KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pengasas produk kecantikan Aura Seri
kerugian kira-kira RM500,000 selepas dua pembantu rumahnya melarikan
pelbagai barangan berharga termasuk jam berjenama, barang kemas, telefon
bimbit serta wang tunai dari kediamannya di Medan Idaman, Gombak pada
Ahad lepas.
Datin Ira Ghani, 35, berkata kejadian berlaku ketika beliau dan suami Datuk Ibrahim Ahmad, 46, berada di Singapura atas urusan kerja namun, dua anaknya Mohd Danish Irfan, 13, dan Mohd Danish Roshan, 8, serta seorang anak saudara berada di rumah teres tiga tingkat itu.
"Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini selepas anak sulung saya Mohd Danish Irfan, yang menghantar mel suara kepada saya untuk memberitahu kedua-dua pembantu rumah saya sudah melarikan diri.
"Anak-Anak saya turut menyedari dua telefon bimbit iPhone dan dua iPad milik mereka yang diletakkan di ruang tamu juga hilang," katanya pada sidang akhbar bersama Ibrahim di kediaman mereka Selasa.
Berikutan kejadian itu, beliau dan suami kembali ke Kuala Lumpur semalam dan membuat laporan di Balai Polis Gombak pada 11.25 malam.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment