Pages

Showing posts with label cool artikel. Show all posts
Showing posts with label cool artikel. Show all posts

10/25/13

hot- intipati bajet 2014 dan teks ucapan bajet 2014.

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Berikut ialah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji".
Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.
* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.
* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.
* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.
* RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion
* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.
* Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.
* Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.
* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek
* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.
* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi-utusan.
 teks ucapan bajet 2014 boleh didownload atau muat turun bajet 2014 disini
UALA LUMPUR 25 Okt. - Berikut ialah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini. Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji". Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat. * Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. * Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan. * RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan. * Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi. * RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. * RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. * Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion * Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013. * Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong. * Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival. * Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek * Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. * Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013. * Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014. * Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah. * Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion. * Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer. * Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru. * Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang. * Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi. download teks ucapan bajet 2014 atau muat turun teks ucapan perdana menteri tentang bajet 2014

10/4/13

hot- Ahmad Shabery: Laporan Ketua Audit Negara culas

k-pop gangnam style made ini korea
Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara gagal menjelaskan perkara sebenar di mana wang sumbangan itu juga turut disalurkan ke akaun Majlis Sukan Negara (MSN).
SHAH ALAM - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas Laporan Ketua Audit Negara yang didakwanya sebagai culas.


"Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.

"Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya yang dipetik dalam laman akaun Facebooknya hari ini.

inikah kumpulan u-kiss,baik untuk belia malaysia?
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, tahun lalu.

Tiga kumpulan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.
 Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut.
kumpulan Dal Shabet, hot..hot...

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Kebudayaan berkata, wang yang tajaan sebanyak RM20 juta untuk menjayakan Hari Belia Negara turut disalurkan ke akaun MSN bagi melancarkan pengurusan program tersebut.

Tambahnya, oleh yang demikian KBS tidak melakukan sebarang pembaziran terhadap wang rakyat seperti yang didakwa pembangkang.

"Moga rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran seperti mana Laporan Audit Negara tentang pembelian mesin scanner beharga RM14,000 seunit.
"Tetapi dalam isu KBS ianya tidak membazirkan wang rakyat sebaliknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara," jelasnya. sinar harian
alangkah baiknya jika duit itu digunakan untuk bantuan golongan yang tidak bernasib baik ini

dengan duit itu, rumah -rumah golongan ini juga boleh dibaikpulih..
apa yang boleh dibuat dengan duit sebanyak itu bagi membantu fakir miskin ? tengok sini
SHAH ALAM - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas Laporan Ketua Audit Negara yang didakwanya sebagai culas. Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara gagal menjelaskan perkara sebenar di mana wang sumbangan itu juga turut disalurkan ke akaun Majlis Sukan Negara (MSN). "Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan. "Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya yang dipetik dalam laman akaun Facebooknya hari ini. Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, tahun lalu. Tiga kumpulan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet. Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan. Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Kebudayaan berkata, wang yang tajaan sebanyak RM20 juta untuk menjayakan Hari Belia Negara turut disalurkan ke akaun MSN bagi melancarkan pengurusan program tersebut. Tambahnya, oleh yang demikian KBS tidak melakukan sebarang pembaziran terhadap wang rakyat seperti yang didakwa pembangkang. "Moga rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran seperti mana Laporan Audit Negara tentang pembelian mesin scanner beharga RM14,000 seunit. "Tetapi dalam isu KBS ianya tidak membazirkan wang rakyat sebaliknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara," jelasnya. sinar harian apa yang boleh dibuat dengan duit sebanyak itu bagi membantu fakir miskin ? tengok sini

11/6/12

cool-Lelaki paling bahagia pada usia 37 tahun

London: Satu kajian di Britain mendedahkan bahawa lelaki merasa saat paling menggembirakan pada usia 37 tahun.

Jenama pakaian lelaki, ‘Jacamo’ berkata faktor kestabilan, rutin dan komitmen jangka panjang memberi kepuasan kepada spesies yang digelar lelaki.

Satu kajian baru mendedahkan, masa paling menggembirakan bagi kehidupan seorang lelaki adalah pada usia 37 tahun, apabila mereka sudah mencapai kemuncak kerjaya dan memulakan kehidupan berkeluarga.

Gembira ketika muda, sihat

Phillip Hodson, Felow Persatuan Kaunseling dan Psikoterapi Britain berkata, adalah logik untuk memikirkan bahawa lelaki menjadi gembira ketika mereka masih muda, apabila cergas dan sihat.

