Seorang suri rumah maut akibat melecur teruk manakala suaminya cedera di kaki selepas tong gas di rumah mereka di Jalan Ulu Sungai Merah meletup malam kelmarin.
Ketika kejadian pada kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Ting Mee Ting, 70, dipercayai cuba menghidupkan dapur gas di dapur selepas pulang ke rumah bersama suaminya, 69, sebelum itu.
Menurut seorang jiran yang berada di sebelah rumah dua tingkat separa kembar mereka, wanita itu melecur hampir 90 peratus daripada keseluruhan badannya, manakala suaminya yang ketika itu berada di luar rumah luka di kedua-dua belah kakinya.
Katanya, pasukan polis, bomba dan ambulans bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sebelum jam 9 malam te-tapi letupan gas hanya me-nyebabkan kebakaran kecil namun keadaan di dalam dan luar rumah bersepah.
“Saya perasan jiran kami, pasangan warga tua itu keluar dari rumah pada jam 6.30 petang dan pulang ke rumah sekitar jam 8 malam.
“Beberapa orang ahli ke- luarga kami sedang berada di ruang dapur apabila tiba-tiba kami melihat cahaya melalui tingkap belakang dapur se-perti kilat menyambar dari luar dan diikuti dengan bunyi le-tupan yang amat kuat dari rumah sebelah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Seorang lagi jiran berkata, letupan tersebut bagaikan ada tanah runtuh menyebabkan dia dan beberapa orang jiran di sekeliling kawasan perumahan di situ keluar beramai-ramai untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.
“Pada awalnya saya fikir ada kejadian tanah runtuh sedang berlaku kerana merasakan gegaran walaupun saya berada di dalam rumah ketika itu,” katanya.
Kelihatan dua bahagian pintu gelongsor aluminium rumah berada di hadapan pagar, mungkin tercampak akibat impak letupan yang begitu kuat itu.
Beberapa bahagian bumbung rumah mangsa kelihatan terkopak akibat letupan itu.
Polis yang tiba pada mula-nya menjangka letupan ter-sebut adalah akibat serangan molotov cocktail bertindak memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauh-kan diri mereka dari tempat kejadian.
Namun setelah siasatan awal, anggota-anggota yang memasuki rumah mangsa mendapati letupan berkenaan adalah akibat daripada tong gas yang meletup dan me-mungkin dapur gas meng- alami kebocoran.
Bomba yang menjalankan tugas mereka mendapati terdapat tiga tong gas lagi di da-lam dapur tidak meletup.
Semasa kejadian, keadaan hujan pada malam tersebut.
Mangsa yang mengalami kelecuran serius dihantar oleh ambulans ke Hospital Sibu pada jam 8.45 malam dan dimasukkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) untuk mendapat rawatan lanjut manakala suaminya yang luka di kaki di-rawat sebagai pesakit luar.
Namun, Ting disahkan meninggal dunia di ICU di Hospital Sibu pada jam 1.30 petang semalam.
No comments:
Post a Comment