Pages

Showing posts with label hot ekonomi. Show all posts
Showing posts with label hot ekonomi. Show all posts

10/22/12

hot-Syarikat Pok Him: Dari produk kerepek ke sektor hartanah

SIAPA sangka, bermula dengan menjual hasil pemprosesan kerepek ubi dan pisang sejak 1990, Ibrahim Industri Sdn Bhd, kini mampu tersenyum setelah berjaya menceburkan diri dalam sektor hartanah dan perikanan ikan air tawar bagi mengukuhkan ekonomi syarikat Bumiputera itu.

Pemiliknya, Ibrahim Mohd Nor, 58, atau lebih mesra dipanggil "Pok Him" berkata matlamat syarikatnya ialah untuk membantu kestabilan ekonomi negara di samping memberi peluang pekerjaan buat masyarakat setempat.

"Saya datang dari keluarga susah dan apabila saya berada di atas (mengecapi kejayaan), saya tidak akan lupakan orang di bawah yang susah payah mencari duit bagi menyara kehidupan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang pernah menjadi bekas peserta Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kelahiran Kampung Bukit Payong, Marang berkata kegagalan mendapatkan pekerjaan ketika merantau di Kuala Lumpur pada lewat 80-an memberi idea kepadanya ketika pulang ke kampung laman dengan memulakan perniagaan kerepek ubi dan pisang dengan modal RM200.

Ketika itu, beliau berkata, pelbagai kesulitan dihadapinya terutamanya dari segi pengangkutan di mana pada suatu ketika, beliau terpaksa menaiki bas untuk memasarkan kerepek ke sekitar Terengganu.

Pok Him berkata, berkat kesabarannya dalam perniagaan tersebut, beliau kemudiannya diberi peluang apabila mendapat dana dalam bentuk geran daripada Pejabat Daerah Marang sebanyak RM30,000 untuk membeli peralatan dan membina kilang memproses kerepek selepas setahun kemudian mengusahakan perniagaannya.

Katanya pada tahun 2006, beliau telah mewujudkan syarikat dengan nama Ibrahim Industri Sdn Bhd dengan modal permulaan RM500,000 dan sejak itu jugalah perniagaannya terus berkembang maju sehingga mempunyai aset mencecah RM1 juta.

"Untuk berdiri teguh sehingga kini, pelbagai liku kehidupan perlu ditempuhi di mana saya pada awalnya mencari peluang dalam dalam bidang hartanah.

"Kemudian dari itu juga, saya mengembangkan hasil ternakan ikan patin, keli, di samping mengambil tender pembersihan lapan sekolah di Kuala Terengganu dan beberapa perniagaan lain selain kerepek," katanya.

Hasil usaha dan penat-lelah Ibrahim Industri kini juga mampu dibanggakan apabila produk kerepek pisang dan kerepek ubi keluaran syarikatnya telah menembusi pasaran beberapa buah pasar raya terkenal di negara ini seperti Mydin dan Giant.

"Ini satu kejayaan yang amat memberangsangkan kerana untuk menembusi pasar raya seumpama itu bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang," katanya.

Pok Him berkata kilang pemprosesan kerepek Ibrahim Industri yang bernilai RM800,000 kini telah mendapat Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersempena Maal Hijrah pada tahun lepas.

Beliau pernah mendapat beberapa anugerah antaranya Peladang Jaya daripada kerajaan negeri pada 2006 dan 2008 dan Anugerah Usahawan Terbaik Kebangsaan bagi kategori perniagaan bernilai RM250,000 dan ke atas.

Pok Him yang mendapat pendidikan setakat darjah satu kerana masalah kemiskinan pada masa lalu telah mengikuti hampir 400 kursus dalam bentuk kemahiran dan pentadbiran daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Insitut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia (Sirim), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

Malaysia (Mardi) dan lain-lain lagi demi keazaman mengubah kehidupan.

Syarikat Ibrahim Industri sekarang mempunyai 57 kolam ikan air tawar yang boleh menampung pengeluaran kira-kira 100,000 ekor ikan keli dan patin dengan nilai dianggarkan mencecah RM30,000.

"Selain itu, syarikat saya juga mempunyai ladang kelapa sawit yang boleh memberi hasil kira-kira RM2,000 sebulan untuk mengukuhkan lagi sumber kewangan syarikat," katanya.

