Dalam kejadian 6 pagi itu, Puzila yang tinggal di Taman Samudera Baru, Seri Manjung sedang menyiapkan nasi lemak dan kuih-muih untuk jualannya.
Menurutnya, dia cuba untuk memadam kebakaran itu namun tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.
“Suami, Mohd Radzi Hashim, 46, yang menyedari kejadian itu segera menarik saya dan anak keempat yang sedang mandi keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Mohd Radzi berkata, semasa mahu menyelamatkan isteri dan anaknya, satu tong gas terbalik dan api terpercik menyebabkan kedua-dua kakinya melecur.
“Pada masa itu yang ada di rumah anak pertama, anak ketiga dan keempat manakala anak kedua berada di asrama.
“Walaupun kami tidak dapat menyelamatkan barang namun bersyukur kerana nyawa kami selamat,” katanya yang bekerja sebagai pemandu bas ekspres cawangan Lumut.
Puzila dan Mohd Radzi menyewa di rumah berkenaan sejak setahun lalu dan akibat kebakaran berkenaan bahagian dapur rumahnya musnah.
Nasib yang menimpa keluarga berkenaan mendapat perhatian pihak berkenaan dan Penyelaras Dun Pasir Panjang, Dr Azizah Johor.
Hadir sama, Ketua Seri Kandi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Pasir Panjang, Sarah Ayob; Timbalan Ketua Cawangan PBTM Pasir Panjang, Leftenan (B) Madisa Majid dan Pemangku Ketua KRT Taman Samudera Baru Asri Said.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Pegawai Bomba Kanan Dua Mohd Nadzir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.08 minit pagi.
Katanya, mereka tiba di tempat kejadian pada jam 6.12 minit pagi dan api dapat dikawal 10 minit kemudian.
“Seramai 11 anggota terlibat dalam operasi berkenaan dengan dibantu dua jentera bomba. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.
-sinarharian
No comments:
Post a Comment