JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan yang bersekongkol dengan teman
lelakinya melakukan jenayah serta berdua-duaan di bilik hotel bajet di
Jalan Perkasa 5, Taman Ungku Tun Aminah di sini, patah buku lali ketika
terjun dari premis itu, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 11.35 pagi itu, remaja perempuan berusia 19 tahun terbabit terjun dari hotel bajet berkenaan bersama teman lelaki berusia 21 tahun ketika mahu mengelak ditahan polis.
Pasangan itu yang aktif dalam jenayah ragut serta samun di sekitar bandar raya ini dikesan menjadikan hotel bajet berkenaan sebagai penginapan sebelum mencari sasaran.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, pihaknya mendapati pasangan terbabit dikehendaki atas jenayah berkenaan berada di lokasi itu selepas melakukan risikan selain mendapat maklumat awam.
“Bagaimanapun, pasangan terbabit nekad terjun menerusi tingkap bilik. Akibatnya, buku lali kanan remaja perempuan itu patah menyebabkannya terduduk kesakitan manakala teman lelakinya dapat melarikan diri,” katanya, semalam
-hmetro

No comments:
Post a Comment