Hong Kong mempunyai ruang sewa pejabat paling mahal di dunia tahun lalu, walaupun kerajaannya berusaha untuk mengawal peningkatan harga hartanah.
“Didorong oleh pemulihan ekonomi, Hong Kong menyambut 2011 sebagai lokasi pejabat termahal di dunia,” kata konsultan hartanah DTZ dalam laporan tahunannya mengenai kos sewa pejabat sedunia. Harga purata hartanah pejabat bagi setiap tempat kerja meningkat satu pertiga dari setahun sebelumnya di Hong Kong iaitu AS$22,330 (RM67,648) mengatasi West End di London pada 2009, kata kenyataan dalam laporan itu.
Peningkatan kos hartanah di Hong Kong menjadi penyebab utama terhadap aduan tujuh juta penduduk di bandar raya di selatan China itu. – AFP
No comments:
Post a Comment