Katanya, bekalan seperti ubi kayu dan pisang dalam pembuatan kerepek sama ada dibeli dengan pemborong di pasar tani dan juga kontrak ladang dengan petani-petani di negeri ini.

Bagi memberi tanggung jawab sosial korporat, syarikat itu juga telah memberi peluang pekerjaan seramai 28 orang khususnya penduduk kampungnya dan peserta PPRT. - Bernama,
SIAPA sangka, bermula dengan menjual hasil pemprosesan kerepek ubi dan pisang sejak 1990, Ibrahim Industri Sdn Bhd, kini mampu tersenyum setelah berjaya menceburkan diri dalam sektor hartanah dan perikanan ikan air tawar bagi mengukuhkan ekonomi syarikat Bumiputera itu. Pemiliknya, Ibrahim Mohd Nor, 58, atau lebih mesra dipanggil "Pok Him" berkata matlamat syarikatnya ialah untuk membantu kestabilan ekonomi negara di samping memberi peluang pekerjaan buat masyarakat setempat. "Saya datang dari keluarga susah dan apabila saya berada di atas (mengecapi kejayaan), saya tidak akan lupakan orang di bawah yang susah payah mencari duit bagi menyara kehidupan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini. Beliau yang pernah menjadi bekas peserta Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kelahiran Kampung Bukit Payong, Marang berkata kegagalan mendapatkan pekerjaan ketika merantau di Kuala Lumpur pada lewat 80-an memberi idea kepadanya ketika pulang ke kampung laman dengan memulakan perniagaan kerepek ubi dan pisang dengan modal RM200. Ketika itu, beliau berkata, pelbagai kesulitan dihadapinya terutamanya dari segi pengangkutan di mana pada suatu ketika, beliau terpaksa menaiki bas untuk memasarkan kerepek ke sekitar Terengganu. Pok Him berkata, berkat kesabarannya dalam perniagaan tersebut, beliau kemudiannya diberi peluang apabila mendapat dana dalam bentuk geran daripada Pejabat Daerah Marang sebanyak RM30,000 untuk membeli peralatan dan membina kilang memproses kerepek selepas setahun kemudian mengusahakan perniagaannya. Katanya pada tahun 2006, beliau telah mewujudkan syarikat dengan nama Ibrahim Industri Sdn Bhd dengan modal permulaan RM500,000 dan sejak itu jugalah perniagaannya terus berkembang maju sehingga mempunyai aset mencecah RM1 juta. "Untuk berdiri teguh sehingga kini, pelbagai liku kehidupan perlu ditempuhi di mana saya pada awalnya mencari peluang dalam dalam bidang hartanah. "Kemudian dari itu juga, saya mengembangkan hasil ternakan ikan patin, keli, di samping mengambil tender pembersihan lapan sekolah di Kuala Terengganu dan beberapa perniagaan lain selain kerepek," katanya. Hasil usaha dan penat-lelah Ibrahim Industri kini juga mampu dibanggakan apabila produk kerepek pisang dan kerepek ubi keluaran syarikatnya telah menembusi pasaran beberapa buah pasar raya terkenal di negara ini seperti Mydin dan Giant. "Ini satu kejayaan yang amat memberangsangkan kerana untuk menembusi pasar raya seumpama itu bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang," katanya. Pok Him berkata kilang pemprosesan kerepek Ibrahim Industri yang bernilai RM800,000 kini telah mendapat Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersempena Maal Hijrah pada tahun lepas. Beliau pernah mendapat beberapa anugerah antaranya Peladang Jaya daripada kerajaan negeri pada 2006 dan 2008 dan Anugerah Usahawan Terbaik Kebangsaan bagi kategori perniagaan bernilai RM250,000 dan ke atas. Pok Him yang mendapat pendidikan setakat darjah satu kerana masalah kemiskinan pada masa lalu telah mengikuti hampir 400 kursus dalam bentuk kemahiran dan pentadbiran daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Insitut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia (Sirim), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan lain-lain lagi demi keazaman mengubah kehidupan. Syarikat Ibrahim Industri sekarang mempunyai 57 kolam ikan air tawar yang boleh menampung pengeluaran kira-kira 100,000 ekor ikan keli dan patin dengan nilai dianggarkan mencecah RM30,000. "Selain itu, syarikat saya juga mempunyai ladang kelapa sawit yang boleh memberi hasil kira-kira RM2,000 sebulan untuk mengukuhkan lagi sumber kewangan syarikat," katanya. Katanya, bekalan seperti ubi kayu dan pisang dalam pembuatan kerepek sama ada dibeli dengan pemborong di pasar tani dan juga kontrak ladang dengan petani-petani di negeri ini. Bagi memberi tanggung jawab sosial korporat, syarikat itu juga telah memberi peluang pekerjaan seramai 28 orang khususnya penduduk kampungnya dan peserta PPRT. - Bernama

