Pages

11/15/11

HOTnCOOL-NUTP gesa Putrajaya batal projek rintis, jangan paksa guru kerja 9 jam


KUALA LUMPUR, 13 Nov — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik.

Selain itu, NUTP juga mendakwa dasar baru tersebut tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan kebanyakan sekolah kurang kemudahan selesa dan kondusif bagi guru.

Projek perintis itu akan dilaksanakan di empat negeri melibatkan sekitar 5,000 guru sekolah rendah dan menengah kerajaan mulai 1 Januari depan.

Presiden NUTP Hashim Adnan berkata, pihaknya pasti bahawa kajian perintis itu tidak akan membawa hasil positif jika mengambil kira kemudahan semasa di kebanyakan dan beban kerja setiap guru buat masa sekarang.

“Kita tahu bahawa kajian perintis ini tidak akan membawa keputusan positif yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran... jadi mengapa kita hendak membuang masa dan wang rakyat.

“Lagipun guru tidak perlu diwajibkan kerja sembilan jam seperti perkhidmatan lain, sebagaimana dikatakan oleh menteri (hari ini), guru-guru perlu cukup istirahat dan mereka sebenarnya kerja lebih daripada sembilan jam... misalnya kita ambil kira seorang cikgu yang meninggal dunia bersama dua anak muridnya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, dengan merujuk kepada tragedi empat orang meninggal dunia dalam nahas lebuh raya dekat Behrang awal pagi kelmarin.

Kata Hashim, besar kemungkinan guru-guru tidak akan berminat dengan dasar baru kerja sembilan jam, dan oleh itu “mengapa kerajaan hendak meneruskan kajian perintis ini?”


Hashim menjelaskan, Kementerian Pelajaran hendak menjalankan kajian perintis sebelum mewajikan kaum guru berkhidmat selama sembilan jam sehari seperti kakitangan awam yang lain.

“Langkah ini bertujuan menjadikan perkhidmatan pendidikan seperti perkhidmatan lain di negara ini. NUTP merasakan langkah ini tidak sesuai, tidak kena tempat memandangkan sifat perkhidmatan itu sendiri berbeza daripada sektor perkhidmatan awam yang lain,” kata beliau.

Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang.

Semalam, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong menasihatkan para guru agar tidak “panik” dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari 2012 di empat negeri — Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenal pasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan.

PAS, komponen Pakatan Rakyat hari ini turut menggesa Kementerian Pelajaran mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang akan dilaksanakan di empat negeri mulai Januari ini.

Ahli jawatankuasa kerja PAS Idris Ahmad berkata, tindakan itu tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

“Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja pembelajaran dan pengajaran.

“Malahan guru sudah menjadi tenaga kerja pelbagai tujuan kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu ambulans jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah,” kata beliau.

Hashim menambah, berkata pihaknya belum menjalankan kajian ke atas projek perintis itu tetapi pihaknya telah menerima maklum balas awal daripada guru-guru membantah langkah itu.

“Tanda-tanda awal ini menunjukan projek ini tidak akan berjaya, jadi batalkan sahaja projek perintis... buang masa kalau kita buat kajian ini,” kata beliau yang turut berharap Jabatan Perkhidmatan Awam akan meneliti perkara ini khususnya dari sudut kemudahan dan keselesaan tempat kerja.

“Kalau kita hendak duduk di pejabat selama sembilan jam sehari, kita kena ada kemudahan yang selesa. Kakitangan di agensi lain ada meja, persekitaran yang selesa, tetapi di kebanyakan sekolah tidak, ini kena diperbaiki dulu... tak perlu buat kajian lagi,” tambah Hashim.


reaksi pro and cont...

