hot-Awas! Taktik menculik budak di pasaraya..
Seorang ibu sedang membongkok untuk ...membelek-belek
daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4
tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu,
sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi
hampa..
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan
kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus
melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus
meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk
memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod
atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan
serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas
diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di
dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu
sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg
mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai
bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang
melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam
bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang
daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong
perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah
senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah.
Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi
maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya
masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi
dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa
hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat
Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas..
-sumber; diceritakan
No comments:
Post a Comment