NEW YORK 31 Mac - Google akan memperkenalkan
satu kedai di talian untuk pengguna komputer tablet Android, satu
langkah yang bakal meningkatkan lagi persaingan dalam pasaran
telekomunikasi.
Selain itu, syarikat enjin carian popular itu juga akan melancarkan produk komputer tabletnya dengan kerjasama beberapa syarikat pembuat komputer seperti Asus selepas membeli syarikat telekomunikasi Motorola di China.
Ia bertujuan untuk memberi sistem pemprosesan Android peluang menyaingi produk keluaran Apple, iPad.
Google dijangka melancarkan kedai di talian untuk komputer tablet itu pada tahun ini bagi meningkatkan jualan produk skrin sesentuhnya.
Berdasarkan laporan akhbar Wall Street Journal, Google juga mungkin bekerjasama dengan Samsung untuk menghasilkan komputer tabletnya.
-utusan

No comments:
Post a Comment