Jual produk yang susah orang dapatkan di kedai berhampiran mereka. Lagi susah orang jumpa, lagi best! Contohnya – Jersi original dengan harga murah, pinggan mangkuk CORELLE, sos char koew tiow Penang, kerongsang Sarawak, tudung Masjid India, Al Quran Digital Red Pen, kain batik dan bermacam-macam lagi.
Harga produk dengan lebih murah di pasaran. Ini antara tarikan utama. Ramai orang membeli disebabkan harga. Di internet, anda boleh menjual produk dengan harga lebih murah kerana anda tidak perlu membayar kos sewa kedai. Sebagai contoh, Al Quran Digital Read Pen yang dijual di internet, murah lebih kurang 30% dari harga pasaran.
Jual produk yang kering, tahan lasak. Jika pelanggan sasaran anda adalah meluas (tidak terhad di kawasan anda sahaja), anda dinasihatkan untuk menjual produk yang tahan lama, tidak mudah pecah, tidak basah.
Itulah tips-tips ringkas, dalam penjualan produk fizikal di internet.
Tapi jika anda tiada modal, bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan internet seperti ini? Sebenarnya, tanpa modal pun anda boleh menjalankan perniagaan internet ini.
Lelongan EBAY. Ramai yang menjalankan perniagaan internet secara part time dengan menjalankan perniaagaan ebay. Mereka dapatkan produk yang berpotensi, dan mereka melelongnya di Ebay. Produk boleh didapati dengan cara dropship ataupun dapatkannya sendiri di pasaran tempatan. Paling banyak dilakukan, lelong Jersi di Ebay yang mana ianya banyak dijalankan oleh usahawan ebay muda di Malaysia. Pelanggan ebay berada di seluruh dunia.
Affiliate. Anda promosikan web jualan dan produk usahawan lain, dan jana komisen darinya apabila ada jualan. Ini yang paling mudah dilakukan di mana anda tak perlu urus pelanggan, tidak perlu memiliki laman web, dan boleh dimulakan juga tanpa modal.
Perniagaan produk fizikal di internet memang antara paling mudah difahami untuk dijalankan. Maka tak hairanlah di Malaysia, begitu ramai yang terlibat dalam perniagaan produk fizikal terutamanya EBAY.
Incoming search terms for the article:
- Teknik Kajian Produk Fizikal Ebay
- Pendedahan Produk Fizikal eBay
- Teknik dropship yang mudah untuk produk fizikal untuk jualan di Ebay
- Cabaran dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal di ebay
- ebay merupakan platform jual produk fizikal
- Kelebihan Berniaga Produk Fizikal di ebay
Popularity:
No comments:
Post a Comment