10/12/12

cool; Rich Dad, Poor Dad, Bankrupt Dad?

Robert Kiyosaki, author of the bestselling Rich, Dad, Poor Dad series of financial advice books, is offering his fans yet another lesson in how the rich are different than you and me: they file for bankruptcy not because of ill health or unemployment related issues, but instead as a strategic business move.

Robert Kiyosaki (Courtesy: Good Morning America)Rich Global LLC, one of the corporate arms Kiyosaki has done business under, filed for bankruptcy protection in August, after it was ordered to pay just under $24 million to the Learning Annex and its chairman Bill Zanker.

Kiyosaki was one of the small-time mountebanks who made it to the big-time in the aughts by telling his forever falling behind audience that they could get ahead, they just had not learned how. The shtick behind the Rich Dad books was that Kiyosaki was sharing secret money-making strategies of the wealthy with his wage slave readers. The tips ran the gamut from ridiculous to illegal and downright hurtful and included advocating for insider trading,  arguing for the purchase of multiple real estate properties with little or no money down and telling followers they could purchase stocks on margin via unfunded brokerage accounts.

The Learning Annex was one of Kiyosaki's earliest backers, and helped arrange a number of his most prominent speaking gigs in the early aughts. They were not alone. Oprah Winfrey had him on her show, and PBS ran his programming during their fundraising weeks.
So how did Kiyosaki, whom the website Celebrity Net Worth estimates is worth a cool $80 million, come to this pass?

Well, he didn't come to any pass. He now conducts much of his business not via Rich Global LLC but under the rubrik Rich Dad Co. And it's a corporate bankruptcy, not a personal bankruptcy. When the New York Post, which broke the story, tracked down Mike Sullivan, Rich Dad Co. CEO, he informed them that Kiyosaki would not be putting any of his personal fortune toward the settlement. As for Rich Global, Sullivan claimed it only had a few million in its coffers.

Of course, you could argue that Learning Annex CEO Zanker should have known better. No one has ever proven that Rich Dad, the man who supposedly gave Kiyosaki all his advice for wealthy living, ever existed. Nor has anyone ever documented any vast reserves of wealth earned by Kiyosaki prior to the publication of Rich Dad, Poor Dad in 1997.  source  here

More FromForbes


4/16/12

hot-Perhimpunan Mansuhkan PTPT

Have you ever heard of “free education” recently?As expected at Dataran Merdeka on 14 April, a group of student attended to the Perhimpunan Mansuhkan PTPTN.
About 300 students joined the demarcation in the afternoon. Before they start, they gather near the Masjud Jamek then to Kompleks Sogo, Jln Tunku Abdul Rahman on around 2.30 pm for listen to PRK leaders’ speech. The leaders include Nurul Izzah, Tian Chua and few more…
Malaysia chaired the association’s president Risen, Mohd Zaini Mohd Shahidand President Solidariti Student Malaysia, Mohamad Safwan Anang. NGOYouth Association East Coast as well as several other student activists, including Adam Adli Abdul Halim also present the same.






4/15/12

hot-The Venom of Vipers [Kindle Edition]


Review

"The Venom of Vipers is insightful, creative and just such an incredible piece of fiction, highly recommended." --sfbook.com

Product Description

Ryder wants to be more than a lab rat; he wants to be free.
Katie wants him to save the world.
Purists want him dead.

BOOK DESCRIPTION:

In a future where humans teeter on the brink of extinction, hope lies in the genetic experiments of Katie Marsh. A brilliant young scientist, Katie is hard at work perfecting a new species of humanoid resistant to the devastating virus afflicting mankind. But not everyone wants Katie to succeed.

