KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang warga emas untuk menambah pendapatan
keluarga dengan menjual air tebu bertukar tragedi apabila tangan
kanannya terpaksa dipotong selepas digilis mesin tebu dalam kejadian di
Taman Semarak, Bukit Tunggal dekat sini, pagi semalam.
Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi menyebabkan tangan kanan Wan Hamzah Wan Ismail, 58, yang juga penghidap sakit jantung itu terpaksa dipotong sehingga ke pergelangan tangan.
Anak mangsa, Wan Nor Hazha, 35, berkata, ketika kejadian dia sedang membersihkan tebu di belakang gerai sebelum terdengar ayahnya menjerit meminta tolong setelah tangannya tersepit pada mesin berkenaan.
"Sebaik mendengar jeritan itu saya terus berlari ke arah ayah dan segera menutup suis mesin tebu. Saya lihat tangan ayah sehingga ke pergelangan sudah leper seperti hampas tebu.
"Saya panik ketika itu dan cuba menahan kenderaan yang lalu di depan gerai, namun tiada yang berhenti.
"Saya kemudiannya meminta pertolongan daripada beberapa pekerja yang sedang menyelenggara rumah tidak jauh dari situ," katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.
Menurutnya, ayahnya terpaksa menahan kesakitan kira-kira sejam sebelum tangannya berjaya dikeluarkan selepas mesin itu dileraikan dengan bantuan orang ramai.
Mangsa yang telah tujuh tahun berniaga air tebu, kemudian dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut. Katanya, tangan kanan ayahnya itu terpaksa dipotong kerana kecederaan parah yang dialami.
Sementara itu mangsa yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dijadual ke Institut Jantung Negara (IJN), 18 Mac ini untuk menjalani pemeriksaan selepas membuat pembedahan kecil kira-kira tiga bulan lalu.
"Doktor memaklumkan keadaannya stabil tapi saya harap insiden ini tidak menjejaskan kesihatan jantung ayah saya yang memang sudah bermasalah," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment