Pages

10/23/12

cool-Blog niaga suri rumah

Menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga.
ANTARA blog-blog niaga yang dihasilkan oleh suri rumah ini.



TANGGUNGJAWAB sebagai seorang isteri dan ibu memerlukan kebijaksanaan dalam pembahagian masa dan komitmen, terutamanya bagi golongan yang bekerja.
Jika dahulu, ibu yang tidak bekerja digelar suri rumah sepenuh masa dan lazimnya bergantung pada sumber kewangan suami. Tetapi kini, menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga. Terima kasih kepada dunia Internet yang penuh dengan 1001 peluang untuk menambah pendapatan.
Bagi Sabariah Mohd Norahim, 31, meninggalkan profesion sebagai jurutera rangkaian komputer di sebuah syarikat multinasional terkemuka di tanah air bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat.
Namun keutamaan terhadap keluarga dan keinginan untuk melihat anak membesar di hadapan mata sendiri membuatkan Sabariah tekad meninggalkan dunia pekerjaan itu.
"Sebelum saya buat keputusan untuk berhenti kerja, pelbagai kajian telah saya jalankan tentang wanita yang bekerja dari rumah. Ini termasuklah produk-produk dan perkhidmatan yang lazim ditawarkan dan cara mereka menjalankan perniagaan," jelas Sabariah.
Menggunakan perkhidmatan blog percuma daripada Blogspot.com sebagai platform perniagaan, Sabariah mula membangunkan blog niaga itu sejak Januari 2008 secara sambilan ketika masih lagi bekerja. Blog yang diberi nama Pikoshop ini boleh diakses melalui http://pikoshop.blogspot.com.
Antara produk yang ditawarkan adalah tudung De Zahra dan produk penjagaan badan Victoria Secret. Jelas Sabariah lagi, menjelang musim perayaan, permintaan terhadap produk jualannya meningkat berbanding dengan hari-hari biasa.
Selain itu katanya, permintaan turut bertambah pada musim cuti sekolah kerana ramai yang mahukan produk itu untuk dijadikan hantaran perkahwinan.



Seorang lagi ibu, Salha Md. Zain, 28, turut menjalankan perniagaan secara dalam talian dari rumah. Blog niaga miliknya, Salhazain.com telah beroperasi sejak tahun lalu. Dibangunkan hasil bantuan suaminya yang bertugas di sebuah agensi kerajaan, Salhazain.com menggunakan WordPress sebagai enjin blognya.
Produk utama yang ditawarkan ialah korset wanita keluaran Hai-O Marketing. Blog niaga itu turut menawarkan aneka kuih raya bersempena ketibaan Syawal tidak berapa lama lagi. Namun, bukan hanya pada Hari Raya Aidilfitri, kuih raya Salha turut mendapat permintaan sewaktu perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baru Cina dan Deepavali.
Jualan kuih raya menerusi Salhazain.com itu secara tidak langsung membantu ibunya yang sudah lebih 20 tahun berniaga kuih raya di Johor Bahru.
Menggunakan kaedah Online Banking sebagai kaedah pembayaran, Salha berpendapat kaedah itu sebenarnya memerlukan kredibiliti penjual, selain kepercayaan antara kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.
Menurut Salha lagi, pendapatan hasil jualan kuih rayanya boleh mencecah sehingga RM4,000 sebulan berdasarkan jualan tahun lalu. Jualan korsetnya pula mampu mencecah sehingga RM7,000.
Wan Rohani Wan Ismail, 30, berkongsi sebab yang sama dengan Sabariah kenapa dia bekerja dari rumah secara sepenuh masa. Sebenarnya, dia pernah bertugas sebagai pegawai teknologi maklumat di salah sebuah badan berkanun dan pernah menjadi jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi.
"Anak-anak menjadi punca utama mengapa saya tekad untuk berhenti kerja sebagai jurutera pada April 2008 dan memulakan karier sendiri sebagai perunding insurans Takaful.
"Saya berjinak-jinak dengan perniagaan online sekadar untuk memenuhi masa terluang ketika berada di rumah. Akhirnya ia bertukar menjadi serius apabila saya mendapat permintaan daripada pelanggan. Pendapatannya juga agak memberangsangkan," ujarnya.

WAN ROHANI menunjukkan pakaian kanak-kanak yang ditawarkan di blog niaganya.



