HULU BERNAM – Pengguna dinasihatkan berwaspada ketika menghantar kenderaan ke bengkel.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Kubu Bharu, Mispari Jaafar berkata, terdapat beberapa kes melibatkan pengguna yang menjadi mangsa pengusaha bengkel tidak bertanggungjawab yang cuba mengaut keuntungan dengan menipu pelanggan.
“Terdapat pengusaha bengkel yang licik menipu pelanggannya dan keadaan ini semakin serius kerana sudah ramai yang menjadi mangsa.
“Mereka menipu dengan mengisytiharkan komponen pada kenderaan pelanggan rosak sedangkan masih baik dan mengambilnya untuk dijual pada harga tinggi sementara alat ganti rosak diletakkan pada kenderaan tersebut,” katanya ketika ditemui pada Program Kepenggunaan Bestari di Taman Bernam Jaya di sini.
Menurutnya, kebanyakan pengguna tidak menyedari keadaan ini sehingga ada yang tertipu dan tanpa ragu-ragu menghantar semula kenderaan mereka di bengkel sama.
Kesannya kata beliau, pengguna berterusan tertipu dan menanggung kerugian berganda.
Mispari berkata, sebagai langkah penyelesaian PPDNKK telah melaksanakan beberapa tindakan termasuk membuat pemeriksaan premis dan mengarahkan pemilik premis meletakkan notis yang memaparkan anggaran harga untuk pelanggan.
“Sebelum membaiki kenderaan, pengusaha perlu memberitahu jenis kerosakan dan anggaran harga bagi mengelak penipuan.
“Jika pengusaha gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan tindakan sementara pelanggan yang merasa tertipu boleh membuat aduan di pejabat PPDNKK,” katanya.
Menurutnya, PPDNKK akan mengambil tindakan menggunakan Peraturan-Peraturan Bengkel di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 (Pindaan 2011).
Beliau berkata, pihaknya juga mempunyai kaedah penyelesaian bagi kes tersebut seperti, penyelesaian antara tiga pihak atau membuat tuntutan pada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
-sinarharian

No comments:
Post a Comment