Pages

3/27/12

hot-Keluarga pengurus bank dirompak RM200,000

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata dalam kejadian pukul 5 pagi itu, kumpulan perompak itu mengikat dua pengawal keselamatan warga negara Nepal sebelum mengumpil salah satu daripada tingkap dan menyelinap masuk ke dalam rumah itu.

Katanya perompak yang memakai topeng itu kemudian mengikat isteri dan tiga anaknya sebelum menggeledah rumah itu.

Bagaimanapun, katanya, ketika kejadian, pengurus bank berkenaan tidak berada di rumah kerana mempunyai urusan rasmi di Sabah.

Zahedi berkata kumpulan perompak itu kemudian melarikan barang kemas, wang tunai, mata wang asing dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM200,000.

Katanya sehingga ini tiada tangkapan dibuat namum polis telah menyoal siasatan kedua-dua pengawal keselamatan itu untuk membantu dalam siasatan.- Bernama

No comments:

Post a Comment

.