Pages

4/7/12

hot- Jel 17 tahun perkosa jiran


KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat hanya mampu membisu apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah merogol jirannya, tiga tahun lalu.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Muhammad Rauf Shaiful Bahri, 23.

Emelia Kaswati turut mengarahkan tertuduh dikenakan pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam yang mewakili tertuduh, Muhammad Rafique Rashid Ali, untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ain Nur Amiyerra Awod Abdullah, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh dengan mempertimbangkan trauma yang dialami mangsa, tambahan wanita itu mengenali tertuduh sejak kecil lagi.

Selain itu, katanya, tindakan tertuduh yang mengacukan gunting ke leher mangsa sehingga menyebabkan mangsa ketakutan perlu dipandang serius oleh mahkamah dan memohon tertuduh dikenakan kaunseling serta diletakkan di bawah pengawasan polis.


Pada prosiding semalam, hanya bapa tertuduh hadir di mahkamah bagi menjaminnya selepas Emelia Kaswati membenarkan jaminan RM15,000 terhadapnya dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri seminggu sekali di balai polis.

Muhammad Rafique dalam kenyataannya berkata, tertuduh anak sulung daripada empat beradik dan setiap bulan, dia membantu keluarganya membayar pelbagai bil dengan gaji yang cuma RM1,000.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Rauf didakwa merogol jirannya yang berusia 25 tahun sehingga meletakkan wanita itu dalam keadaan ketakutan ketika kejadian di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Ipoh, di sini, pada jam 3.30 pagi, 18 Ogos 2009.

No comments:

Post a Comment

.