emm.. aku cikgu... bg aku x masalah kalau kerja 9 jam. selama ni pon aku keje lebih 9 jam. citernya gini masuk keje dalam lingkungan 6.20am - pulang jam 4.00pm (boleh check rekod dalam SPS - sekolah bestari). sampai rumah selepas urus diri dan anak-anak serta isteri, aku semak keje budak-budak skolah, pastu buat RPH utk persediaan esoknya. Sejak beberapa tahun ni mcm2 KPM usahakan untuk menambah tugas aku. antaranya yang terbaru SAPS. selain itu aku kena urus ko kurikulum, jadi guru kelas, buat laporan tahunan, rekod kehadiran murid, urus SPBT, kwapm, biasiswa, resit bayaran yuran sekolah murid, daftar spm, kelas kecemerlangan, motivasi, laporan mingguan, urus perhimpunan, urus murid tak patuhi disiplin dan lain2. Belum masuk senarai EMIS, SMM, SSDM, mesyuarat itu ini... termasuk program badan2 kerajaan yang menyibuk kat sekolah. baru2 tu ada penyerahan komputer 1Malaysia, aku urus dengan mudahnya. ada murid dan ibu bapa yang tak reti isi borang aku tolong isikan, ada yg terlupa salinan MyKad aku call ibu bapa mintak hantar, tp diorang kata sibuk jadi aku ke rumah mereka bersama anaknya utk ambil copy Mykad. alangkah sibuknya mereka di rumah ketika aku sampai. kadang2 murid sakit kat asrama aku kena hantar ke sepital PAKAI DUIT GAJI AKU BELI MINYAK GUNA KERETA AKU SENDIRI DAN TAK ADA BAYARAN GANTI ATAU CLAIM. jadi soal kerja 9 jam bukan masalahnya kerana selama ini aku kerja 14 - 18 jam sehari. yang perlu difikirkan ialah murid sekolah yang akan belajar selama 9 jam itu. bagaimana persediaan mental mereka? adakah mereka cukup bersedia atau akan mewujudkan masalah lain pula. sebelum ini sudah ada perlaksanaan persekolahan sehingga jam 3.00, apa kesudahannya??? LINGKUP!!! ibu bapa komplen anak tak dapat ke sekolah agama, anak kelaparan sehingga ke petang, bawa bekalan makanan basi, sampai kat sekolah makanan dah sejuk, apabila dimakan sakit perut pulak, nak makan kat kantin tak cukup duit sebab ekonomi keluarga tak stabil. duit tambang pun dah mencapai rm 3.00. klu makan lagi lbh kurang rm 5.00. zaman ini mana ada barang yang murah... tunggulah dan lihatlah. tak akan kemana jua.

satu lagi keputusan adhoc!!!how stupid are they?look,guru bekerja dgn lingkungan manusia yang sedang membesar,semua perlu diarah dan di tunjuk ajar,terpekik terjerit biasalah,blm tgh hari tekak dah perit,suara dah parau,mmg kerja guru nampak sgt senang,penatnya hanya tuhan yang tahu...as a parent we know how difficult to manage our kids right?so bayangkanlah...(but no problem,teacher will absorb everythings,dont worry!!!)

Guru2 ni dah banyak lemak. Dah banyak keistemewaan.....kerja 9 jam pun dah dianggap beban. Saya cakap ni berdasarkan REALITI.... Jiran saya ada 3 orang guru dan mereka ni sempat pergi berkebun dan menoreh getah. Jadi dimanakah letaknya dikatakan guru ni banyak kerja ? Pegawai awam yang lain juga kerja 9 jam dan ada yang membawa balik kerja dirumah, tak bising pun... Ini guru2 kerja lebih sikit pun dah bising !!! Jiran saya balik dari mengajar pukul 3.00ptg sempat pergi kebun lagi...waktu cuti Sabtu/Ahad pergi memancing.... Guru ni bukan setiap masa mengajar dari pukul 7.30pagi hingga 4.30 petang....Bohong lah....

trauma cikgu2 ni kan.. maklumla slama ni keje half day je... (sarcastic)
ni pluang utk naik gaji n greding.. klu x asyik nak minta naik gaji tp keje x sberapa x bolela...
lgpun stakat jaga bdk2 je,,, bkn jg hal-ehwal negara atau konglomerat....

source mynews.yahoo

No comments:

Post a Comment

.