Blog niaga itu dibangunkan secara rasmi pada tahun 2009 semasa dia sedang sarat mengandung anak ketiga. Pada ketika itu, Wan Rohani banyak menghabiskan masa di rumah. Dia kemudiannya terfikir untuk meraih pendapatan sampingan, selain menjadi perunding insurans Takaful.
Blog milik Wan Rohani yang beralamat di http://comellotecollection.blogspot.com/ itu menawarkan pelbagai jenis pakaian kanak-kanak termasuk kasut.
Sungguhpun masih baru dalam dunia perniagaan Internet, dia mampu meraih lebih RM1,000 sebulan.
Bagi pemilik blog niaga Dechaqner, Liyana Zainal, 28, biarpun perniagaan itu baru dibangunkan beberapa bulan yang lalu secara sambilan, ia terbukti mampu menjana pendapatan tambahan. Menjadikan coklat sebagai produk jualan utama, Liyana mengusahakan pembuatan coklat itu bersendirian.
-kosmo
,
Blog niaga suri rumah Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN rencana@kosmo.com.my Menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga. ANTARA blog-blog niaga yang dihasilkan oleh suri rumah ini. TANGGUNGJAWAB sebagai seorang isteri dan ibu memerlukan kebijaksanaan dalam pembahagian masa dan komitmen, terutamanya bagi golongan yang bekerja. Jika dahulu, ibu yang tidak bekerja digelar suri rumah sepenuh masa dan lazimnya bergantung pada sumber kewangan suami. Tetapi kini, menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga. Terima kasih kepada dunia Internet yang penuh dengan 1001 peluang untuk menambah pendapatan. Bagi Sabariah Mohd Norahim, 31, meninggalkan profesion sebagai jurutera rangkaian komputer di sebuah syarikat multinasional terkemuka di tanah air bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat. Namun keutamaan terhadap keluarga dan keinginan untuk melihat anak membesar di hadapan mata sendiri membuatkan Sabariah tekad meninggalkan dunia pekerjaan itu. "Sebelum saya buat keputusan untuk berhenti kerja, pelbagai kajian telah saya jalankan tentang wanita yang bekerja dari rumah. Ini termasuklah produk-produk dan perkhidmatan yang lazim ditawarkan dan cara mereka menjalankan perniagaan," jelas Sabariah. Menggunakan perkhidmatan blog percuma daripada Blogspot.com sebagai platform perniagaan, Sabariah mula membangunkan blog niaga itu sejak Januari 2008 secara sambilan ketika masih lagi bekerja. Blog yang diberi nama Pikoshop ini boleh diakses melalui http://pikoshop.blogspot.com. Antara produk yang ditawarkan adalah tudung De Zahra dan produk penjagaan badan Victoria Secret. Jelas Sabariah lagi, menjelang musim perayaan, permintaan terhadap produk jualannya meningkat berbanding dengan hari-hari biasa. Selain itu katanya, permintaan turut bertambah pada musim cuti sekolah kerana ramai yang mahukan produk itu untuk dijadikan hantaran perkahwinan. Seorang lagi ibu, Salha Md. Zain, 28, turut menjalankan perniagaan secara dalam talian dari rumah. Blog niaga miliknya, Salhazain.com telah beroperasi sejak tahun lalu. Dibangunkan hasil bantuan suaminya yang bertugas di sebuah agensi kerajaan, Salhazain.com menggunakan WordPress sebagai enjin blognya. Produk utama yang ditawarkan ialah korset wanita keluaran Hai-O Marketing. Blog niaga itu turut menawarkan aneka kuih raya bersempena ketibaan Syawal tidak berapa lama lagi. Namun, bukan hanya pada Hari Raya Aidilfitri, kuih raya Salha turut mendapat permintaan sewaktu perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Jualan kuih raya menerusi Salhazain.com itu secara tidak langsung membantu ibunya yang sudah lebih 20 tahun berniaga kuih raya di Johor Bahru. Menggunakan kaedah Online Banking sebagai kaedah pembayaran, Salha berpendapat kaedah itu sebenarnya memerlukan kredibiliti penjual, selain kepercayaan antara kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Menurut Salha lagi, pendapatan hasil jualan kuih rayanya boleh mencecah sehingga RM4,000 sebulan berdasarkan jualan tahun lalu. Jualan korsetnya pula mampu mencecah sehingga RM7,000. Wan Rohani Wan Ismail, 30, berkongsi sebab yang sama dengan Sabariah kenapa dia bekerja dari rumah secara sepenuh masa. Sebenarnya, dia pernah bertugas sebagai pegawai teknologi maklumat di salah sebuah badan berkanun dan pernah menjadi jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi. "Anak-anak menjadi punca utama mengapa saya tekad untuk berhenti kerja sebagai jurutera pada April 2008 dan memulakan karier sendiri sebagai perunding insurans Takaful. "Saya berjinak-jinak dengan perniagaan online sekadar untuk memenuhi masa terluang ketika berada di rumah. Akhirnya ia bertukar menjadi serius apabila saya mendapat permintaan daripada pelanggan. Pendapatannya juga agak memberangsangkan," ujarnya. WAN ROHANI menunjukkan pakaian kanak-kanak yang ditawarkan di blog niaganya. Blog niaga itu dibangunkan secara rasmi pada tahun 2009 semasa dia sedang sarat mengandung anak ketiga. Pada ketika itu, Wan Rohani banyak menghabiskan masa di rumah. Dia kemudiannya terfikir untuk meraih pendapatan sampingan, selain menjadi perunding insurans Takaful. Blog milik Wan Rohani yang beralamat di http://comellotecollection.blogspot.com/ itu menawarkan pelbagai jenis pakaian kanak-kanak termasuk kasut. Sungguhpun masih baru dalam dunia perniagaan Internet, dia mampu meraih lebih RM1,000 sebulan. Bagi pemilik blog niaga Dechaqner, Liyana Zainal, 28, biarpun perniagaan itu baru dibangunkan beberapa bulan yang lalu secara sambilan, ia terbukti mampu menjana pendapatan tambahan. Menjadikan coklat sebagai produk jualan utama, Liyana mengusahakan pembuatan coklat itu bersendirian.

No comments:

Post a Comment

.