KUALA TERENGGANU, 10 April (Bernama) -- Suatu ketika dahulu, ikan laga
sering digunakan untuk tujuan perjudian, apabila ikan yang kuat
dipertaruhkan untuk menang.
Bagaimanapun aktiviti itu pupus kini kerana perjudian adalah dilarang di negara ini dan kini menternak dan membela ikan laga menjadi satu hobi.
Ikan-ikan itu dijadikan ikan hiasan dalam kalangan peminatnya kerana ikan laga mempunyai spesies pelbagai, ekor yang cantik dan berwarna-warni serta mudah dijaga.
Daripada hobi masa lapang, kini minat memelihara ikan laga bertukar kepada perniagaan di pasaran tempatan dan juga luar negara yang membawa pulangan lumayan.
Ikan laga atau nama saintifiknya Betta Splendens termasuk dalam keluarga Anabantidae (Labirynth Fisher). Ia dikatakan berasal dari Sungai Mekong iaitu sekitar perairan Thailand dan Kemboja.
Ia mudah dijaga dan kadar pH air yang sesuai sekitar 6.8 hingga 7.4 serta tidak perlu diletakkan gas oksigen seperti penjagaan ikan kelisa mahupun ikan emas yang sangat manja.
Di Kuala Terengganu, terdapat lebih 20 penternak ikan laga yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetap.
Seorang peminat ikan laga Syed Hasanul Azhan Syed Abdullah, 37, kini
serius mengusahakan perniagaan ikan laga daripada menternak hinggalah
kepada penjualannya sejak 10 tahun lalu di rumah ibu bapanya di Kampung
Simpang Tok Ku, Chabang Tiga di sini.
Syed Hasanul yang mesra dengan panggilan Anul berkata segalanya bermula dengan minatnya yang mendalam terhadap perniagaan ikan hiasan terutama ikan laga ataupun dipanggil sebagai 'ikan sekilau' oleh masyarakat setempat.
"Semasa kecil-kecil dahulu, saya bersama rakan-rakan selalu turun ke bendang untuk mencari ikan sekilau kerana selain untuk dilagakan, saya juga suka melihat bentuknya yang cantik dan berwarna-warni.
"Mulanya membela ikan ini hanyalah sekadar hobi namun setelah melihat ikan ini kian diminati ramai untuk dijadikan ikan hiasan, timbul minat menternak dan menjadikan sebagai sumber pendapatan," katanya kepada Bernama.
Antara variasi ikan laga yang diternaknya ialah ekor separa bulan, ekor mahkota, ekor berkembar, ekor selendang dan ekor pendek.
Katanya beberapa jenis ikan laga ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan berikutan bentuk badan dan corak warna yang menarik serta harga yang berpatutan.
PERTANDINGAN IKAN LAGA
Tekad untuk menjadi usahawan ikan laga semakin menebal dalam jiwa Syed Hasanul setelah bertemu dengan seorang peniaga ikan laga dari Singapura dalam satu pertandingan ikan laga di Chendering di sini pada tahun 2002.
"Lelaki itu memberitahu, dia telah terbabit dengan perniagaan ikan laga ini sejak 40 tahun dan sehingga kini perniagaannya masih tetap bertahan malah semakin berkembang," katanya.
Ini mencetuskan idea kepada Syed Hasanul dan mendorong beliau meneliti pasaran ikan laga dan mendapati harga ikan laga di pasaran tidak pernah jatuh sebaliknya semakin mendapat permintaan tinggi dari kalangan peminat ikan hiasan.
Selepas mengikuti kursus jangka pendek anjuran Jabatan Perikanan negeri, dan berbekalkan modal RM5,000, beliau membeli 20 'kerek telaga' (struktur konkrit berbentuk silinder) untuk dijadikan kolam memelihara ikan hiasan di belakang rumah keluarganya.
Ibarat anak kecil yang baru belajar bertatih, percubaan awal beliau memelihara beberapa jenis ikan hiasan seperti ikan Guppy, Swordtail dan Sailfish Molly gagal apabila ikan yang dipelihara diserang kulat dan mati.
TIDAK PATAH SEMANGAT
Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangatnya dan beliau cuba memelihara ikan laga pula, dan daripada sepasang induk ikan, kini Syed Hasanul mempunyai 10,000 ikan laga.
Harga ikan laga bergantung kepada ciri seperti kecantikan ekornya dan warnanya yang menarik. Ia boleh dibeli semurah RM2 hingga yang paling mahal, RM250 seekor.
"Memelihara ikan laga tidak sesukar memelihara ikan lain. Apa yang penting, kita hanya perlu memastikan ikan ini mendapat makanan yang cukup serta tahap alkali (pH air) bersesuaian bagi menggelakkan ikan itu mati," katanya.