Confined to the lab that created him, Ryder Stone wants to live as a free man. But Ryder, whose unique physiology may provide the cure for this viral malady, must tread lightly, for in his world, friends can sometimes be foes, and the helping hand of people close to him may very well turn out to be... the venom of vipers.

4/13/12

hot-Wang kertas siri baru mula diedar 16 Julai: Bank Negara


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan bahawa wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata wang kertas siri baru itu yang bertemakan 'Keunikan Malaysia' terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
-bharian

4/12/12

hot- berita PTPTN-Kerajaan wajar tanggung kos operasi 1 peratus PTPTN

Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR – Pemuda Umno mahu kerajaan menyediakan dana dan menanggung kos operasi perkhidmatan satu peratus yang kini ditanggung oleh pelajar yang memperoleh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan wajar memperuntukkan RM65 hingga RM70 bilion untuk menampung kos berkenaan kerana langkah itu dilihat menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah yang timbul kebelakangan ini terutamanya isu pembayaran balik oleh peminjam yang dikatakan membebankan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas 11 cadangan resolusi Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

“Dengan penghapusan kos operasi satu peratus itu, secara tidak langsung peminjam hanya membayar balik jumlah asas yang dipinjam sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Selain itu, Khairy turut melihat sudah tiba masanya PTPTN memperkenalkan skim gaji minimum bagi menstrukturkan semula kaedah pembayaran balik pinjaman.

Katanya, mereka yang berpendapatan lebih RM3,000 dilihat mampu membuat bayaran semula kerana boleh diklasifikasikan berada dalam keadaan tempoh kelegaan dan mempunyai ekonomi yg selesa.

“Graduan yang sudah bekerja kini juga terpaksa menanggung pinjaman kereta, sewa rumah dan keperluan asa yang lain.

“Ada graduan yang selepas tamat pengajian terus bekerja tetapi tidak semua daripada mereka mendapat bayaran gaji setimpal dengan kelulusan. Ada yang bekerja sebagai kerani walaupun mempunyai ijazah, sudah tentu gaji yang diperoleh tidak mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman,” katanya.

Sementara itu, kaedah menyenarai hitam peminjam juga wajar dihapuskan dan satu mekanisme lain perlu digunakan untuk menjejaki peminjam yang ingkar.

Sehubungan itu, Khairy menawarkan untuk membantu PTPTN mengenal pasti dan menyemak peminjam melalui pangkalan data Pemuda Umno yang mempunyai 700,000 ahli.

Katanya, langkah itu diambil bukan untuk memaksa mereka membayar balik pinjaman tetapi lebih kepada memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka untuk melunaskan hutan dan jika mereka menghadapi masalah membuat bayaran balik, pihaknya akan membantu mengikut kemampuan.

Tambah belia, selain ahli Pemuda Umno, ahli Umno yang seramai 3.3 juta orang itu juga akan disemak bagi membantu PTPTN mengenal pasti lokasi atau alamat terkini mereka yang ingkar membuat bayaran balik pinjaman.

Turut disentuh dalam resolusi terbabit ialah cadangan supaya pinjaman bagi peminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke Semenanjung serta sebaliknya hendaklah ditambah bagi meliputi harga tiket penerbangan dua kali setahun.

Ujar Khairy, jika sebelum ini, jumlah pinjaman yang diterima pelajar berkenaan hanya merangkumi kos pengajian dan mereka terpaksa tiada alternatif untuk pulang ke kampung halaman.
-sinarharian

4/7/12

hot-‘Awang Hitam’ godam e-mel, usahawan hilang RM85,000


MELAKA - Pelbagai cara dilakukan warga Nigeriadalam menjalankan kegiatan penipuan di negara ini. Kali ini menggunakan modus operandi dengan cara menggodam e-mel mangsa untuk meraih pendapatan lumayan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka, Superintendan Soh Hock Sing berkata, polis menahan tiga lelaki warga Nigeria dan dua wanita rakyat tempatan berhubung kegiatan berkenaan.

Menurutnya, ia berikutan pihaknya menerima laporan seorang usahawan berusia 45 tahun kerugian RM85,000 akibat tertipu menjadi mangsa awang hitam.

