Pages

Showing posts with label hot tips. Show all posts
Showing posts with label hot tips. Show all posts

9/18/12

kenapa awak tak rogol saya?-hmetro

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
 Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan.
Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
Renungan
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.
Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam, InsyaAllah.
Wallahu’alam….
-hmetro

9/17/12

kedudukan mayat

inilah kedudukan mayat apabila ditanam dalam kubur..boleh juga cuba berlatih-latih dulu sebelum kita betul-betul dibaringkan begini..supaya dah biasa jadinya "ingat..tidak lalai!!

5/12/12

hot-rumah mobiliti

sebuah ilusi yang mungkin menghasilkan realiti bagi mengatasi masalah

1. banjir kilat
2.harga tanah yang mahal
3. guest house yang penuh dibooking apabila kita mengembara
4. tsunami
5 dan lain-lain masalah ----perlu berpindah

4/16/12

hot-Masalah teknikal, MAS patah balik ke Bangalore



MAS tawar tambang menarik dari Kota Kinabalu
NEW DELHI - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS), yang dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru hari ini kerana mengalami masalah teknikal.

Pengurus Kawasan MAS (Karnataka dan Andhra Pradesh) Hamzah Ayob berkata, pesawat MH193 itu berlepas pada pukul 12.25 tengah hari dan setelah berada kira-kira satu jam setengah di udara, sistem radar cuacanya mengalami masalah.
Pesawat jenis Boeing 737-800 itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Bengaluru dan mendarat dengan selamat, katanya kepada Bernama di sini.

Hamzah berkata kesemua 140 penumpang selamat serta diberi kemudahan penginapan di sebuah hotel dan akan menaiki pesawat lain ke Malaysia pada pukul 7 malam ini..
- Bernama

4/8/12

hot-umpama ular sawa


"adakalanya nafsu manusia macam nafsu ular sawa "

cool-titik-titik refleksologi pada kaki


cool-u can do it...


4/6/12

hot-malaysia debt- hutang oh hutang

anda boleh rujuk dan membuat perbandingan dan analisis sendiri di  sini (global public debt)

hot-mencari identiti


peringkat remaja akan mengalami konflik identiti dan tercari-cari siapakah dirinya yang sebenar.

Konflik itu disebabkan kurangnya keyakinan diri menyebabkan mereka sukar menentukan cara hidup yang konkrit.

Seterusnya, mengakibatkan mereka kerap melakukan sesuatu perkara tanpa menimbangkan rasionalnya.

Remaja adalah satu peringkat apabila tingkah laku bermasalah dan emosi bermula atau meningkat.

Perubahan sosial yang berlaku pada peringkat remaja ini menyumbang kepada perkembangan tingkah laku dan emosi.

kepada ibub-bapa; rapatkan hubungan anda semasa anak-anak anda sudah remaja- jadikan mereka kawan sosial dan juga sebagai anak anda..

hot-teori warna ikut hari


teori warna; jika anda mengenakan tema warna apa sahaja berkaitan dengan anda seperti baju, kasut bersesuaian dengan  hari tertentu maka dikatakan anda menyerlahkan lagi aura anda

hot-secret to success


hot-how to rich


4/2/12

hot-Awas! Taktik menculik budak di pasaraya..

Seorang ibu sedang membongkok untuk ...membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa..

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.


Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.


Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas..

-sumber; diceritakan
 

4/1/12

hot-10 juta akaun diceroboh, firma kad kredit beri amaran


kad
LONDON - Visa, Mastercard dan Discover memberi amaran maklumat peribadi melibatkan lebih 10 juta pemegang kad telah dicerobohi dan berhadapan dengan risiko keselamatan data.
Bagaimanapun ketiga-tiga firma itu menegaskan bahawa "tiada pelanggaran" ke atas sistem kendalian mereka, sebaliknya pihak ketiga harus dipersalahkan.
Laporan msnbc.com berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat perkembangan terbaru ini, yang didakwa satu insiden mencuri data terbesar melibatkan pengguna dari negara itu.
"MasterCard sedang menyiasat kemungkinan situasi berkompromi dengan data-data akaun (pelanggan), melibatkan sebuah entiti di AS, dan ekoran itu, kami telah mengingatkan pengeluar-pengeluar kad pembayaran berkenaan bahawa beberapa akaun MasterCard berhadapan dengan kemungkinan risiko," kata kenyataan firma itu.
Pada 2008, Princeton digodam menyebabkan berjuta-juta akaun kad kredit terdedah kepada pengetahuan pihak ketiga.
Menurut KrebsonSecurity.com, penggodam telah akses kepada sistem pemprosesan data bagi satu tempoh dari 21 Januari hingga 25 Februari lalu.
Menurut laporan BBC, blog sekuriti KrebsOnSecurity, yang pertama melaporkan perkara itu berkata, sumber-sumber industri percaya lebih 10 juta kad telah diakses oleh pihak tertentu.
Laporan-laporan juga menyebut kad-kad yang dicuri ditemui di New York.
Wall Street Journal, yang memetik sumber-sumber keselamatan berkata, firma pemprosesan kad Global Payments adalah antara yang pertama berhadapan dengan masalah sistem keselamatan diceroboh.
Saham syarikat itu jatuh lebih sembilan peratus semalam.
-sinarharian

3/22/12

hot-Cuba perdaya pura-pura pitam

SOAL...anggota polis menyoal GRO yang ditahan dalam Ops Noda awal pagi semalam.
SOAL...anggota polis menyoal GRO yang ditahan dalam Ops Noda awal pagi semalam.
SUNGAI BESAR: Tiga remaja perempuan yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia bawah umur membabitkan dua orang berusia 16 dan seorang lagi berusia 15 tahun diselamatkan dalam Ops Noda dijalankan Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Bunga Orkid, di sini, awal pagi semalam.
Selain itu, 24 lagi wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) turut ditahan dalam serbuan itu.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi diketuai Superintendan Amir Rasid Derani dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman membabitkan 16 anggota itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dipercayai ejen wanita berkenaan.
Ketika dibawa ke trak polis untuk siasatan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, seorang daripada GRO berpura-pura pengsan dipercayai untuk meraih simpati, namun dia segera bangun apabila menyedari taktik itu gagal.

Sementara itu, Amir Rasid ketika ditemui selepas serbuan berakhir, berkata pihaknya menjalankan risikan dan pemantauan selama empat hari mendapati premis itu menggajikan remaja bawah umur sebelum menjalankan serbuan.

“Kami sangat serius menangani pemerdagangan orang terutama membabitkan remaja bawah umur yang dipergunakan untuk tujuan tidak bermoral.
-hmetro

hot-apa guna?


3/21/12

hot-awas email scam perbankan

cuba bawa curser anda ke click here dalam email tu..(tapi bukan inilah-saya maskudkan jika anda terima email begini)
anda akan dapati alamatnya tertera di bawah skrin anda...bukan CIMB..tapi ia adalah JERANGKAP SAMAR..
                               --------------BEWARE---------------

hot-Sejadah corak babi

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.
-mymetro

p/s-hati-hati apabila ingin membeli sejadah..

.