Pages

Showing posts with label cool kaya. Show all posts
Showing posts with label cool kaya. Show all posts

4/13/12

cool-nikmatilah hidup


Terdapat sebuah cerita mengenai seorang pelancong dari Amerika dan nelayan di Mexico.

Sewaktu pelancong ini melawat sebuah pantai di Mexico, dia terlihat seorang nelayan yang balik dari laut dengan bot kecil beberapa ikan hasil tangkapannya pada hari itu. Lalu pelancong ini pun bertanya pada nelayan itu…

Pelancong : Ikan yang kamu bawa ini sangat bernilai dan mahal di negara saya. Berapa lama yang kamu ambil untuk dapatkan ikan ini ?

Nelayan : Sekejap saja.. dalam beberapa jam.

Pelancong : Beberapa jam ? jadi kenapa kamu tidak luangkan masa lebih banyak untuk menangkap lebih banyak ikan ini.

Nelayan : Saya rasa tidak perlu, tangkapan hari ini sudah memadai untuk saya dan keluarga saya hidup.

Pelancong : Jadi apa kamu buat dengan baki masa terluang yang ada ini ?

Nelayan : Biasanya saya akan luangkan masa bercakap dengan isteri, bermain dengan anak-anak saya, bersembang dengan rakan-rakan dan membaca buku.

Pelancong : Owh.. ruginya.. Saya adalah seorang ahli ekonomi dan mempunyai kelulusan dari universiti terkemuka dunia. Saya ada cadangan untuk kamu. Saya cadangkan kamu luangkan masa lebih banyak di laut dan dengan itu awak akan mendapat tangkapan yang banyak.

Nelayan : Apa saya akan buat dengan tangkapan yang banyak itu ?

Pelancong : Biarkan saya habiskan cerita. Selepas mendapat tangkapan yang banyak, awak boleh jual dan buat keuntungan yang banyak. Selepas itu awak boleh beli bot yang lebih besar dan menangkap ikan lebih banyak. Dengan jualan dan keuntungan itu nanti, awak boleh buka pejabat dan Bandar Mexico dan seterusnya di New York untuk mengendalikan perniagaan ini secara besar-besaran.

Nelayan : Berapa lama semua ini akan mengambil masa ?

Pelancong : Dalam 15-20 tahun.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Hahaha.. lepas itu awak akan jadi jutawan dengan duit yang banyak.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Awak masih tak faham. Lepas itu, awak boleh berpindah ke rumah di tepi laut, awak boleh berehat, awak boleh luangkan masa bersama isteri, main dengan anak-anak, lepak dengan rakan-rakan dan membaca buku sebanyak mana yang awak mahu.

Nelayan : Hmm… itulah yang saya lakukan sekarang.

p/s apa pengajaran dari cerita ini.....?


4/12/12

cool-Daripada Hobi Menjadi Perniagaan-ikan laga


KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) -- Suatu ketika dahulu, ikan laga sering digunakan untuk tujuan perjudian, apabila ikan yang kuat dipertaruhkan untuk menang.

Bagaimanapun aktiviti itu pupus kini kerana perjudian adalah dilarang di negara ini dan kini menternak dan membela ikan laga menjadi satu hobi.

Ikan-ikan itu dijadikan ikan hiasan dalam kalangan peminatnya kerana ikan laga mempunyai spesies pelbagai, ekor yang cantik dan berwarna-warni serta mudah dijaga.

Daripada hobi masa lapang, kini minat memelihara ikan laga bertukar kepada perniagaan di pasaran tempatan dan juga luar negara yang membawa pulangan lumayan.

Ikan laga atau nama saintifiknya Betta Splendens termasuk dalam keluarga Anabantidae (Labirynth Fisher). Ia dikatakan berasal dari Sungai Mekong iaitu sekitar perairan Thailand dan Kemboja.

Ia mudah dijaga dan kadar pH air yang sesuai sekitar 6.8 hingga 7.4 serta tidak perlu diletakkan gas oksigen seperti penjagaan ikan kelisa mahupun ikan emas yang sangat manja.

