Pages

3/20/12

hot-Pemain badminton negara kena rompak

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan berjalan menuju keretanya sebelum didatangi tiga lelaki bermotosikal yang bertindak mengugutnya supaya menyerahkan barangan berharga dan wang tunai. Mangsa pada mulanya cuba melawan ketiga-tiga suspek sambil memberitahu tiada wang sebelum salah seorang daripada mereka mengeluarkan pisau dan mengacukan di perutnya dan mengugut akan mencederakannya jika enggan berbuat demikian. Mohd Arif berkata, sebaik melihat pisau diletakkan di perutnya menyebabkan beliau panik dan pelbagai andaian bermain di kepala memikirkan nasibnya, sebelum nekad menyerahkan beg yang mengandungi wang berkenaan.

“Ketika itu, hanya soal keselamatan diri bermain dalam fikiran saya memandangkan salah seorang daripada mereka mengugut akan mencederakan saya.

“Sebaik wang diberi, ketiga-tiga mereka terus melarikan diri sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

“Wang tunai itu baru dikeluarkan untuk disimpan di Pusat Latihan Bukit Kiara untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan kereta baru. Bagaimanapun, hasrat untuk membeli kereta baru terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu ekoran kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap latihan badminton.

“Mungkin tiada rezeki saya, bagaimanapun saya amat bersyukur kerana tidak mengalami trauma akibat kejadian itu. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati,” katanya.
-beritaharian

No comments:

Post a Comment

.