Pages

3/22/12

hot-Mesin ATM UM dirompak lagi

SHAH ALAM - Sebuah mesin ATM di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) dipotong dengan peralatan mengimpal sebelum wang tunai dianggarkan RM280,000, dilarikan penjenayah dalam kejadian awal pagi tadi.
Kejadian itu hanya disedari pengawal keselamatan yang melakukan rondaan, kira-kira jam 4 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pengawal keselamatan itu menghubungi polis selepas mendapati satu daripada tiga pintu besi ATM dipecahkan.
“Pemeriksaan forensik mendapati pintu ATM yang menempatkan kotak wang dipotong dengan menggunakan alat pemotong gas seperti peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja mengimpal.
“Kita percaya kejadian ini berlaku antara jam 12 tengah malam dan 4 pagi sebelum disedari empat jam kemudian,” katanya, semalam.
Katanya, tiada rakaman kamera litar tertutup di kawasan tersebut dan pihaknya sedang mengesan cap jari bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kejadian ini.
“Orang ramai terutamanya pelajar yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu merupakan kali kedua berlaku dalam tempoh tiga tahun.
-sinarharian

No comments:

Post a Comment

.