Di Kuala Terengganu, terdapat lebih 20 penternak ikan laga yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetap.

SYEDHASANUL AZHAN menunjukkan ikan laga yang dipamerkan di kedainya di Kuala Terengganu.


Seorang peminat ikan laga Syed Hasanul Azhan Syed Abdullah, 37, kini serius mengusahakan perniagaan ikan laga daripada menternak hinggalah kepada penjualannya sejak 10 tahun lalu di rumah ibu bapanya di Kampung Simpang Tok Ku, Chabang Tiga di sini.

Syed Hasanul yang mesra dengan panggilan Anul berkata segalanya bermula dengan minatnya yang mendalam terhadap perniagaan ikan hiasan terutama ikan laga ataupun dipanggil sebagai 'ikan sekilau' oleh masyarakat setempat.

"Semasa kecil-kecil dahulu, saya bersama rakan-rakan selalu turun ke bendang untuk mencari ikan sekilau kerana selain untuk dilagakan, saya juga suka melihat bentuknya yang cantik dan berwarna-warni.

"Mulanya membela ikan ini hanyalah sekadar hobi namun setelah melihat ikan ini kian diminati ramai untuk dijadikan ikan hiasan, timbul minat menternak dan menjadikan sebagai sumber pendapatan," katanya kepada Bernama.

Antara variasi ikan laga yang diternaknya ialah ekor separa bulan, ekor mahkota, ekor berkembar, ekor selendang dan ekor pendek.

Katanya beberapa jenis ikan laga ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan berikutan bentuk badan dan corak warna yang menarik serta harga yang berpatutan.



PERTANDINGAN IKAN LAGA

Tekad untuk menjadi usahawan ikan laga semakin menebal dalam jiwa Syed Hasanul setelah bertemu dengan seorang peniaga ikan laga dari Singapura dalam satu pertandingan ikan laga di Chendering di sini pada tahun 2002.

"Lelaki itu memberitahu, dia telah terbabit dengan perniagaan ikan laga ini sejak 40 tahun dan sehingga kini perniagaannya masih tetap bertahan malah semakin berkembang," katanya.

Ini mencetuskan idea kepada Syed Hasanul dan mendorong beliau meneliti pasaran ikan laga dan mendapati harga ikan laga di pasaran tidak pernah jatuh sebaliknya semakin mendapat permintaan tinggi dari kalangan peminat ikan hiasan.

Selepas mengikuti kursus jangka pendek anjuran Jabatan Perikanan negeri, dan berbekalkan modal RM5,000, beliau membeli 20 'kerek telaga' (struktur konkrit berbentuk silinder) untuk dijadikan kolam memelihara ikan hiasan di belakang rumah keluarganya.

Ibarat anak kecil yang baru belajar bertatih, percubaan awal beliau memelihara beberapa jenis ikan hiasan seperti ikan Guppy, Swordtail dan Sailfish Molly gagal apabila ikan yang dipelihara diserang kulat dan mati.



TIDAK PATAH SEMANGAT

Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangatnya dan beliau cuba memelihara ikan laga pula, dan daripada sepasang induk ikan, kini Syed Hasanul mempunyai 10,000 ikan laga.

Harga ikan laga bergantung kepada ciri seperti kecantikan ekornya dan warnanya yang menarik. Ia boleh dibeli semurah RM2 hingga yang paling mahal, RM250 seekor.

"Memelihara ikan laga tidak sesukar memelihara ikan lain. Apa yang penting, kita hanya perlu memastikan ikan ini mendapat makanan yang cukup serta tahap alkali (pH air) bersesuaian bagi menggelakkan ikan itu mati," katanya.

Beliau berkata untuk menghasilkan benih ikan, sepasang induk perlu dimasukkan ke dalam kolam air yang bersih.

Bagi mengelakkan ikan itu diserang kulat air, sedikit garam dan daun ketapang perlu diletakkan untuk mengimbangkan air dan membunuh bakteria sebagai anti fungus.

Katanya sepasang induk ikan laga dikatakan mampu menghasilkan antara 300 hingga 400 anak ikan dalam sesuatu masa.



