Penyanyi dan pelakon remaja dari negara seberang, Nikita Willy telah
dilanda kontroversi baru-baru ini apabila gambar yang menunjukkan satu
pasangan lelaki dan perempuan mirip pelakon itu dan Diego Michiels
tersebar di laman maya.
Menurut laporan yang dipetik daripada KapanLagi, foto tersebut menunjukkan kedua-dua individu tersebut sedang tidur berpelukan di atas katil. Namun begitu pelakon berusia 17 tahun ini telah tampil dihadapan media untuk menafikannya dan membawa bukti tentang kesasihan gambar tersebut.
"Saya nak tunjukkan bukti bahawa foto yang tersebar di Internet ini bukan saya. Tangan saya tak sepanjang seperti dalam foto ini. Saya juga ada minta foto Diego, tangan kanannya banyak tatu, sedangkan dalam foto ini tidak ada tatu," jelas Nikita.
Ini mungkin angkara seseorang yang cuba untuk menjatuhkan nama baik kedua-dua individu ini, dan apa yang boleh dilihat dengan jelas adalah gambar lelaki yang dikatakan Diego itu yang tidak menampakkan cacahan tatu, sedangkan badan dan tangan Diego memang bertatu.
Walau bagaimanapun, kini ia bergantung kepada umum untuk mempercayai gosip tersebut atau pun menerima penjelasan yang diberikan oleh Nikita Willy. more from yahoo...
No comments:
Post a Comment