“Ketika lelaki semakin berusia mereka semakin terdedah kepada penyakit dan lebih lemah. Pada usia 37 tahun, anda cukup muda untuk tidak kecewa dengan kehidupan, yang muncul dengan krisis pertengahan umur,” katanya. - Agensi
London: Satu kajian di Britain mendedahkan bahawa lelaki merasa saat paling menggembirakan pada usia 37 tahun. Jenama pakaian lelaki, ‘Jacamo’ berkata faktor kestabilan, rutin dan komitmen jangka panjang memberi kepuasan kepada spesies yang digelar lelaki. Satu kajian baru mendedahkan, masa paling menggembirakan bagi kehidupan seorang lelaki adalah pada usia 37 tahun, apabila mereka sudah mencapai kemuncak kerjaya dan memulakan kehidupan berkeluarga. Gembira ketika muda, sihat Phillip Hodson, Felow Persatuan Kaunseling dan Psikoterapi Britain berkata, adalah logik untuk memikirkan bahawa lelaki menjadi gembira ketika mereka masih muda, apabila cergas dan sihat. “Ketika lelaki semakin berusia mereka semakin terdedah kepada penyakit dan lebih lemah. Pada usia 37 tahun, anda cukup muda untuk tidak kecewa dengan kehidupan, yang muncul dengan krisis pertengahan umur,” katanya. - Agensi related search topic lelaki bahaggia umur lelaki ideal kebahagian seorang lelaki lelaki diminati lelalki yang paling bahagia

9/18/12

kenapa awak tak rogol saya?-hmetro

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
 Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan.
Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
Renungan
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.
Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam, InsyaAllah.
Wallahu’alam….
-hmetro

9/17/12

kalendar cuti-cuti tahun 2013


 kalendar cuti bagi tahun 2013 memudahkan anda merancang "cuti-cuti malaysia"...selamat merancang!!

5/11/12

cool-ilmu dari semut

renungkan, apakah yang boleh dipelajari dari semut -semut ini?............................... 

4/18/12

cool-Ulang kaji dengan uniCLIQ



KANAK-KANAK lebih gemar belajar dengan cara yang interaktif untuk mengelakkan kebosanan.


SELEPAS menjalani kelas pembelajaran selama lebih kurang enam jam di sekolah, pasti ramai para pelajar berasa jemu apabila dipaksa ibu bapa untuk menghadiri kelas tambahan di luar waktu sekolah.
Bagaimanapun, jika cara pengajaran atau ulang kaji lebih interaktif disediakan untuk anak-anak, tidak mustahil ia mampu melonjakkan minat mereka.

Atas inisiatif tersebut sebuah portal pembelajaran interaktif telah dibangun dan dilancarkan baru-baru ini yang dikenali sebagai uniCLIQ.

Sebuah laman web yang boleh diakses di mana-mana sahaja dengan alamat www.unicliq.com, sukatan bahannya adalah mengikut kurikulum kebangsaan dan mendapat perakuan Kementerian Pelajaran Malaysia.
UniCLIQ menawarkan teknik e-pembelajaran untuk subjek-subjek teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Mata pelajaran elektif yang ditawarkan pula ialah Matematik tambahan, Biologi, Seni Visual dan Pendidikan Islam.

Modul-modul pelajaran boleh didapati pada harga serendah RM20 sebulan bagi satu mata pelajaran, manakala langganan untuk tempoh tiga dan enam bulan, para pelayar boleh mendapat penjimatan.
Menggunakan tagline, Portal pembelajaran luar waktu sekolah, kandungannya dibangunkan secara interaktif dengan menggunakan teknik pengajaran multimedia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif uniCLIQ Sdn. Bhd., Apandi Dollah, kelebihan utama uniCLIQ berbanding pesaing mereka adalah dengan memberi tumpuan terhadap pembelajaran untuk pengetahuan dan bukan semata-mata bagi lulus peperiksaan.

"Dengan pembelajaran dan pemahaman dalam mata pelajaran melalui modul yang menepati tahap pendidikan, pencapaian akademik pelajar akan tercapai dengan sendirinya.

"Kami telah terlibat dalam peniagaan pendidikan selama 13 tahun dan mutu pendidikan kami sudah jelas terbukti," kata Apandi memberi jaminan.

Pada majlis perasmian uniCLIQ, pihaknya turut melantik penyanyi remaja, Najwa Latif sebagai duta rasmi laman web tersebut.

