Pages

3/21/12

hot-komplen cuti bersalin

CUEPACS terima banyak aduan permohonan guru, jururawat ditolak

KUALA LUMPUR: CUEPACS mendakwa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor perguruan dan kejururawatan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari yang diperuntukkan.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya secara berterusan menerima banyak aduan daripada guru dan jururawat yang mendakwa permohonan cuti bersalin mereka ditolak oleh ketua jabatan masing-masing.
Beliau berkata, CUEPACS amat kecewa dengan tindakan sedemikian kerana alasan yang sering diberikan oleh ketua jabatan ialah berlaku kekurangan tenaga kerja untuk menggantikan mereka dalam tempoh 90 hari itu.

“CUEPACS mempunyai bukti dan kita bukannya membuat sebarang dakwaan..., ada di antara mereka yang memohon 90 hari cuti tetapi hanya mendapat kelulusan cuti 60 hari, alasan sering diberikan oleh ketua jabatan ialah berlaku kekurangan kakitangan untuk ganti mereka.

“Alasan seperti ini tidak boleh diterima kerana ia menafikan hak penjawat awam wanita memperoleh tempoh cuti bersalin yang diperuntukkan kepada mereka..., ada segelintir guru dan jururawat tertekan dengan perkara ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Yim Pheng berkata, CUEPACS baru-baru ini juga mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membincangkan perkara itu.
“Kita tidak bersetuju dengan tindakan segelintir ketua jabatan yang bertindak mengurangkan tempoh cuti bersalin sedangkan penjawat awam wanita berhak untuk mendapat 90 hari cuti bersalin.

“Oleh demikian, pada pertemuan bersama pihak kementerian itu kita ada membangkitkan perkara ini supaya tindakan sedemikian tidak berulang kembali lagi sehingga memberi tekanan kepada penjawat awam wanita,” katanya yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
-bharian


No comments:

Post a Comment

.