yahudi dan Kristian.

Orang Kristian menentukan tarikh berdasarkan kelahiran Nabi Isa bin Maryam a.s. Mereka berlebihan dalam memuji dan membesarkan baginda sehingga sampai ke peringkat ketuhanan. Mereka kata: dia anak Allah, kadangkala "dia Allah" dan dia satu dari yang tiga. Tujuan 'Umar itu agar orang Islam tidak terjatuh seperti Kristian dalam berlebihan membesarkan Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi amaran agar tidak berlebih-lebihan dalam memuji baginda.

 Sabda baginda: "Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: "Hamba Allah dan rasul-Nya" (al-Bukhari). Maka Umar tidak menjadikan maulid Nabi s.a.w sebagai permulaan kalendar Islam untuk mengelakkan jenerasi kemudian menyeleweng" (Abu Faris, al-Hijrah al-Nabawiyyah, m.s 16, Jordan: Dar al-Furqan). Inilah ulasan Dr Abu Faris dan pendapat ini dikongsi oleh ramai pengkaji yang lain.

Tanpa syak umat Islam berbangga dengan kedatangan Nabi s.a.w. Kelahiran yang membawa kebahagiaan dan rahmat kepada dunia sejagat. Cumanya, dalam proses mengelakkan persamaan di peringkat itu mereka tidak mengadakan sebarang perayaan khas. Bukan bererti mereka tidak menghargai. Sebaliknya generasi Salafussoleh merupakan zaman yang paling menghormati, mengikuti dan menghargai Nabi s.a.w.

Mereka terjemahkan itu semua dalam tindakan dan perbuatan mereka. Mereka mengamalkan sunnah baginda dan menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang ditegakkan oleh baginda. Hakikatnya, mereka merayakan pengutusan Nabi s.a.w sebagai rasul sepanjang hayat mereka.
-minda dr mirza-utusan

cool-spm -12A seramai tiga orang


KOTA BHARU, 21 Mac: Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) dan Maahad Muhammadi Lelalki berjaya mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini.

Seramai 24 pelajar MMP mendapat semua A berbanding 18 orang pada tahun 2010. Manakala calon mendapat 12A seramai tiga orang.

Pelajar terbabit iaitu Aisyah Nazurah Ubaidah (10A+, 2A), Nazihah Mohd Daud (7A+, 5A) dan Nur Mardia Mazri (7A+, 5A).

Manakala pelajar yang mendapat 10A+ iaitu Izzah Hameeda Zamani (10A+, 1A) dan Aisyah Nazurah berbanding tiga orang pada 2010, manakala calon mendapat 9A+ seramai 4 orang berbanding 2 orang pada 2010.

Pengetua MMP, Ustaz Mohd Mansor Daud berkata, seramai 23 pelajar mendapat 11A berbanding 14 pelajar (2010), manakala 15 pelajar mendapat 10 A meningkat berbanding 11 pelajar pada 2010.

“Calon mendapat  9A pula seramai 18 orang. Jumlah calon mendapat 9 A dan ke atas seramai 57 orang berbanding 54 pelajar pada 2010,” katanya ketika mengisytiharkan keputusan peperiksaan tersebut.

Menurutnya pencapaian tersebut merupakan yang terbaik dan tertinggi setakat ini. Seramai 391 pelajar MMP menduduki peperiksaan SPM tahun lepas.

Manakala seramai enam pelajar Maahad Muhammadi Lelaki mendapat 11 A. Pelajar terbabit iaitu Afif Akram Jusoh dan Abdul Muhaimin Hamzah masing-masing mendapat 10A+1A.

Turut mendapat keputusan 11 A, Ameer Firdaus Zulkifli, Muhammad Aiman Abdullah, Nik Mohammad Nasir Nik Mohd Manan dan Mohd Ikhwan Zulkifli.

Sekolah terbabit turut mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan tersebut. Seramai 248 calon menduduki peperiksaan berkenaan.

Keputusan peperiksaan itu diumumkan mudirnya, Ustaz Che Kamarudin Kamil Mohamed.

Ekoran kejayaan itu enam pelajar berkenaan mendapat cenderahati khas dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah berkenaan sebanyak RM100 seorang.

Kamaruddin berkata, sekolah berkenaan mencapai peningkatan sebanyak 41.12 peratus berbanding sebelumnya 31.1 peratus
-harakah

hot-SPA hantar surat tawaran kepada 7,000 pemohon


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah menghantar surat tawaran secara berperingkat kepada 7,000 pemohon jawatan sektor awam yang berjaya dalam temu duga bagi gred 17 hingga 41, selepas pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 8 Mac lalu.

Pelantikan kepada pemohon yang berjaya dalam temu duga bagi gred 17 hingga 41 sebelum ini ditangguhkan kerana kontroversi skim berkenaan.
Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo, berkata penyelesaian itu dilakukan sebaik saja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembatalan SBPA.
-bharian

.