Beliau berkata untuk menghasilkan benih ikan, sepasang induk perlu dimasukkan ke dalam kolam air yang bersih.
Bagi mengelakkan ikan itu diserang kulat air, sedikit garam dan daun ketapang perlu diletakkan untuk mengimbangkan air dan membunuh bakteria sebagai anti fungus.
Katanya sepasang induk ikan laga dikatakan mampu menghasilkan antara 300 hingga 400 anak ikan dalam sesuatu masa.
IKAN LAGA JANTAN
"Ketika anak-anak ikan itu mencecah usia sebulan lebih dalam takungan, ikan-ikan laga jantan yang mempunyai ekor yang lebih panjang dan lebih cantik berbanding ikan betina, perlu diasingkan untuk mengelakkan mereka daripada berlaga sesama sendiri," katanya.
Namun yang uniknya, ikan betina yang mempunyai ekor lebih pendek, tidak pula perlu diasingkan kerana ikan-ikan betina dikatakan mampu hidup harmoni.
Dalam proses pembesaran ikan laga, kata Syed Hasanul, ikan-ikan itu diberi makan jentik-jentik, cacing merah dan plankton. Apabila mencecah dua bulan setengah, ikan-ikan laga itu sudah boleh dijual.
HASIL PENDAPATAN DAN PERANCANGAN
Menurutnya beliau memperoleh pendapatan lebih RM2,500 sebulan hasil jualan ikan laga di pasar malam dan pasar tani sekitar negeri ini.
Syed Hasanul berkata kebiasaannya beliau akan membawa antara 30 hingga 40 ekor ikan laga itu ke tempat niaganya untuk dipamerkan. Kini beliau mengorak langkah mengembangkan pernigaannya dengan mengeksport ikan itu ke luar Terengganu.
"Saya kebiasaannya menjual lebih kurang 20 ekor ikan laga setiap kali berniaga di pasar malam. Setakat ini sambutan yang diberikan terhadap ikan laga memang menggalakkan," kata beliau.
Bapa kepada seorang cahaya mata ini, menghantar bekalan ikan kepada seorang pemborong di Sabak Bernam, Selangor sejak tiga tahun lepas.
"Sebanyak empat ratus ekor ikan dihantar setiap minggu menggunakan khidmat kurier. Daripada tambahan itu saya meraih pendapatan melebihi RM2,500 sebulan," katanya.
Bagi perancangan jangka masa panjang, beliau mahu mengembangkan lagi projek membela ikan laga ini untuk pasaran luar negara.
- BERNAMA
Bagaimanapun aktiviti itu pupus kini kerana perjudian adalah dilarang di negara ini dan kini menternak dan membela ikan laga menjadi satu hobi.
Ikan-ikan itu dijadikan ikan hiasan dalam kalangan peminatnya kerana ikan laga mempunyai spesies pelbagai, ekor yang cantik dan berwarna-warni serta mudah dijaga.
Daripada hobi masa lapang, kini minat memelihara ikan laga bertukar kepada perniagaan di pasaran tempatan dan juga luar negara yang membawa pulangan lumayan.
Ikan laga atau nama saintifiknya Betta Splendens termasuk dalam keluarga Anabantidae (Labirynth Fisher). Ia dikatakan berasal dari Sungai Mekong iaitu sekitar perairan Thailand dan Kemboja.
Ia mudah dijaga dan kadar pH air yang sesuai sekitar 6.8 hingga 7.4 serta tidak perlu diletakkan gas oksigen seperti penjagaan ikan kelisa mahupun ikan emas yang sangat manja.
Di Kuala Terengganu, terdapat lebih 20 penternak ikan laga yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetap.
|
Syed Hasanul yang mesra dengan panggilan Anul berkata segalanya bermula dengan minatnya yang mendalam terhadap perniagaan ikan hiasan terutama ikan laga ataupun dipanggil sebagai 'ikan sekilau' oleh masyarakat setempat.
"Semasa kecil-kecil dahulu, saya bersama rakan-rakan selalu turun ke bendang untuk mencari ikan sekilau kerana selain untuk dilagakan, saya juga suka melihat bentuknya yang cantik dan berwarna-warni.
"Mulanya membela ikan ini hanyalah sekadar hobi namun setelah melihat ikan ini kian diminati ramai untuk dijadikan ikan hiasan, timbul minat menternak dan menjadikan sebagai sumber pendapatan," katanya kepada Bernama.
Antara variasi ikan laga yang diternaknya ialah ekor separa bulan, ekor mahkota, ekor berkembar, ekor selendang dan ekor pendek.
