Pages

3/28/12

hot-Pelajar, guru disimbah asid

KUALA LUMPUR 27 Mac - Seorang pelajar perempuan dan seorang guru wanita cedera selepas kedua-duanya disimbah cecair dipercayai asid ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah di perhentian bas Batu 17, Rawang, dekat sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Nuraqilah Osman, 14, dan S. Rani, 46, difahamkan dihampiri dua lelaki tidak dikenali tanpa menaiki apa-apa kenderaan.
Kedua-dua suspek kemudiannya dipercayai meragut seutas rantai emas guru sekolah tersebut sebelum menyimbah cecair berkenaan ke arah mangsa serta pelajar itu lalu melarikan diri.
Difahamkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Selayang.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, pelajar itu melecur di bahagian belakang badan dan menerima rawatan pesakit luar di pusat perubatan berkenaan.
-utusan

No comments:

Post a Comment

.