Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, penemuan itu disedari sepasukan anggota Polis Peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara yang sedang melakukan rondaan rutin di kawasan berkenaan sekitar jam 4 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi itu, anggota polis peronda telah terserempak dengan sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan menyebabkan mereka bertindak menahan lori berkenaan untuk tujuan pemeriksaan.
“Ketika pemeriksaan ke atas muatan lori berkenaan dilakukan, anggota kita telah menemui sejumlah selipar berjenama tiruan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM55,000,” katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, polis terpaksa menahan pemandu lori terbabit yang berumur dalam lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.
“Berdasarkan soal siasat ke atas lelaki terbabit dia mengakui dalam perjalanan menghantar barangan itu ke sebuah negeri di utara,” katanya.
Menurutnya, polis menyerahkan barangan itu kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor untuk siasatan.
Dalam pada itu, Pengarah Penguatkuasa PDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lebih lanjut berkenaan kes tersebut.
“Kes akan disiasat di bawah Akta Perihal dagangan 2011 di mana sabit kesalahan denda tidak melebihi RM10,000 bagi satu barangan atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu tetapi jika syarikat pula, sabit kesalahan denda tidak melebihi RM 15,000 bagi setiap barangan,” katanya kepada.
-sinarharian
No comments:
Post a Comment