KUALA LUMPUR: Niat baik seorang pemandu teksi untuk membantu seorang wanita warga Vietnam dibalas ‘racun’ apabila wanita itu bukan sahaja menyembunyikan pekerjaannya sebagai pelacur, malah mempergunakan mangsa semata-mata untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.
Wanita warga Vietnam yang memperkenalkan dirinya sebagai Aishah, 20-an, itu turut berjanji memeluk Islam untuk mengahwini mangsa demi membalas budi lelaki terbabit sejak hari pertama perkenalan mereka di sebuah pusat beli-belah di Jalan Peel, awal tahun lalu.
Menceritakan kembali kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Hariz, 30, berkata dia menemui wanita berkenaan di pusat beli-belah berkenaan sebelum perkenalan itu bertukar percintaan selepas wanita itu sering menggunakan perkhidmatan teksinya.
“Bagaimanapun, pada 3 April lalu, saya menerima kejutan apabila ternampak dia keluar dari sebuah hotel di kawasan Bukit Bintang,” katanya, semalam.
Menurutnya, selepas menanyakan pihak hotel mengenai wanita berkenaan, baru dia tahu, kekasihnya itu pelacur.
Katanya, dia kecewa selepas mengetahui identiti kekasihnya itu dan apabila bersemuka untuk mengetahui kebenaran, wanita terbabit mengakui menipunya semata-mata untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.
“Saya yang yakin diri saya tertipu membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun HS Lee untuk tindakan lanjut,” katanya.
-hmetro
No comments:
Post a Comment