“Mangsa yang menjalankan perniagaan runcit menerima satu e-mel daripada syarikat pembekal Indonesia yang memerlukan bayaran RM85,000. Mangsa membuat bayaran dua kali iaitu RM45,000 dan RM40,000 kepada akaun sebuah bank yang dipaparkan dalam e-mel berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka di Bukit Beruang, hari ini.

Hock Sing berkata, selepas membuat pembayaran, mangsa menghubungi rakan perniagaannya dan mendapati mereka tidak menerima sebarang bayaran.

"Susulan itu, ia membawa kepada penangkapan wanita berusia 25 tahun kelmarin di Kuala Lumpur semasa mahu mengeluarkan wang. Bagaimanapun, hasil soal siasat wanita terbabit mengaku dia diarah oleh rakan lelakinya iaitu warga Nigeria untuk mengeluarkan wang daripada akaun terbabit," katanya.

Menurutnya, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Puchong untuk memberkas warga Nigeria yang terlibat tetapi gagal.

"Polis hanya menemui pasport, komputer dan komputer riba dipercayai milik suspek. Kami turut menyerbu sebuah rumah di Bachang malam semalam, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penipuan melibatkan usahawan terbabit," katanya.

Hock Sing berkata, semasa serbuan dilakukan, suspek enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas 30 minit diketuk.

“Seorang wanita cuba membuang kondom di luar rumah tetapi anggota yang membuat pengawasan di luar rumah melihatnya. Tiga lelaki warga Nigeria berusia 26 hingga 28 tahun dan seorang wanita tempatan berumur 19 tahun ditahan,” katanya.

Turut dirampas tiga komputer riba yang disorokkan di bawah tilam dan enam telefon bimbit.
-sinarharian

4/2/12

cool- nilai dan capai matlamat kewangan anda.

1)Nilai Kedudukan Kewangan
Nilai situasi kedudukan kewangan kamu semasa.

 2)Matlamat Jangka Pendek
Tetapkan juga matlamat jangka pendek apa yang anda ingin capai.

3)Tetapkan Bajet
Tetapkan segera bajet harian dan bulanan kamu. pastikan tidak terkeluar atau lari bajet.

4)Ikuti Bajet Yang Ditetapkan
mesti berdisiplin

5)Kemas Kini Bajet
Kemas kini bajet ialah cara bagi membolehkan kamu mengesan kemajuan ekonomi kewangan. Semak bajet tersebut

 6)Tambah Pendapatan
Membuat kerja sambilan, itulah cara lain yang boleh dilakukan agar dapat menambah sedikit pendapatan harian. cadangan mulalah  berniaga!

7)Matlamat Kewangan Baru
Sebaik sahaja berjaya mencapai matlamat jangka pendek, ayuh melangkah ke matlamat yang baru pula

tahniah anda berjaya mencapai matlamat kewangan anda.


hot-semakan gaji kakitangan awam SSM


KUALA LUMPUR -  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my Jumaat lalu membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Gaji baru itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata,  pekeliling itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

"Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus hingga sembilan peratus dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan," katanya di dalam Pekeliling berkenaan.

Abu Bakar berkata dengan berkuatkuasanya pekeliling itu, jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Januari 2012 dan beberapa peruntukan pekeliling perkhidmatan termasuk pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah dibatalkan.

Menurut Abu Bakar, prinsip kenaikan bagi gaji baru adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.

Berdasarkan jadual gaji, kadar kenaikan gaji sehingga 13 peratus diberikan kepada pegawai kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54).

Kadar kenaikan tujuh peratus diberi kepada kumpulan pengurusan tertinggi (Gred Gaji VU1, VU2 dan setaraf), lapan peratus (VU3,VU4 dan setaraf) dan sembilan peratus (VU7-VU5 dan setaraf).

Pelaksanaan gaji baru itu layak diberikan kepada pegawai tetap, sementara, kontrak dan guru sandaran kecuali bagi pegawai yang dikenakan hukuman tata tertib, buang kerja yang berkuatkuasa pada atau sebelum 1 Januari 2012 dan pegawai yang bersara sebelum tarikh itu.

Abu Bakar berkata kenaikan gaji itu tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai atau elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau linkungan gaji.