IKAN LAGA JANTAN

"Ketika anak-anak ikan itu mencecah usia sebulan lebih dalam takungan, ikan-ikan laga jantan yang mempunyai ekor yang lebih panjang dan lebih cantik berbanding ikan betina, perlu diasingkan untuk mengelakkan mereka daripada berlaga sesama sendiri," katanya.

Namun yang uniknya, ikan betina yang mempunyai ekor lebih pendek, tidak pula perlu diasingkan kerana ikan-ikan betina dikatakan mampu hidup harmoni.

Dalam proses pembesaran ikan laga, kata Syed Hasanul, ikan-ikan itu diberi makan jentik-jentik, cacing merah dan plankton. Apabila mencecah dua bulan setengah, ikan-ikan laga itu sudah boleh dijual.



HASIL PENDAPATAN DAN PERANCANGAN

Menurutnya beliau memperoleh pendapatan lebih RM2,500 sebulan hasil jualan ikan laga di pasar malam dan pasar tani sekitar negeri ini.

Syed Hasanul berkata kebiasaannya beliau akan membawa antara 30 hingga 40 ekor ikan laga itu ke tempat niaganya untuk dipamerkan. Kini beliau mengorak langkah mengembangkan pernigaannya dengan mengeksport ikan itu ke luar Terengganu.

"Saya kebiasaannya menjual lebih kurang 20 ekor ikan laga setiap kali berniaga di pasar malam. Setakat ini sambutan yang diberikan terhadap ikan laga memang menggalakkan," kata beliau.

Bapa kepada seorang cahaya mata ini, menghantar bekalan ikan kepada seorang pemborong di Sabak Bernam, Selangor sejak tiga tahun lepas.

"Sebanyak empat ratus ekor ikan dihantar setiap minggu menggunakan khidmat kurier. Daripada tambahan itu saya meraih pendapatan melebihi RM2,500 sebulan," katanya.

Bagi perancangan jangka masa panjang, beliau mahu mengembangkan lagi projek membela ikan laga ini untuk pasaran luar negara.
- BERNAMA

4/1/12

hot-Import Emas India Naik 14 Peratus

NEW DELHI,- India, pengimport emas terbesar di dunia, menyaksikan pengimportan komoditi itu melonjak 14 peratus kepada 969.3 tan metrik bagi tahun fiskal berakhir 31 Mac, 2011.

Pengimportan emas dicatatkan 851 tan metrik pada tahun fiskal 2009/10, kata Menteri Negara bagi Kewangan Namo Narain Meena yang dipetik sebagai berkata oleh The Asian Age hari ini.

Beliau berkata demikian di dalam jawapan bertulis kepada Lok Sabha - Dewan Rendah Parlimen India.

Di segi nilai, pengimportan emas melonjak 36 peratus kepada Rs1,847.28 bilion (kira-kira RM110 bilion) pada 2010/11 daripada Rs1,358.77 bilion (kira-kira RM80 bilion) pada tahun kewangan sebelumnya.

-- BERNAMA

3/28/12

hot-harga getah RISDA

 untuk ketahui harga getah semasa atau sebelumya sila rujuk sini

11/11/11

COOL-TENNIS ON A HELIPAD


The most memorable points Andre Agassi and Roger Federer ever played against one another didn't come at Wimbledon, the U.S. Open or any other Grand Slam. None of that compared to the sight of the two tennis superstars trading ground strokes 700 feet above Dubai's Jumeirah beach in a February 2005 exhibition on the helipad on the roof of the seven-star Burj Al Arab hotel.

see more the Carrier Classic in top 10.

