MAS tawar tambang menarik dari Kota Kinabalu
NEW DELHI - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS), yang dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru hari ini kerana mengalami masalah teknikal.

Pengurus Kawasan MAS (Karnataka dan Andhra Pradesh) Hamzah Ayob berkata, pesawat MH193 itu berlepas pada pukul 12.25 tengah hari dan setelah berada kira-kira satu jam setengah di udara, sistem radar cuacanya mengalami masalah.
Pesawat jenis Boeing 737-800 itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Bengaluru dan mendarat dengan selamat, katanya kepada Bernama di sini.

Hamzah berkata kesemua 140 penumpang selamat serta diberi kemudahan penginapan di sebuah hotel dan akan menaiki pesawat lain ke Malaysia pada pukul 7 malam ini..
- Bernama