Beliau berkata, peruntukan pekeliling perkhidmatan itu dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.  – Bernama

3/30/12

hot-industri arowana


MINAT orang ramai terhadap ikan hiasan antara punca mengapa ikan arowana turut mendapat perhatian luar basa.

Di negara ini, terdapat pelbagai jenis ikan hiasan seperti discus dan angelfish, live bearer seperti gapi, swordtail dan molly, Cyprinid seperti tiger barb, cherry barb dan rosy barb dan Characid seperti pelbagai jenis tetra. Ikan yang paling terkenal di negara kita ialah arowana.
Ikan berkenaan tergolong digolongkan dalam famili Osteoglossidae iaitu keluarga ikan yang dikenal sebagai ikan lidah bertulang (bonytongue).

Ikan ini digelar sedemikian kerana struktur lidahnya berbentuk tulang yang keras dan kesat berfungsi sebagai gigi pencengkam sesuai dengan kelakuan pemakanannya sebagai ikan pemangsa.
Jabatan Perikanan merupakan agensi kerajaan yang menjadi peneraju dalam pembangunan industri ikan hiasan di negara ini.

Industri tersebut mula berkembang sejak 2005 dengan kadar pertumbuhan 15 peratus sehingga tahun 2009.
Kira-kira 80 peratus daripada pengeluaran ikan hiasan negara adalah untuk pasaran eksport ke beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan beberapa negara Kesatuan Eropah seperti Perancis, Jerman dan United Kingdom.

Sehingga hari ini, Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar arowana di Asia selepas negara jiran Indonesia.

Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Nik Ab. Wahab Mat Diah berkata, ikan arowana merupakan sebahagian daripada komponen pembangunan haiwan akuatik yang turut merangkumi tumbuhan akuatik.

Haiwan akuatik tersebut antaranya termasuklah ikan hiasan seperti , ikan emas, discus, ikan koi, dan ikam beta (ikan laga), sepat dan gapi.

Nik Ab. Wahab berkata, beberapa program penyelidikan dan pembangunan melibatkan ikan arowana telah dirancang dan dilaksanakan.

Antara kejayaan tersebut ialah pembiakan pada 1996 yang dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT) di Batu Berendam Melaka dan membangunkan standard kualiti untuk arowana dengan kerjasama SIRIM Berhad.

“Penyelidikan lain termasuk penentuan strain atau jenis dan jantina arowana mengikut teknik biosensor dengan hanya menggunakan sampel sisik sahaja,” kata beliau.

Pihaknya juga melaksanakan program pemuliharaan arowana di Tasik Bukit Merah yang mana matlamatnya ialah populasi arowana di kawasan itu akan dapat dipulihkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pada masa ini program penyelidikan dijalankan di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (FRI Glami Lemi), Titi, Jelebu, yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan bagi menggantikan PPPAT beroperasi di Batu Berendam, Melaka.

Nik Ab. Wahab berkata, FRI Glami Lemi memberi tumpuan kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan terutama daripada segi pengeluaran hibrid baru, pengenalan identifikasi menerusi teknik molekular serta aktiviti krioawetan semen.

“Kita dalam proses pemilihan induk untuk aktiviti biakbaka daripada spesies liar bagi meningkatkan populasi,” katanya.

Selain aktiviti penyelidikan dan pembangunan Jabatan Perikanan juga kata beliau, mengawal selia urusan import dan mengurus pengeluaran permit eksport memandangkan pengusaha arowana perlu memperoleh permit Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES).
Begitu juga mengenai sijil kesihatan ikan arowana yang perlu diperoleh daripada jabatan tersebut.

Dengan jumlah pengusaha mencecah 140 orang yang mana 87 daripadanya beroperasi di Kerian Perak, beliau yakin industri tersebut akan terus meningkat pada masa akan datang.
“Industri arowana perlu berkembang sebagai satu peluang perniagaan yang telah pun dimasukkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA),” ujarnya.

Dalam pada itu, Pusat Ikan Hiasan di Enggor, Kuala Kangsar, Perak memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menceburi industri tersebut melalui latihan, kemahiran dan pengetahuan dalam aspek ternakan dan pengurusan ternakan.

