KUALA LUMPUR -- Pesawat Malaysia Airlines MH2 yang berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London malam tadi
terpaksa berpatah balik berikutan masalah teknikal pada satu
daripada enjinnya.
Syarikat Penerbangan itu berkata demi keselamatan penumpang, kapten
pesawat memutuskan untuk berpatah balik ke KLIA dan pesawat Boeing
747-400 itu mendarat pada pukul 2.05 pagi ini.
Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal, dan penumpang terlibat disediakan tempat penginapan.
"Satu pesawat lain disediakan dengan kumpulan krew penerbangan yang
baru untuk meneruskan penerbangan ke London. Pesawat itu berlepas ke
London dari KLIA pada pukul 10.34 pagi ini," kata Malaysia Airlines
dalam kenyataan di sini hari ini.
- BERNAMA
- BERNAMA
related news pesawat mas berpatah balik ada masalah teknikal
No comments:
Post a Comment