Pasukan saintis Rusia dan Korea Selatan memeterai perjanjian bersama untuk mewujudkan semula gajah purba yang dikenali sebagai mammoth yang hidup sekitar 10,000 tahun dahulu.
Perjanjian bersama itu ditandatangani Timbalan Rektor Universiti Persekutuan Timur Laut Republik Sakha, Vasily Vasiliev dan pelopor teknologi pengklonan Korea Selatan, , Hwang Woo-Suk daripada Yayasan Penyelidikan Bioteknologi Sooam.
Saintis-saintis sel stem kini berminat untuk menghidupkan semula gajah tersebut selepas beberapa bangkai mamalia berkenaan ditemui di Siberia.
Mengulas mengenai projek tersebut, pihak yayasan itu menyatakan, ia akan bermula pada tahun ini jika Universiti Rusia itu dapat menghantar bangkai gajah tersebut. Institut Genom Beijing turut terlibat dalam projek itu.
“Misi pertama dan paling sukar adalah untuk memulihkan sel-sel gajah itu,” kata seorang penyelidik yayasan tersebut, Hwang In-Sung.-
No comments:
Post a Comment