BOMBA terpaksa mencabut kepingan papan lantai untuk dibawa bersama Williams ke hospital.
LONDON: Seorang lelaki ‘terpaku’ di lantai rumah kira-kira empat jam apabila sebatang paku sepanjang 12.7 sentimeter menusuk tangannya secara tidak sengaja.
Alan Williams, 46, sedang cuba membaiki sesuatu di rumahnya apabila dia terjatuh dari tangga dan pemicu alat pemaku automatik di tangannya terpelantik tiba-tiba.
Nasib Williams menjadi lebih malang apabila ketika itu dia bersendirian di rumah dan tidak mampu bergerak untuk mendapatkan bantuan.
Keadaan Williams hanya berubah apabila pasangannya, Suzanne Amos, seorang jururawat, pulang kira-kira jam 11 malam dan mendapati dia menggigil dan dalam keadaan terkejut.
Suzanne kemudian menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.
Williams bernasib baik kerana paku itu menembusi tangan kirinya tanpa mencederakan sebarang otot atau saluran darah penting.-ts
No comments:
Post a Comment