lihat berita bersambung di sini
KUALA LUMPUR: Wanita yang dinafikan hak mereka untuk mendapat cuti bersalin selama 90 hari perlu melaporkan perkara itu kepada agensi kerajaan yang berkaitan.
Timbalan Ketua Wanita Gerakan Datuk Ng Siew Lai berkata cuti bersalin 90 hari ditetapkan oleh kerajaan dan penyelia atau ketua jabatan tidak mempunyai hak untuk mengabaikan peraturan itu dan menafikan kebajikan petugas wanita mereka.
"Tidak cukup kakitangan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak memberikan petugas wanita cuti bersalin 90 hari kerana pengurusan petugas adalah tanggungjawab penyelia dan tiada alasan untuk petugas memikul tanggungjawab pihak pengurusan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Ng mengulas kenyataan setiausaha agung Cuepacs Loke Yim Peng bahawa kesatuan itu menerima banyak aduan daripada wanita terutama mereka yang berkhidmat sebagai guru dan jururawat yang mengatakan mereka hanya diberi kelulusan cuti bersalin selama 60 hari, bukannya 90 hari seperti yang diperuntukkan.
Ng berkata tindakan seumpama itu bukan hanya melanggari hak kebajikan petugas wanita, tetapi ia juga menunjukkan kurang hormat kepada undang-undang dan penyelia seperti itu patut dikenakan tindakan.-BERNAMA

No comments:
Post a Comment