Pemilihan Najwa adalah berdasarkan personalitinya yang dilihat sebagai ikon bagi generasi muda selain mempunyai ramai pengikut dalam Internet.

Tambah Apandi, selain itu Najwa merupakan seorang pelajar yang cemerlang, berkeperibadian baik dan boleh menjadi contoh kepada para pelajar.

Dalam majlis itu juga, Apandi yakin laman web e-pembelajaran terbaharu itu mampu menarik ramai pelayar Internet dengan meletakkan sasaran seramai 50,000 pelanggan dalam tempoh 12 bulan lagi.
-kosmo

4/13/12

cool-nikmatilah hidup


Terdapat sebuah cerita mengenai seorang pelancong dari Amerika dan nelayan di Mexico.

Sewaktu pelancong ini melawat sebuah pantai di Mexico, dia terlihat seorang nelayan yang balik dari laut dengan bot kecil beberapa ikan hasil tangkapannya pada hari itu. Lalu pelancong ini pun bertanya pada nelayan itu…

Pelancong : Ikan yang kamu bawa ini sangat bernilai dan mahal di negara saya. Berapa lama yang kamu ambil untuk dapatkan ikan ini ?

Nelayan : Sekejap saja.. dalam beberapa jam.

Pelancong : Beberapa jam ? jadi kenapa kamu tidak luangkan masa lebih banyak untuk menangkap lebih banyak ikan ini.

Nelayan : Saya rasa tidak perlu, tangkapan hari ini sudah memadai untuk saya dan keluarga saya hidup.

Pelancong : Jadi apa kamu buat dengan baki masa terluang yang ada ini ?

Nelayan : Biasanya saya akan luangkan masa bercakap dengan isteri, bermain dengan anak-anak saya, bersembang dengan rakan-rakan dan membaca buku.

Pelancong : Owh.. ruginya.. Saya adalah seorang ahli ekonomi dan mempunyai kelulusan dari universiti terkemuka dunia. Saya ada cadangan untuk kamu. Saya cadangkan kamu luangkan masa lebih banyak di laut dan dengan itu awak akan mendapat tangkapan yang banyak.

Nelayan : Apa saya akan buat dengan tangkapan yang banyak itu ?

Pelancong : Biarkan saya habiskan cerita. Selepas mendapat tangkapan yang banyak, awak boleh jual dan buat keuntungan yang banyak. Selepas itu awak boleh beli bot yang lebih besar dan menangkap ikan lebih banyak. Dengan jualan dan keuntungan itu nanti, awak boleh buka pejabat dan Bandar Mexico dan seterusnya di New York untuk mengendalikan perniagaan ini secara besar-besaran.

Nelayan : Berapa lama semua ini akan mengambil masa ?

Pelancong : Dalam 15-20 tahun.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Hahaha.. lepas itu awak akan jadi jutawan dengan duit yang banyak.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Awak masih tak faham. Lepas itu, awak boleh berpindah ke rumah di tepi laut, awak boleh berehat, awak boleh luangkan masa bersama isteri, main dengan anak-anak, lepak dengan rakan-rakan dan membaca buku sebanyak mana yang awak mahu.

Nelayan : Hmm… itulah yang saya lakukan sekarang.

p/s apa pengajaran dari cerita ini.....?


4/6/12

hot-mencari identiti


peringkat remaja akan mengalami konflik identiti dan tercari-cari siapakah dirinya yang sebenar.

Konflik itu disebabkan kurangnya keyakinan diri menyebabkan mereka sukar menentukan cara hidup yang konkrit.

Seterusnya, mengakibatkan mereka kerap melakukan sesuatu perkara tanpa menimbangkan rasionalnya.

Remaja adalah satu peringkat apabila tingkah laku bermasalah dan emosi bermula atau meningkat.

Perubahan sosial yang berlaku pada peringkat remaja ini menyumbang kepada perkembangan tingkah laku dan emosi.

kepada ibub-bapa; rapatkan hubungan anda semasa anak-anak anda sudah remaja- jadikan mereka kawan sosial dan juga sebagai anak anda..

4/3/12

hot-kelebihan peluk suami isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 SAAT SETIAP PAGI akan panjang umurnya LIMA TAHUN.

Fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk ENDORFIN yang baik untuk kesihatan tubuh"

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah.....

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Terdapat kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,”

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan lebih menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri”

Rajin2lah peluk isteri anda sekelian.... :)

.