Sementara itu, menurut Penyelidik Kanan Bahagian Penyelidikan Perikanan Air Tawar Glemi Lemi , Mohamad Zaini Suleiman, industri penternakan arowana telah berkembang pesat di negara ini sejak 2005.
Sebagai tempat asal arowana, jenis terbaik di dunia iaitu arowana emas Malaysia merupakan sebuah 'kilang' pengeluar pelbagai jenis arowana untuk pasaran global.

Pelbagai jenis arowana kita di pasaran di peringkat global seperti jenis Blue based gold, cross backed gold, high backed gold, golden head, chili red, blood red dan sebagainya dihasilkan di negeri Johor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan juga Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, matlamat utama Pelan Pembangunan Arowana ialah memperluas pasaran arowana yang sedia ada sama ada di dalam negara atau untuk tujuan eksport.

“Kami berharap ikan ini dapat menembusi pasaran baru di Amerika Syarikat (AS) dan Asia Barat melalui pelbagai strategi yang telah dan sedang dijalankan seperti program pemuliharaan arowana di Tasik Bukit Merah dan promosi dalam pameran seperti Aquarama di Singapura, Aquafair di Kuala Lumpur,” katanya.
Selain itu, misi perdagangan dan promosi ikan hiasan ke luar negara di samping mengenalpasti peluang pasaran baru juga diadakan.

Jabatan Perikanan kini katanya mensasarkan pengeluaran sebanyak 0.5 juta ekor arowana dihasilkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Pada masa sama, bilangan syarikat berdaftarkan CITES pada tahun lepas yang berjumlah 31 juga akan ditingkatkan melalui taklimat dan bimbingan berterusan bertujuan memberi peluang lebih ramai lagi pengusaha arowana melibatkan diri dalam pengeksportan arowana keluar negara.
-utusan

3/28/12

hot-Khairy pengerusi PUNB kuat kuasa 1 April


Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR -- Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April.

Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.

Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.

PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB.  -- Bernama

3/26/12

hot-kerja PDRM

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terbuka kepada calon-calon yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran.

Maklumat lanjut : http://myadha.blogspot.com/2012/03/pengambilan-polis-diraja-malaysia-pdrm.html

3/25/12

hot-Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 je





(Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta - Mohamad Sabu)
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.
-harakah

3/22/12

hot-harga minyak meningkat

SINGAPURA 22 Mac - Harga minyak meningkat kepada AS$107 (RM329.3) setong semalam selepas laporan menunjukkan simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh diluar jangkaan, satu tanda permintaan bahan tersebut akan terus meningkat di negara ekonomi terbesar dunia itu.
Setakat awal petang, di Eropah, penanda aras minyak bagi penghantaran Mei meningkat sebanyak AS0.49 (RM1.5) kepada AS$106.56 (RM328) satu tong dalam pasaran elektronik New York Mercantile Exchange.
Kontrak itu jatuh AS$2.49 (RM7.6) untuk berada pada AS$106.07 (RM326.4) setong di New York kelmarin selepas Arab Saudi berkata ia boleh mengepam lebih banyak minyak untuk menampung mana-mana kekurangan bekalan bahan mentah itu. - AGENSI

3/21/12

hot-Sewa pejabat di Hong Kong termahal di dunia

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Hong Kong mempunyai ruang sewa pejabat paling mahal di dunia tahun lalu, walaupun kerajaannya berusaha untuk mengawal peningkatan harga hartanah.
“Didorong oleh pemulihan ekonomi, Hong Kong menyambut 2011 sebagai lokasi pejabat termahal di dunia,” kata konsultan hartanah DTZ dalam laporan tahunannya mengenai kos sewa pejabat sedunia. Harga purata hartanah pejabat bagi setiap tempat kerja meningkat satu pertiga dari setahun sebelumnya di Hong Kong iaitu AS$22,330 (RM67,648) mengatasi West End di London pada 2009, kata kenyataan dalam laporan itu.
Peningkatan kos hartanah di Hong Kong menjadi penyebab utama terhadap aduan tujuh juta penduduk di bandar raya di selatan China itu. – AFP

cool-harga emas dan silver terkini 21032012


stop centre untuk harga emas boleh lihat sini..semua harga boleh dirujuk..bagi peminat emas dan perak, apa tunggu lagi ..jom terjah..zass

.