10/13/11

COOL-Youngest Of The Forbes 400


Dustin Moskovitz

27-year-old Dustin Moskovitz, co-founder of Facebook, is the world's youngest billionaire. Net worth: $3.5 billion.
source forbes

9/30/11

HOT-Sudan's largest gold mining operation




REFILE - CORRECTING DATE A general view of a quarry at a gold mining area at Ariab September 28, 2011. Sudan's largest single gold mining operation is run by Ariab, a partnership between Sudan's government and Canada's La Mancha, in east Sudan's Red Sea state. Sudan plans to more than double its gold output in two years partly to help make up for a possible fall in oil revenues if its crude-producing south chooses to secede in a looming referendum, the minerals minister said early this month.

source mynews

9/27/11

hot-Gold Could Fall to $1,100: Faber

The price of gold, which has fallen in recent weeks as part of a broader market sell-off, has even further to fall, Marc Faber, author of the Gloom Boom, and Doom Report, told CNBC Monday."We overshot on the upside when we went over $1,900," said the fund manager, who has 25 percent of his portfolio in gold [XAU= 1630.1899 3.34 (+0.21%) ].

"We're now close to bottoming at $1,500, and if that doesn't hold it could bottom to between $1,100-$1,200."

Faber, who said that the recent sell-off had come about following nervousness about industrial metals, added that a 40 percent correction wouldn't surprise him.

US gold suffered its biggest daily drop in more than five years on Friday.

Recent falls in the gold price came after a sustained rally which saw some predict that prices would hit $2,000 or even higher.

While he is bearish in the long-term, he forecast a rebound in markets in the short term.

"Both equity markets and gold markets have become very oversold, and I think a rebound is occurring," he said.

"Following this rebound, which I expect to get underway this week, there will be a longer slowdown."

John Woods, Chief Investment Officer at Citi Private Bank, told CNBC Monday that he believes gold will fall to around $1,400 before continuing its long-term rise.

"It was massively over-bought in the last couple of weeks and now it will get over-sold," he said.

"I don't think the long-term trend is broken." The markets started off Monday in jittery mode after the failure of the weekend's International Monetary Fund (IMF) meeting to announce any new action on the euro zone debt crisis.

Faber predicted a short-term rebound when he spoke to CNBC at the start of August . Since then, the S&P 500 [.SPX 1162.95 26.52 (+2.33%) ] has fallen by 50 points.

While the spotlight has been on Greece and the euro zone in recent weeks, Faber believes that the sell-off is actually being prompted by a slowdown in China.

"Asian markets are weak, Asian currencies are weak and economically sensitive stocks are weak because there's a more meaningful slowdown in China," he said.

"You have a capital goods level where capital spending increases dramatically and companies keep spending to a high level, but because of the acceleration, it can lead to recession simply by the economy growing at a steady rate, and I think we are at this point in China."

Some observers have warned that the true scale of China's debt is much larger than official statistics suggest, as much is held at the local government level after a huge stimulus following the post-Lehman slowdown.

However, Faber said that long-term investors who "believe in the Asian economic growth story" should not be spooked.

"In China at least deficits and government intervention is leading to infrastructure spending. There are overcapacities but ultimately these will be used," he said.

Faber also maintained that "it would be a huge disaster if banks weren't able to speculate," after the resignation of UBS chief executive Oswald Gruebel Saturday following the much-publicized failure of internal controls to halt a $2.3 billion loss, apparently from one rogue trader.
source cnbc

9/25/11

cool Beli Kereta Dengan Wang Syiling

Di Bandar Xinjuang di provinsi Shaanxi,seorang lelaki datang ke sebuah kedai kereta untuk membeli sebuah kereta jenama Chery. Masalahnya beliau membawa 60,000 yuan (RM 28 000) dalam bentuk duit syiling. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Wang membawa beribu-ribu keping wang syiling didalam guni tepung. Kenapa guni tepung? Kerana beliau seorang penjual tepung secara. Wang syiling yang dibawanya ialah wang penjualan tepung dikedai beliau setiap hari.. Secara keseluruhan berat duit yang dibawa beliau ialah 300 KG! Wang yang dibawa adalah terdiri dari syiling 1 Yuan, 50 sen dan 10 sen. Syiling yang berguni-guni itu kemudian terpaksa dibawa ke sebuah bank untuk dikira. Malang bagi Wang, hanya sebuah bank menerima wang beliau untuk dikira itupun mereka hanya bersetuju mengira hingga 15 000 dahulu.

.