Pages

4/18/12

cool-Ulang kaji dengan uniCLIQ



KANAK-KANAK lebih gemar belajar dengan cara yang interaktif untuk mengelakkan kebosanan.


SELEPAS menjalani kelas pembelajaran selama lebih kurang enam jam di sekolah, pasti ramai para pelajar berasa jemu apabila dipaksa ibu bapa untuk menghadiri kelas tambahan di luar waktu sekolah.
Bagaimanapun, jika cara pengajaran atau ulang kaji lebih interaktif disediakan untuk anak-anak, tidak mustahil ia mampu melonjakkan minat mereka.

Atas inisiatif tersebut sebuah portal pembelajaran interaktif telah dibangun dan dilancarkan baru-baru ini yang dikenali sebagai uniCLIQ.

Sebuah laman web yang boleh diakses di mana-mana sahaja dengan alamat www.unicliq.com, sukatan bahannya adalah mengikut kurikulum kebangsaan dan mendapat perakuan Kementerian Pelajaran Malaysia.
UniCLIQ menawarkan teknik e-pembelajaran untuk subjek-subjek teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Mata pelajaran elektif yang ditawarkan pula ialah Matematik tambahan, Biologi, Seni Visual dan Pendidikan Islam.

Modul-modul pelajaran boleh didapati pada harga serendah RM20 sebulan bagi satu mata pelajaran, manakala langganan untuk tempoh tiga dan enam bulan, para pelayar boleh mendapat penjimatan.
Menggunakan tagline, Portal pembelajaran luar waktu sekolah, kandungannya dibangunkan secara interaktif dengan menggunakan teknik pengajaran multimedia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif uniCLIQ Sdn. Bhd., Apandi Dollah, kelebihan utama uniCLIQ berbanding pesaing mereka adalah dengan memberi tumpuan terhadap pembelajaran untuk pengetahuan dan bukan semata-mata bagi lulus peperiksaan.

"Dengan pembelajaran dan pemahaman dalam mata pelajaran melalui modul yang menepati tahap pendidikan, pencapaian akademik pelajar akan tercapai dengan sendirinya.

"Kami telah terlibat dalam peniagaan pendidikan selama 13 tahun dan mutu pendidikan kami sudah jelas terbukti," kata Apandi memberi jaminan.

Pada majlis perasmian uniCLIQ, pihaknya turut melantik penyanyi remaja, Najwa Latif sebagai duta rasmi laman web tersebut.

Pemilihan Najwa adalah berdasarkan personalitinya yang dilihat sebagai ikon bagi generasi muda selain mempunyai ramai pengikut dalam Internet.

Tambah Apandi, selain itu Najwa merupakan seorang pelajar yang cemerlang, berkeperibadian baik dan boleh menjadi contoh kepada para pelajar.

Dalam majlis itu juga, Apandi yakin laman web e-pembelajaran terbaharu itu mampu menarik ramai pelayar Internet dengan meletakkan sasaran seramai 50,000 pelanggan dalam tempoh 12 bulan lagi.
-kosmo

No comments:

Post a Comment

.