Katanya beberapa jenis ikan laga ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan berikutan bentuk badan dan corak warna yang menarik serta harga yang berpatutan.
PERTANDINGAN IKAN LAGA
Tekad untuk menjadi usahawan ikan laga semakin menebal dalam jiwa Syed Hasanul setelah bertemu dengan seorang peniaga ikan laga dari Singapura dalam satu pertandingan ikan laga di Chendering di sini pada tahun 2002.
"Lelaki itu memberitahu, dia telah terbabit dengan perniagaan ikan laga ini sejak 40 tahun dan sehingga kini perniagaannya masih tetap bertahan malah semakin berkembang," katanya.
Ini mencetuskan idea kepada Syed Hasanul dan mendorong beliau meneliti pasaran ikan laga dan mendapati harga ikan laga di pasaran tidak pernah jatuh sebaliknya semakin mendapat permintaan tinggi dari kalangan peminat ikan hiasan.
Selepas mengikuti kursus jangka pendek anjuran Jabatan Perikanan negeri, dan berbekalkan modal RM5,000, beliau membeli 20 'kerek telaga' (struktur konkrit berbentuk silinder) untuk dijadikan kolam memelihara ikan hiasan di belakang rumah keluarganya.
Ibarat anak kecil yang baru belajar bertatih, percubaan awal beliau memelihara beberapa jenis ikan hiasan seperti ikan Guppy, Swordtail dan Sailfish Molly gagal apabila ikan yang dipelihara diserang kulat dan mati.
TIDAK PATAH SEMANGAT
Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangatnya dan beliau cuba memelihara ikan laga pula, dan daripada sepasang induk ikan, kini Syed Hasanul mempunyai 10,000 ikan laga.
Harga ikan laga bergantung kepada ciri seperti kecantikan ekornya dan warnanya yang menarik. Ia boleh dibeli semurah RM2 hingga yang paling mahal, RM250 seekor.
"Memelihara ikan laga tidak sesukar memelihara ikan lain. Apa yang penting, kita hanya perlu memastikan ikan ini mendapat makanan yang cukup serta tahap alkali (pH air) bersesuaian bagi menggelakkan ikan itu mati," katanya.
Beliau berkata untuk menghasilkan benih ikan, sepasang induk perlu dimasukkan ke dalam kolam air yang bersih.
Bagi mengelakkan ikan itu diserang kulat air, sedikit garam dan daun ketapang perlu diletakkan untuk mengimbangkan air dan membunuh bakteria sebagai anti fungus.
Katanya sepasang induk ikan laga dikatakan mampu menghasilkan antara 300 hingga 400 anak ikan dalam sesuatu masa.
IKAN LAGA JANTAN
"Ketika anak-anak ikan itu mencecah usia sebulan lebih dalam takungan, ikan-ikan laga jantan yang mempunyai ekor yang lebih panjang dan lebih cantik berbanding ikan betina, perlu diasingkan untuk mengelakkan mereka daripada berlaga sesama sendiri," katanya.
Namun yang uniknya, ikan betina yang mempunyai ekor lebih pendek, tidak pula perlu diasingkan kerana ikan-ikan betina dikatakan mampu hidup harmoni.
Dalam proses pembesaran ikan laga, kata Syed Hasanul, ikan-ikan itu diberi makan jentik-jentik, cacing merah dan plankton. Apabila mencecah dua bulan setengah, ikan-ikan laga itu sudah boleh dijual.
HASIL PENDAPATAN DAN PERANCANGAN
Menurutnya beliau memperoleh pendapatan lebih RM2,500 sebulan hasil jualan ikan laga di pasar malam dan pasar tani sekitar negeri ini.
Syed Hasanul berkata kebiasaannya beliau akan membawa antara 30 hingga 40 ekor ikan laga itu ke tempat niaganya untuk dipamerkan. Kini beliau mengorak langkah mengembangkan pernigaannya dengan mengeksport ikan itu ke luar Terengganu.
"Saya kebiasaannya menjual lebih kurang 20 ekor ikan laga setiap kali berniaga di pasar malam. Setakat ini sambutan yang diberikan terhadap ikan laga memang menggalakkan," kata beliau.
Bapa kepada seorang cahaya mata ini, menghantar bekalan ikan kepada seorang pemborong di Sabak Bernam, Selangor sejak tiga tahun lepas.
"Sebanyak empat ratus ekor ikan dihantar setiap minggu menggunakan khidmat kurier. Daripada tambahan itu saya meraih pendapatan melebihi RM2,500 sebulan," katanya.
Bagi perancangan jangka masa panjang, beliau mahu mengembangkan lagi projek membela ikan laga ini untuk pasaran luar negara.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment